Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ong Kim Swee, dapat pingat Darjah Seri Melaka (Datuk)??

Ong Kim Swee, dapat pingat Darjah Seri Melaka (Datuk)??

Zik · Dec 7, 2011 · 11 Comments

Share this on WhatsApp

jurulatih ong kim swee, siapa ong kim swee, gambar ong kim swee, jurulatih ong kim swee,

Waahhhh. Terkejut baca berita harian online, Jurulatih bawah 23 tahun ini bakal dapat gelaran DATUK yang baru sahaja mengemudi harimau muda ini dalam mempertahankan emas sukan sea untuk tahun 2011 (acara bola sepak). Ong Kim Swee yang bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka juga kerana berjaya membimbing skuad Olimpik ke pusingan kelayakan terakhir.

Jasa Kim Swee cukup besar buat negara, apa lagi untuk negeri kelahirannya, Melaka yang kebelakangan ini tidak banyak melahirkan tokoh berwibawa dalam arena bola sepak.

 Confirm ker??

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan pengurniaan pingat itu, semalam menerusi pegawai medianya, Daud Awang. Tetapi, ketua menteri itu tak dapat nak dihubungi lah pulak. Mungkin akan dapatkan beliau, untuk betul-betul confirm ker tak nih.

Manakala Ong Kim Swee dia dah mengesahkan dah dapat surat mengenai pingat darjah kebesaran. Cuma dia tak mahu komen banyak. Kata-kata beliau yang dekat bawah nih, yang buat aku respeklah.

“Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,”
“Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.”

Apepun, tahniah diucapkan buat datuk Ong Kim Swee , eh belum lagi. Haha. Bagi aku, tak perlulah kot. Yang penting kalau dia OKS dah dapat tuh, jangan lupa diri. Teruskan menggalas harimau muda dalam menaikkan pemain kita dimata dunia. Insyallah.

Besar harapan, kalau skuad harimau muda ini dapat mara ke pusingan akhir dalam kelayakkan olimpik. Kalah menang tak penting, yang penting ialah pengalaman berharga dan juga mendapat tempat di rantau asia suatu hari nanti.

ong kim swee, ong kim swee dapat gelaran datuk

Sumber bharian.com

Share this on WhatsApp

Sukan datuk ong kim swee, jurulatih kebangsaan bawah 23 tahun dapat gelaran datuk, ong kim swee, ong kim swee confrim dapar gelaran datuk, ong kim swee dapat darjah pingat kebesaran, ong kim swee dapat gelaran datuk, Ong kim swee dapat pingat Darjah Seri Melaka

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    December 7, 2011 at 11:13 am

    Tanniah kepada coach Ong Kim Swee kalau benar khabar angin yang dikhabarkan.

    Reply
  2. yusuflaili says

    December 7, 2011 at 12:28 pm

    salam;
    org nak bagi ambil jelah…lagipun memang layak pun…

    Reply
  3. wandisini says

    December 7, 2011 at 12:29 pm

    ni macam gambar malam tadi je kat stadium angkasa…ada pemanggil yang buat lawak..nak cakap dengan izaq “saya nampak dia ada kat situ..” padahal izaq tengah berehat. aku guling-guling gelak..nampak benor ko tu tak kenal player harimau malaya.

    kalau dapat dato bagus lah. tapi yang shah rukh khan dapat tu yang aku tak boleh terima

    Reply
  4. azura says

    December 7, 2011 at 1:02 pm

    muslim memang dah femes…masuk zikrihusaini.com bertambah femes muslim haha….

    Reply
  5. Kamal Mustafa says

    December 7, 2011 at 9:12 pm

    Rezeki tue…bukan senang nak dapat…iktiraf laie. Kalau yang beli tue takde makna. Tahniah Datuk Ong Kim Swee

    Reply
  6. muhammad fakhruddin says

    December 7, 2011 at 9:46 pm

    Tahniah Dato’!

    Moga akan lahir lebih ramai pelapis pemain bola sepak negara.

    Reply
  7. Norizwan says

    December 8, 2011 at 12:24 am

    wah…bukan senang nak dapat tittle dato’ ni…kalo betul la…tahniah ler kan….

    Reply
  8. hasni says

    December 8, 2011 at 9:06 am

    Antara pelapis coach yang disukai

    Reply
  9. adamfaiz says

    December 8, 2011 at 2:41 pm

    Suka dengan gaya sederhana OKS

    Reply
  10. Juan says

    December 8, 2011 at 11:03 pm

    aku suka cara dia kendalikan pasukan, memang baik

    Reply
  11. bEe says

    December 16, 2011 at 4:06 pm

    Wah
    Semangat & like.. 😉

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.