Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Jual murah pun boleh untung, Kosmo online!

Jual murah pun boleh untung, Kosmo online!

Zik · Dec 14, 2010 · 48 Comments

Share this on WhatsApp

cheap, googe , fast jualan murah, murah ada keberkatannya

Macam tak percaya betul ketika zaman sekarang ini, yelah semua duk merungut minyak naik, gula naik lah. Namun ini adalah sebaliknya yang aku baca di akhbar kosmo.com.my

Peniaga yang berniaga di Kuala Terenganu, di kampung Losong Atap Zin menawarkan harga yang terendah setakat ini, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas.

Menariknya peniaga tersebut, Sinah Sulaiman 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1. Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.

“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Apa yang aku dipahamkan, walaupun menjual dengan kadar yang murah, namun mereka tetap meraih keuntungan beserta mampu untuk membayar gaji 4 orang pekerja! Satu pencapaian yang terbaik setakat ini.

Menjadi persoalannya?

Hairan juga ya, mungkin disebabkan mendapat kepercayaan dan juga, pengunjung setia (customer loyalty) mesti datang setiap hari. Dan salah satunya adalah, mereka mendapat supplier barang terus dari pemborong. Faktor lain, aku tak berapa pasti.

Percaya dengan konsep, turunkan harga untuk memenangi hati pembeli ada keberkatannya. Insyallah.

Share this on WhatsApp

Ekonomi Jual murah pun boleh untung, jual murah pun masih untung, Kosmo online!, profit margin

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. paeh says

    December 14, 2010 at 1:07 am

    mendapat return customer lebih baik daripada one time customer….

    Reply
    • akubiomed says

      December 14, 2010 at 10:14 am

      Susah nak cari pelanggan yang loyal kalau tak betul-betul meniaga. Pilihan banyak diluar sana

      Reply
      • Rahsia Buah Pinggang Sihat says

        December 14, 2010 at 12:12 pm

        Mungkin sebab tu lah kot kedai ni mendapat pelaggang berulang.Yang pertama sebab harganya murah berbanding tempat lain.Walaupun murah servisnya setanding dengan kedai yang harganya jauh lebih tinggi.

        Yang kedua makanan dan minuman yang disediakan juga memenuhi citarasa pelanggan.

        Reply
  2. tehr says

    December 14, 2010 at 2:08 am

    mak aku pun ada gaya bisnes macam ni
    sampai harga rokok pun dia jual kurang dari harga yang telah ditetapkan
    sebenarnya untuk sedikit yang berpanjangan lebih baik dari untuk banyak yang sekejap sahaja

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 12:42 am

      owh bagus tuh bro tehr…

      Reply
  3. fendidahada says

    December 14, 2010 at 2:36 am

    pergh karipap 5 rm 1…kat u aku..3 rm1.20..ish2..

    tapi steady la kedai tu…boleh survive even harga maintain…salute!! :w00t:

    Reply
    • akubiomed says

      December 14, 2010 at 10:26 am

      Memang kenyang. Kalau RM2 rugi lena terus πŸ™‚

      Reply
      • fendidahada says

        December 14, 2010 at 11:51 am

        betul2….kita pun dpt jimat..hati pun senang..huhu

        Reply
  4. naimulfirdaus says

    December 14, 2010 at 5:02 am

    memang bagus harga murah kadang-kadang ramai pengguna suka.
    bila dah dapat tempat, tak jadi masalah untuk dapat income yang lumayan..

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      December 14, 2010 at 9:48 am

      Mungkin…sebab lain,ada faktor berkat :ermm:

      Reply
  5. izz latif says

    December 14, 2010 at 8:33 am

    ~wow~
    bagusnya…
    dia meniaga dengan ikhlas
    no wonder ada ramai customer yg setia
    (^_^)

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:19 am

      yup betul tuh…

      Reply
  6. eimsperfume says

    December 14, 2010 at 8:33 am

    mmg bagus cara makcik tu.. sanggup tanggung kerugian utk jaga customer..

    tp pendapat aku, bg perniagaan kedai makan, tak bagus utk fight harga kot.
    kalu nk fight harga, takperlu ketara sangat pun org dah suka. tp maybe makcik ni peniaga kampung yg berniaga utk suka2 saje. dok kat kampung ape sgt nk wt kot. bukannya target untuk besarkan perniagaan @ target utk nak kan banyak profit sangat. huhu..

    kat tempat aku kat kelantan pun banyak. kalu pagi2 g ke market tu dapat la kuih y gmurah2 sangat. pastu pulak peruncit beli ngn derg, letak kat kedai peruncit tu pulak harga mahal sket. nway.. tak kesahlah..yg penting berniaga utk dapatkan rezeki yg halal betul x? πŸ˜†

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:21 am

      Ya yang penting, kita harus jaga hati pelanggan…. rezeki yang halal …insyallh berkat…

      Reply
  7. akubiomed says

    December 14, 2010 at 10:09 am

    Baguslah perniaga yang berkhemah masih boleh untung bayangkan yang dekat luar sana naik harga sewenang-wenang atas sebab harga minyak naik.

