Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Ahmad Said letak jawatan MB terengganu 12 mei 2014 ?? biar betik

Ahmad Said letak jawatan MB terengganu 12 mei 2014 ?? biar betik

Zik · May 12, 2014 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

datuk ahmad said letak jawatan menteri besar terengganu, dol said letak jawatan menteri besar jawatan terengganu,

Biar betik, diterengganu memang ada krisis dalaman. Apepun ini sumber dari sinar harian.

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Siapa agaknya menteri besar yang baru nanti?? jeng-jeng?? nantikanya. Apepun, datuk seri said sumbangan kepada negeri terengganu sangatlah besar. Beliau menjadi menteri besar sejak 2008.

Update: Jawatan beliau diganti dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini. Angkat sumpah malam ini jugak katanya. Huhu.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Biodata :

YAB Dato’ Ahmad Bin Said dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Kampung Teluk Kalong. Beliau anak bongsu dalam keluarganya hasil perkahwinan Said Bin Mohd dan Wook Binti Ali .Dibesarkan di Kampung Teluk Kalong dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan seterusnya hingga ke peringkat tertinggi di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Politik.

Ayah beliau seorang petani @ pekebun yang mengusahakan tanah dengan bercucuk tanam. Juga kemahiran ayahnya ialah menyadat kelapa. Oleh sebab itu, YB Dato’ Ahmad Bin Said tanpa segan silu mengaku beliau seorang anak Tok Nyadat di dalam ceramahnya. Pengakuan itu adalah lambang kepayahan seorang anak kampung yang gigih berusaha dan berjaya mengejar cita-cita apabila berusaha bersunguh-sungguh walau dalam kesulitan ayahnya seorang petani.

Penglibatan awal beliau dalam perkhidmatan awam adalah apabila berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Seterusnya, ketokohan beliau dalam bidang pentadbiran semakin menyerlah apabila beliau diberi beberapa tanggungjawab sebagai Pengetua Pusat Pupuk Semangat, Pegawai Pentadbiran Tanah Kemaman, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan YDP Majlis Daerah Kemaman.

Dalam karier politik pula, beliau bermula dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal apabila memenangi kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil 1990. Lawan beliau pada masa itu ialah Ahmad Shabery Cheek (YB Ahli Parlimen Kemaman dan Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sekarang).

Seterusnya beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000 hingga sekarang. Beliau juga sekali lagi memenangi kerusi DUN Kijal dalam pilihanraya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan diberi kepercayaan sekali lagi menerajui portfolio Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan mantan Menteri Besar Terengganu.

Beliau juga menerima 3 pingat kebesaran iaitu ASM dan PJK oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud dan DPMT bagi membawa gelaran Dato’ oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan pada tahun 2005.

Di dalam bidang sukan, beliau meminati sukan bola sepak, golf dan badminton. YAB Dato’ Ahmad Bin Said mempunyai 2 isteri iaitu To’ Puan Norliza Binti Mahmud dan Nor Hamilah Binti Yahya dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

  • Tarikh Lahir   : 15 Februari 1957
  • Tempat Lahir : Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman
  • Taraf Perkahwinan  : Berkahwin
  • Anak  : 8 orang

PENDIDIKAN

  • Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman (1964-1969)
  • Sekolah Menengah Chukai, Kemaman (1970-1974)
  • Maktab Adabi Terengganu, Kuala Terengganu (1975-1976)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) , Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik

PENGALAMAN DALAM PENTADBIRAN AWAM

  • 1982-1985     Penolong Pegawai Daerah Kemaman
  • 1985-1986     Pegawai Pentadbir Tanah II, Kemaman
  • 1986-1988     Pengetua Pusat Pupuk Semangat Negeri
  • 1988-1990     Penolong Pegawai Daerah Setiu
  • 1990-1995     Yang Di Pertua Majlis Daerah Kemaman

PENGALAMAN DALAM SEKTOR SWASTA (1992-2000)

  • Pengerusi, Pesama Timber Corporation Sdn. Bhd. (1992-1995, 1997-2000)
  • Pengerusi PESAKA Terengganu Berhad
  • Pengarah, Golden Pharos Berhad
  • Pengerusi, Kumpulan Kayu Kayan Berhad
  • Pengerusi, G.P Furniture

PENGALAMAN DALAM POLITIK

  • 1996 – 1978    Naib Ketua, UMNO Teluk Kalong
  • 1982 – 1986    Ahli Jaw. Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
  • Ogos 1990      (Pilihan Raya Kecil Dun Kijal ) ADUN Kijal
  • Okt 1990        (Pilihan Raya Umum ke-8) ADUN Kijal
  • 1995              (Pilihan Raya Umum ke-9) ADUN Kijal
  • 2004              (Pilihan Raya Umum ke-11) ADUN Kijal
  • 2008              (Pilihan Raya Umum ke-12) ADUN Kijal
  • 23 Mac 2008    Terima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar
  • 20 Julai 2010    Menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Trg sempena Sambutan Ulang Tahun  ke 48 Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Trg  – “Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Trg (S.S.M.Z)”

credit to jarang anak melayu

Share this on WhatsApp

Isu semasa, Politik ahmad said letak jawatan menteri besar terengganu, Biodata Dato' Ahmad Bin Said, datuk ahmad said letak jawatan, menteri besar terengganu letak jawatan berkuatkuasa 12 mei 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. puteri kasih says

    May 12, 2014 at 11:13 pm

    tengok kat berita tadi…cepatnya angkat sumpah 🙂

    Reply
  2. titan says

    May 13, 2014 at 7:05 am

    sudah ada MB baru dah orang ganu hari ini..tahniah!

    Reply
  3. akubiomed says

    May 14, 2014 at 10:24 am

    Mula-mula khabar angin sekali berita menjadi rasmi.

    Reply
  4. hafizmd says

    May 14, 2014 at 3:59 pm

    dapat mb baru ambe…hehehe

    apapun..buatlah apa yg terbaik utk rakyat terengganu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.