Apa itu i-Sinar?
Pada mulanya cadangan bekas perdana menteri di facebook, DS Najib agar 10k dikeluarkan akaun 1 kwsp secara one off. Jadinya pihak kerajaan menimbang cadangan itu dan ianya diperkenlakan dalam bajet 2021 iaitu dipanggil i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Belum register i-Akaun KWSP? Sila rujuk REGISTER i-AKAUN KWSP (Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL).
Apakah kriteria untuk saya buat permohonan i-Sinar online ?
KWSP telah meletakkan beberapa syarat untuk menentukan pendapatan ahli kwsp yang terjejas.
Jika ahli KWSP yang ingin mohon i-Sinar, tetapi tiada dokumen sokongan, sila rujuk cara mohon i-sinar kategori 2 tetapi TIADA DOKUMEN i-SINAR.
Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:
Kategori 1
- Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
MAKSUD TIADA CARUMAN KWSP.
Iaitu dengan sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan. Maksud tiada caruman KWSP ialah tiada bayaran/caruman kepada KWSP dalam tempoh 2 bulan berturut-turut semasa permohonan. Lebih jelas lagi, tiada gaji, tiada bayaran caruman kepada KWSP juga. Kadang-kadang mungkin ada gaji masuk ,tetapi majikan tidak mampu untuk carum, sebab gaji lagi penting untuk bayar keperluan. Mungkin kwsp tertunggak dari majikan, ini tanggungjawab harus selesaikan.
Bagaimana pula sudah lama tidak mencarum? Contohnya 5 tahun sudah tidak mencarum kepada KWSP,anda juga layak untuk mohon i-SINAR.
Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen adalah seperti berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
Bila saya boleh buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE ?
Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Bagaimanakah cara buat permohonan i-Sinar Online?
Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
CARA PERMOHONAN i-SINAR ONLINE
Berikut adalah contoh untuk buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE:
- Klik PERMOHONAN BARU i-SINAR
- Lengkapkan maklumat yang diminta:
- nombor telefon bimbit.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran(Masih aktif,Milik anda,Bukan akaun bersama)
- Muat turun DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR jika diminta (Kategori 2)
- Sila semak sebelum buat pengesahan
- Klik HANTAR
Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat. Better guna apps lah senang, kalau nak pergi kwsp tuh jauh pulak kan?
Bilakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?
Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
Bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Amaun Kelayakan i-Sinar.
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
SOALAN LAZIM PERMOHONAN i-SINAR ONLINE
Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya buat permohonan i-Sinar online ?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Adakah SURI RUMAH layak mohon i-Sinar?
Saya munirah,40 tahun,seorang suri rumah yang menjual kuih dalam talian,saya ahli KWSP yang tidak mencarum selama 8 tahun,adalah saya layak mohon i-Sinar?
Layak memohon, dan ianya kelulusan secara automatik dan tak perlu pun attactkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Adakah pemandu bas sekolah layak mohon i-Sinar?
Saya Ramzi,35 tahun,seorang pemandu bas,ahli KWSP yang telah hilang sumber pendapatan dan sudah 8 bulan tidak mencarum KWSP.
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah krew filem layak mohon i-Sinar?
Saya Lim Chim Chai,30 tahun,seorang krew file yang pendapatan mengikut projek,ahli KWSP yang sudah 3 tahun tidak mencarum KWSP.
Layak, kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pembantu tadika layak mohon i-Sinar?
Saya Siti Sarah Raisudhin,27 tahun,seorang pembantu tadika yang bergaji hari (tunai),ahli KWSP yang sudah 10 bulan tidak mencarum KWSP.
Layak, kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Rider Foodpanda layak mohon i-Sinar?
Saya Ahmad,28 tahun,seorang rider Foodpanda,ahli KWSP yang sudah 3 bulan tidak mencarum KWSP
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Pereka Grafik Kontrak layak mohon i-Sinar?
Saya Rara,26 tahun,seorang pereka grafik kontrak,ahli KWSP yang masih mencarum KWSP tetapi gaji telah dipotong 1/3 dari gaji asal saya.
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlu dokumen sokongan.
Adakah pengusaha kantin layak mohon i-Sinar?
Saya Kak Liza,35 tahun,seorang pengusaha kantin,ahli KWSP yang kali terakhir mencarum Mei 2017
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah Mekanik Pesawat layak mohon i-Sinar?
Saya Muhammad,32 tahun,seorang mekanik pesawat yang telah diberhenti kerja,ahli KWSP yang tidak mencarum sejak diberhentikan.
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pemandu pelancong layak mohon i-Sinar?
Saya Rafais,40 tahun,seorang pemandu pelancong,ahli KWSP yang tidak mencarum KWSP sejak awal 2020
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Adakah pembantu kedai makan layak mohon i-Sinar?
Saya Joe,27 tahun,seorang pembantu kedai makan,ahli KWSP yang masih aktif mencarum tetapi gaji dipotong separuh gaji saya.
Layak,kelulusan secara automatik dan tidak perlukan dokumen sokongan.
Anda tidak perlu membayar semula.
Maklumat Lanjut & Info
Sila rujuk https://isinar.kwsp.gov.my/
Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
credit to kekandamemey.com
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply