
Perlawanan pertama pasukan malaysia u23 hari ini bertemu dengan pasukan Burnei u23. Pasukan harimau muda kali ini akan diuji , setelah beberapa minggu sahaja persiapan pasukan bawah 23 ini dikumpul dan disenarai pendek oleh jurulatih bawah 23, datuk ong kim swee dalam menentukan barisan yang terbaik ini akan melangkah ke sukan sea kuala lumpur 2017.
Kita amat bertuah kali ini, pasukan kita sebagai tuan rumah mengharapkan semua penyokong hadir dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk menentukan hala tuju pasukan kebangsaan bawah 23 ini. Kita harapkan pasukan kita ini pergi lebih jauh. Yer tahun depan kita sudah layak untuk ke peringkat seterusnya dalam kempen kelayakkan piala asia u23 di china 2018.
Keputusan penuh :
MALAYSIA [2-1] BRUNEI
(Safawi Rasid 4′ Adam Nor Azlin 60′)
(Zulkhairy Hady Razali 12′)
MALAYSIA U23 VS BRUNEI U23.
Kalau ikut track rekod memang menyebelahi pasukan malaysia. Last pertemuan di sukan sea singapura 2015, malaysia menewaskan pasukan brunei 2-0. Biarpun begitu, pasukan malaysia jangan terlalu sombong, memandang rendah pada pasukan lain. Sebaiknya kita semua harus bermain dengan bersungguh-sungguh tidak kira mana pasukan yang lebih kuat, kurang kuat, atau setara. Harus beri perhatian 100%.
Apa yang penting kita harapkan, tiga mata penuh dapat dikutip. Janganlah jadi insiden yang tidak elok terjadi seperti sukan sea yang lepas di singapura, insiden nazmi faiz yang meludah ke arah pemain lawan, ketika ini lawan dengan pasukan myanmar kalau tak silap. Kena red card, kena gantung perlawanan 7-6 games. Kita mahukan pemain ada jati diri dan disiplin yang baik untuk pergi lebih jauh. Ingat tempat orang kena jaga kelakuan.
Walaupun kali ini di tempat sendiri, lagi bagus jadi diri sendiri.
Nantikan live streming perlawanan sukan sea bola sepak bawah 23 tahun malam ini jam 8:30 . Boleh tengok di media prima malam ini, tv3 rasanya kalau tak silap.
To watch online from facebook, click here

Sukan Sea dah mula dah… Kena tengok ni… Lagi sokongan kepada pasukan negara..
semoga berjaya malaysia