Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming MALAYSIAU23 VS MYANMARU23 sukan sea 25.11.2019

Live streaming MALAYSIAU23 VS MYANMARU23 sukan sea 25.11.2019

Zik · Nov 25, 2019 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

sukan sea 2019, logo sukan sea 2019, philippines sea games 2019,

Perlawanan pertama dalam kejohanan sukan sea 2019 Philippines. Mampukah skuad pasukan malaysia menang untuk perlawanan yang pertama pada hari ini, distadium Manila Philipines. Kumpulan A terdiri daripada pasukan dari negara MALAYSIA, MYANMAR, PHILIPPINES, CAMBODIA DAN  TIMOR LESTE.

 

2 Tahun lepas, kita sebagai tuan rumah, tewas dengan pasukan thailand 0-1 di stadium keramat kita. Kita ketiadaan ekor harimau malaya pada ketika itu kerana adanya bangsa final dan ulat tiket. Entahla apa yang mereka merajuk pun tak tahulah. Itu silap keeper tertampan bola dan masuk ke gawang sendiri.

Itu cerita kejohanan yang lepas, sekarang kita kena move on. Pasukan malaysia rasanya kali ini sudah berada ditahap yang optimum untuk berhadapan dengan pasukan mana-mana sekalipun. Ya kejohanan ini tak penting sangatpun untuk  point fifa afc ke apa, tetapi kita kena ambil kira dia punya pendedahan buat skuad bawah 23 tahun kali ong kim swee tampil ada beberapa pemain yang baru untuk mencari keserasian bukan mudah.

Baca juga : Jadual penuh perlawanan MALAYSIA SUKAN SEA BOLASEPAK LELAKI PHILIPPINES 2019

Kita terpaksa lupakan khidmat Kuzain diatas faktor permit dokumentasi dan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Jangan diperbesarkan lagi isu-isu ini. So perlawanan kali ini kita bagi pendedahan buat skuad bawah 23 dan beberapa pemain senior yang dah lepas tahun sebagai backup plan.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A :

  1. MALAYSIA 0 MATA
  2. PHILIPPINES 0 MATA
  3. MYANMAR 0 MATA
  4. TIMOR LESTE 0 MATA
  5. CAMBODIA 0 MATA

KIM SWEE TAK GENTAR JUMPA POPOV

Tajuknya macam popov nih sombong ,tetapi tidak sebenarnya. Popov merupakan bekas jurulatih pasukan kelantan untuk tahun 2016. Bimbing pasukan kelantan tak banyak game pun. Sebab pasukan kelantan memang sudah teruk dari segi pengurusan, kewangan dan macam-macam masalah lah.

Tapi dari segi pengalaman beliau di liga malaysia , Popov mungkin sudah ada pengalaman, bagaimana pasukan malaysia bermain. So apa yang dikatakan oleh popov apabila pasukan skuad DOKS mengatakan tidak mengambil shafawi rashid, itu satu kerugian. Dia pun tahu kehebatan pasukan malaysia, dan tahu ramai pemain malaysia yang berkebolehan. Kita tak pasti bagaimana perlawanan pertama kali ini.

Baca juga : Senarai akhir 20 pemain yang dipilih oleh DOKS ke sukan sea Philippine 2019 

Agak membimbangkan, sebab Popov pun sudah membentuk pasukan ini ambil masa yang cukup lama juga, selain dia pun sudah buat persediaan pasukan myanmar kali ini dengan lebih teratur.  Diapun ada buat perlawanan persahabatan. Kita kena yakin dengan kemampuan pasukan kebangsaan bawah 23 tahun kali ini.

Semua pasukan miliki peluang sama – Kim Swee

MANILA: Datuk Ong Kim Swee mungkin adalah seorang jurulatih veteran untuk skuad bola sepak Sukan SEA negara tapi temasya edisi ke-30 nampaknya adalah berbeza sama sekali.

Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Bawah 22 tahun (B-22) itu berkata Malaysia selaku pemenang pingat perak dalam edisi Sukan SEA lalu, berhadapan dengan cabaran sengit.

Kim Swee berkata penyertaan dua pemain lebih umur akan menghangatkan lagi perlumbaan untuk skuad negara mengejar `ibu segala pingat emas’ dalam acara yang akan berlangsung di tiga venue — Stadium Memorial Rizal, Stadium Binan dan Imus Grandstand and Track Oval.

Jurulatih berusia 49 tahun itu memilih pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Adam Nor Azlin, 23 dan Muhammad Irfan Zakaria, 24, pemain pertahanan Kuala Lumpur mengisi slot dua pemain lebih umur untuk mewakili negara.

“Setiap pasukan mahu menang (pingat emas) dan saya percaya Sukan SEA kali ini akan berbeza sekali dari Sukan SEA lepas kerana ini kali pertama dua pemain lebih umur dibenarkan bermain, dan ini menjadikan semua pasukan dalam Kumpulan A dan B, seimbang,” katanya pada sidang media pra perlawanan di sini hari ini.

Pada masa sama beliau melahirkan keyakinan tuan rumah, Filipina mampu menguruskan temasya sukan itu dengan baik biarpun berhadapan beberapa masalah, terutamanya untuk menghantar atlet ke tempat penginapan masing-masing dalam masa ditetapkan, di dalam kesesakan teruk lalu lintas di sini.

Berkongsi pandangan yang sama ialah Ketua Jurulatih B-22 Myanmar, Velizar Popov yang melihat semua pasukan dalam Kumpulan A dan B mempunyai peluang yang sama untuk mara dalam pertandingan kalah mati itu.

“Kami berharap dapat beraksi dalam pertandingan yang berkualiti di Sukan SEA dan kesemua pasukan sudah tentu berada dalam keadaan terbaik mereka berdasarkan persiapan menyeluruh dilakukan sebelum tiba di Manila,” menurut warganegara Bulgaria berusia 43 tahun yang pernah menjadi ketua jurulatih Kelantan pada 2016.

Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia akan memulakan kempen Sukan SEA bertemu Myanmar esok, diikuti Filipina (29 November) , Timor Leste (2 Disember) dan Kemboja (4 Disember). Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, di sini.

Juara bertahan Thailand di dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei. Kita harap tiga mata berjaya diraih nanti ok. Jangan lupa ok.

KUMPULAN A SEA GAMES FOOTBALL MEN U23 2019

MALAYSIA U23 VS MYANMAR U23

MASA : 4 PETANG

TARIKH 25.11.2019

LOKASI : STADIUM MEMORIAL RIZAL, MANILA PHILIPPINES.

Semoga berjaya buat skuad harimau muda pada perlawanan petang nanti ok. Jangan lupa share dan subsribe email untuk ketahui update terkini perlawanan dan info blog ini. Sekian terima kasih.

LIVE STREAMING MALAYSIA U23 VS MYANMAR U23 25 NOVEMBER 2019

live disini

 

Share this on WhatsApp

Sukan, Sukan Sea keputusan malaysia vs myanmar sukan sea u23 25.11.2019, live streaming malaysia u23 vs mynamar u23 sukan sea kumpulan a 25.11.2019, live streaming malaysia vs myanmar sukan sea kumpulan a 25.11.2019, Live streaming MALAYSIAU23 VS MYANMARU23 sukan sea 25.11.2019, malaysia vs myanmar

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.