Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 57. Bertemakan dalam tajuk lagu iaitu disini lahirnya sebuah cinta, pastinya sukar untuk mencurah idea dalam membuat sajak kemerdekaan tahun ini. Ia punyai maksud yang tersirat, kita perlu menanamkan rasa cinta kita kepada negara, malaysia.
Disini lahirnya sebuah cinta.
Aku berdiri diatas bumi ku ini, berikrar dan berjanji taat setiaku kepada negara…
mempertahankan maruah, kesucian negara ku yang dirobek..
tidak ku kental dengan ancaman kuasa besar dunia barat, utara, selatan, timur,
kerna diri ini sudah meresapnya akar cinta ku kepada negara..
cinta yang lahirnya hasil tuaian didikan anak bangsa ku sendiri…
tidak henti memberi dorongan, sokongan, doa dan suntikan semangat roh yang tidak dapat dijual beli…