Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Bola sepak / Siapa bakal ganti Ong Kim Swee? Jurulatih bawah u23 tahun?

Siapa bakal ganti Ong Kim Swee? Jurulatih bawah u23 tahun?

Zik · Dec 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ong kim swee,

Benda ini sudah jadi siulan setelah Kontrak DOKS (datuk ong Kim Swee) tidak disambung, habis sampai disember tahun ini 2019. Berikutan kegagalan beliau membawa pasukan bawah 23 tahun ke peringkat seterusnya dalam saingan sukan sea philippines 2019 yang baru sahaja habis.

Penting untuk kita dapatkan jurulatih yang terbaik untuk skuad bawah 23 tahun ini. Sebab pembangunan dari akar umbi memberikan pendedahan dalam kejohanan yang lebih tinggi peringkat antarabangsa. Jika akar umbi agak rapuh, kita takut untuk generasi baru nanti takut tidak dapat pergi jauh.

Apa kata FAM? 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu terlalu terburu-buru mencari pengganti jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee yang bakal menamatkan kontraknya hujung tahun ini.

Ia kerana badan induk bola sepak itu perlu menepati tiga kemungkinan yang ditetapkan bagi menggantikan tempat Kim Swee jika terdapat keperluan mendesak pada tahun depan.

Naikkan pangkat Jurulatih Brad Maloney bawah 19 tahun ke bawah 23tahun.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, antara kemungkinan terbabit adalah badan induk bola sepak negara itu bakal mempertimbangkan untuk menaikkan pangkat pengendali Skuad Bawah 18 Tahun (B-18), Brad Maloney bagi menggantikan Kim Swee.

Tapi sapa yang nak jaga bawah 19 tahun nanti?? Itu yang pening tuh??

Guna Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe 2 in1. 

“FAM juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan khidmat jurulatih skuad senior, Tan Cheng Hoe, sama seperti kaedah yang digunakan beberapa pasukan negara lain seperti Jepun.

Jurulatih lagi, luar negara. 

“Pilihan ketiga adalah mencari jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan terbabit namun ia tidak semestinya pengendali luar negara kerana banyak juga tenaga tempatan yang berkebolehan,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, Maloney berjaya membuktikan kemampuannya dengan memimpin skuad B-18 ke Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, tahun depan.

Skuad bimbingan Maloney mara ke pusingan akhir dalam aksi kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh awal bulan lalu dengan rekod cemerlang memenangi semua empat perlawanan bermula dengan kemenangan 5-4 ke atas Kemboja, Brunei (11-0) dan Kepulauan Mariana Utara (10-0) sebelum melengkapkan kemenangan 1-0 ke atas Thailand.

Siapa yang korang rasa layak?? Sila lontarkan pandangan anda diruangan komen..

Bojak Hodan?

Ifran Bakti?

Kalau nak pakai khidmat luar negara siapa??

popov ke?

Jurgen Klop?

Jose Mourinho?

Sekadar gurauan. Mana-mana coach pun ok. Yang penting ialah kita kena tahu apa kemahuan jurulatih luar negara tuh. Sebab kita akan hadapi masalah dari segi komunikasi , bagaimana jurulatih nak sampaikan “mesej” cara mereka deliver. Mungkin guna

credit hmetro.com.my

Share this on WhatsApp

Bola sepak, Sukan jurulatih bawah u23, jurulatih bawah u23 2020, siapa yang akan ganti ong kim swee jurulatih u23

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.