Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH) 2020, RM300

Semakan Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH) 2020, RM300

Zik · Nov 28, 2019 · 2 Comments

Share this on WhatsApp
BSH, BSH BUJANG, BSH BUJANG DAN OKU.

Bantuan Sara Hidup menjadi satu topik yang hangat oleh nitizen. Terutamanya golongan b40. Mereka majoriti dalam komuniti ini. Jadinya dalam Belanjawan 2020, YB Lim Guan Eng telah mengumumkan kenaikkan kadar Bantuan Sara Hidup Bujang sebanyak RM300.

BSH tahun lepas 2019. 

BSH Bujang tahun lepas cuma RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima bermula 28 Mac 2019.

 


Sebaiknya anda tunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan sendiri.

Semakan status kelayakan boleh dibuat di portal rasmi BSH.

Kemaskini April: Mana-mana penerima BSH Bujang yang berstatus Gagal Kredit Surat Makluman Gagal Kredit mulai 22 April 2019 dan perlu membawa surat berkenaan ke BSN bagi tujuan penunaian.

Walau bagaimanapun, sekiranya Pemohon Kategori Bujang (RM100) masih belum menerima Surat Makluman BSH 2019 untuk penunaian di BSN, penerima boleh membuat penunaian terus (tanpa Surat Makluman) di BSN dengan hanya membawa MyKad Asal berdasarkan status pengkreditan seperti di bawah mulai:

  • 25 April 2019 – bagi pemohon yang Tidak Mempunyai Maklumat Akaun
  • 2 Mei 2019 – bagi pemohon yang berstatus Gagal Kredit

Penunaian di BSN adalah berdasarkan Nombor Siri yang boleh disemak pada Portal BSH > Semakan Penerima Bujang. Cetakan Salinan Surat Makluman BSH 2019 berkenaan tidak akan dikeluarkan.

Hanya penerima BSH 2018 kategori berikut layak menerima bayaran RM100 iaitu:

  • Bujang berumur 59 tahun ke bawah pada 2019
  • Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda yang berumur 59 tahun ke bawah

Pemohon yang telah disenarai hitam tidak layak memohon BSH tahun ini.

Pemohon kategori bujang yang berumur 70 tahun ke atas tidak layak menerima bantuan RM100 kerana telah menerima BSH fasa pertama 28 Januari lalu.

Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.

Kriteria Penerima BSH Bujang

  1. Belum berkahwin
  2. Sudah berkerja tetapi berpendapatan rendah RM2000 ke bawah
  3. Orang Kurang Upayah
  4. Bujang berumur 40 tahun ke atas

Bantuan BSH bagi kategori bujang telah diumum setelah mendapat saranan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ia bagi membantu golongan tersebut di kala situasi kesempitan hidup yang mencabar.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung BSH boleh menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2747 atau email kepada bsh@treasury.gov.my

SEMAKAN BSH BUJANG

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH yang RASMI iaitu https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Pihak LHDN belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya. Nak selamat kemaskini setiap tahun, mungkin kita ada terlepas pandang atau setiap tahun pihak berwajib ada memaklumkan kena masukkan data-data yang penting diperlukan untuk dikemaskini. Hal demikian penting sebab kalau kita jadi jenis malas nak update, tak tahu menahu. Tiba-tiba tak dapat, sebabnya tak update. Kemudian buat statement kerajaan zalimlah itulah inilah.

Bertenang semua, kalau tak dapat semua boleh buat rayuan ok.

Untuk dapatkan informasi terkini tentang BSH Bujang, korang terus ke laman rasmi bsh tuh seperti diatas.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG

bsh bujang**akan dikemaskini setelah kita dapat pengumuman rasmi dari kementerian Kewangan, (MOF) atau dari YB Lim Guang Eng sendiri.

Untuk masa terdekat waktu sekarang ini, takda sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang.

Cuma YB Lim Guang Eng memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac 2020 nanti.

Bayaran ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penerima dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta.

Tan Sri Muhyidin Yassin turut menyarankan agar kerajaan membantu golongan bujang yang belum berkahwin dan yang berpendapatan kecil.

KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG

Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.

KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?

Ini bukan pasal cukup ke Tak cukup atau perlu ditambah untuk mereka yang masih bujang. Hal ini kerana tanggungan dan keboleh upayaan untuk survive berbanding yang sudah berkeluarga lagi kritikal berbanding yabg masih bujang.

SEBARANG MAKLUMAT PENUH DAN KEMUSYKILAN:

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566

Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my

Credit to semakanonline.com, myeidos.com, mysumber.com

Share this on WhatsApp

Pengumuman bantuan sara hidup bujang 2020, bsh 2019 bujang, bsh 2020, bsh 2020 diteruskan, cara nak kemaskini bsh bujang 2020, kemaskini bsh 2020, permohonan bsh 2020, permohonan bsh bujang 2020, semakan bsh bujang, status permohonan bsh bujang 2020

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. ril says

    December 20, 2019 at 3:36 pm

    huhuhu… untungler hehehe…. jangan buat belanja awek dah ler

    Reply
  2. rujukan says

    May 1, 2020 at 4:04 pm

    lama dah x singgah sini komen, sebab ramai blogger yg dah pupus masa zaman kita dulu, ko antara yang masih kekal sampai sekarang, terbaik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.