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:22 am

      terbaiklah..susah nak cari peniaga yang macam ini..

      Reply
  8. madlut says

    December 14, 2010 at 10:14 am

    faktor lain? haha..mereka berniaga dengan jujur dan ikhlas kot, jadi tuhan murahkan rezeki mereka, rezeki kan datang dari tuhan;)

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:23 am

      ya betul tuh….

      Reply
  9. Ali ridha says

    December 14, 2010 at 10:29 am

    kongsi lah ilmu
    cara berniaga.
    zikr ni la.

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:23 am

      insyallah.. akan menyusul kemudian…

      Reply
  10. fitri says

    December 14, 2010 at 11:22 am

    sedap mcm cup cake kenny rogers x?ekekeke :cheerful:

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:24 am

      hehe… boleh jadi… :biggrin: :biggrin:

      Reply
  11. Norizwan says

    December 14, 2010 at 11:58 am

    untung rrr…berniaga seperti inimemang untung….keperluan semua orang ni…

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:27 am

      keperluan… tak cari lain dah… huhu

      Reply
  12. zulkbo says

    December 14, 2010 at 12:41 pm

    salam..
    sifat yang terpuji..
    tak ramai yang begitu
    satu dari sejuta..

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:28 am

      ya betul tuh bang zul….

      Reply
  13. annfrendly says

    December 14, 2010 at 3:22 pm

    wow.. murahnya….
    kat KL jangan harap nak dapat harge macam tu..
    sume cekik darah.. adeh..

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:29 am

      kat kl memang mahal… 3 seringgit… itupun tak tentu lagi kan ann.. huhu

      Reply
  14. zool says

    December 14, 2010 at 3:34 pm

    memang gempak harga tu. tapi mesti customer ribu2 sehari tu.. dia boleh jual barang makanan byk2.

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:30 am

      target..rasanya macam tuhla… memang kalau tengok dari gambar kedainya… orangnya memang penuh..sesak…

      Reply
  15. tengkorak emas says

    December 14, 2010 at 5:24 pm

    kalau aku memang akan jadi loyal customer utk kedai mcm ni..harga murah, layanan mesra, kenyang pun dapat, hati pun puas, jadi sentiasa mendoakan yg baik untuk peniaganya..

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:33 am

      ya sama2lah kita doakan yang terbaik buat peniaga seperti ini..

      Reply
  16. mancai says

    December 14, 2010 at 6:54 pm

    kalau kedai tu murah dan makanan di sedap pasti ada pelanggan.. cuma kekadang orang melayu ni tak boleh orang senang sikit…. ada je nak main tuju2… jauh2kanlah sifat tu…. zaman dah berubah

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:41 am

      masih ada lagi sampai sekarang… :getlost: :getlost:

      Reply
  17. Thoha says

    December 14, 2010 at 8:05 pm

    memang murah harga yang diletakkan semasa banyak harga barang2 lain naik..kena pandai jaga hati pelanggan baru pelanggan takkan lari..tahniah diucapkan…

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:43 am

      bukan sesuatu yang mudah…. tapi memang terbaik lah peniaga macam nie…

      Reply
  18. etomyam says

    December 14, 2010 at 9:09 pm

    langkah bijak dari peniaga tu, go for quantity πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:43 am

      bijak memang bijak….

      Reply
  19. Hadi Rofiee says

    December 14, 2010 at 9:57 pm

    Kreatif, bijak & berani. Mereka tidak menyalahkan keadaan, bahkan bertindak luar dari kebiasaan. :cheerful:

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:45 am

      berani menghadapi risiko adalah perkara terpenting dalam perniagaan..

      Reply
  20. mijie says

    December 14, 2010 at 10:41 pm

    aku rasa mereka ni memilih dari segi kuantiti, kalau jumlah yg banyak still untung lagi tu

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:47 am

      kuantiti yang banyak dari pelanggan yang setia..

      Reply
  21. Ladfe Amir says

    December 14, 2010 at 10:41 pm

    jual secara murah juga kita boleh anggap sebagai sedekah. InsyaAllah

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 2:47 am

      ya betul tuh…

      Reply
  22. ProfHariz says

    December 15, 2010 at 3:44 am

    Jika minyak turunkan harga apakah ia juga mendatangkan keuntungan pada negara?

    Reply
    • Zik says

      December 19, 2010 at 12:39 am

      semestinya… sebab kuasa membeli akan bertambah… yela minyak hari2 guna kot… minyak nie pendapatan no1/2 negara …

      Reply
  23. Zik says

    December 19, 2010 at 2:28 am

    memang orang suka cari yang murah…

    Reply
  24. Zik says

    December 19, 2010 at 2:31 am

    bukan senang tuh… tabik la peniaga macam nie..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.