

Soalan : Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Agraria Di Belanda?
Pengenalan :
Pendahuluan
Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir masyarakat agrarian di negara Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti pertanian dan penternakan. Pada abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perubahan politik dan ekonomi selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan Belanda memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam perkembangan ekonomi sehingga masyarakat agraria yang miskin berubah kepada masyarakat agraria yang maju pada abad ke-17. Masyarakat agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam, penternakan dan perikanan sebagai sumber ekonomi mereka.
Definisi Masyarakat Agraria :
- Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
- Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
- Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.
- Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari dan melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada pertanian ladang dan dalam skala yang besar.
- Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan
Isi-Isi :
1. Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585. Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.
2. Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
3. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang.
4. Pada abad ke-17, revolusi pertanian yang berlaku telah mendorong pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga tahun 1615, begitu juga dengan masyarakat petani dan penggunaan kuda dalam pertanian turut bertambah. Kegiatan dan pengeluran hasil pertanian semakin meningkat apabila kerajaan Belanda berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.
5. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.
6. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
7. Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568.
8. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.
9. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.
10. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Sekitar tahun 1630-an, Belanda telah berjaya membina 2 500 buah kapal dan separuhnya untuk kegunaan di Eropah seperti negara England, Perancis dan Sepanyol. Perkembangan industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648.
11. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
12. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon.
13. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.
14. Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada tahun 1597.
15. Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli perdagangan buah pala.
16. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah.
17. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.
18. Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.
19. Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Belanda telah berusaha menaik taraf pelabuhan Amsterdam seperti mendalamkan lagi pelabuhan Amsterdam, menyediakan lebih banyak gudang menyimpan barang dagangan, menyediakan kemudahan asas lain dan menghubungan pelabuhan dengan jalan darat yang lain.
Kesimpulan :
Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17.
Selain itu juga, masyarakat agrarian di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, industri swasta dan pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad ke-18 dan menjadi inspirasi kepada masyarakat petani di negera-negara lain di Eropah.
Nota lain :
Isi 1 – Kegiatan ekonomi.
Pada abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan ekonomi utama dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar, lobak dan teasel serta bijirin seperti barli, gandum dan oat. Masyarakat petani ini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kilogram hingga 1900 kilogram bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Tanaman jagung pula dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah dieksport ke luar negara. Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan di Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara meluas pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di sepanjang Sungai Maas berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga menternak binatang secara meluas seperti lembu dan kambing di kawasan Friesland untuk daging dan hasil tenusu. Industri perikanan juga penting di Belanda dan dianggarkan satu per lima penduduk terlibat selain industri pembinaan kapal.
Isi 2 – Petempatan
Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah sungai yang subur dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar yang subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar negara Belanda berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah laut untk dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah seluas 127 ribu hektar ditebus guna. Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga 1615 yang membawa kepada peningkatan hasil pertanian. Antara kawasan yang terletak di kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, oud-Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha menebus tanah diperluas hingga menjadi 5500 hektar.
Isi 3 – Kemahiran Pengairan dan Kesuburan Tanah
Masyarakat Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga mendirikan kincir angin bagi membolehkan air yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan kewasan pertanian.masyarakat Belanda juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara kesuburan tanah bagi menjamin produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memugarkan tanah pertanian dan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan. Mereka mempunyai bekalan baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Petani Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap bidang terdapat jalur-jalur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut, satu lagi bidang dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang ternakan menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti penternakan.
Isi 4 – Kaedah Pertanian
Masyarakat agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman mengikut musim seperti tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin Selain sistem ini, sistem batas juga diperkanalkan. Sistem menanam dengan membuat batas memudahkan saliran. Kedudukan batas juga diubah setiap tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara tanaman yang ditanam secara deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole. Penanaman di atas alur yang dibuat menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan. Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan bekalan makanan antara tahun 1550 hingga 1650. Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta orang.
Isi 5 – Kemajuan Teknologi Pertanian
Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala besar. Sebagai contoh, penciptaan tugal dan tenggala beroda adalah untuk memugar dan membajak tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian dengan mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan kincir angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland ditebus guna untuk pertanian. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Terdapat kajian pertanian seperti kajian penanaman rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada tanah-tanah rang.
Nota ringkas :
– mksud msyrkt agraria ialah msyrkt yg m’jlnkn ekonomi pertani seperti
> bercucuk tanam
> menternak binatang
– antara aktivi yg msyrkt agaria sering dilkukan ialah
> memburu
> bercucuk tanam
> mengutip hasil hutan
> menangkap ikan
– antra penenpatan mereka ialah
> lembah sg
> kwsn berbukit
> kwsn yg m’punyai aliran yg baikCIRI-CIRINYAmasyarakat petani : m’jlnkn kegiatan p’tanian secara kecil-kecilan dan secara sistem “pertanian padang
terbuka”
: hasil mereka akn dipsrkn di belanda shj
1) BIDANG TANAH
– setiap tanah dibahgikn kpd beberapa jalur tanah secara pnjng diushkn olh petani
( petani akn m’gushkan separuh tp selebihnya dibiar kosong utk m’yemburkn tanah pd musim nanti )
2) REVOLUSI PERTANIAN
– m’dorong p’tambhan tanah kpd 36 ribu ekar tanah
– kemudahan m’gunakan “KUDA”
– p’geluaran p’tanian bertmbh kerana Belanda b’jaya menambah laut utk dijadikn kwns p’tanian
– kemudahan “KINCIR ANGIN” : kwsn tanah tinggi blh disalurkn air utk p’tanian
3) TANAMAN BERGILIR
– tanaman (ubi-ubian & bijiran)
– kaedah ini utk m’gembalikn kesuburan tanah & meningkatkn p’geluaran p’tanian
4) MENGUSAHAKAN KEGIATAN PENTERNAKAN BINATANG TERUTAMA ” lembu tenusu”
– m’jadi pusat utama penternakan lembu ini
5) MENGUSAHAKAN INDUSTRI TEKSIL
– m’geluarkan pkaian berasaskan “kain bulu” dan “linen”
– Abad ke-17, b’kembng kain-kain woolen, says, fustians dan camlets
6) KEGIATAN MENANGKAP IKAN
– perairan kaya dgn ikan b’kuaiti
– Abad ke-17, m’nangkp ikan dr Laut Utara – Selat Inggeris m’gunakan kapal-kapal besar
Penutup
– masyarakat agraria di Belanda hanya tertumpu pada pertanian sahaja
Sumber lain :
1.2.Masyarakat Agraria ( Be… by wakman on Scribd
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply