Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online

Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online

Zik · Jan 27, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

interim kwsp

Seperti yang telah dimaklumkan oleh perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada beberapa hari yang lepas kalau tak silap. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kes COVID-19 serta bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online (isinar.kwsp.gov.my). Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penipuan atau aktiviti scam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Contoh Situasi Fatimah:

Fatimah mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000* dan memilih RM5,000 sebagai pembayaran pertama. Berikutan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:

Amaun Pembayaran Interim

RM1,000

Amaun Pembayaran Pertama

RM4,000

Amaun Pembayaran Kedua

RM1,000

Amaun Pembayaran Ketiga

RM1,000

Amaun Pembayaran Keempat

RM1,000

Amaun Pembayaran Kelima

RM1,000

Amaun Pembayaran Keenam

RM1,000

Jumlah layak dimohon

RM10,000*

*Tertakluk kepada baki Akaun 1.

Contoh Situasi Ali:

Ali mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sebanyak RM700. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800. Berikutan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut:

Amaun Pembayaran Interim

RM700

Amaun Pembayaran Pertama

Tiada

Jumlah layak dimohon

RM700*

*Tertakluk kepada baki Akaun 1 dan perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 di dalam Akaun 1 untuk menikmati faedah sebagai ahli KWSP. 

Ada yang dah dapat hari ini maybank, rhb, cimb dan sewaktu dengannya.

 

rhb interim kwsp rm1000 maybank interim kwsp rm1000

 

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui;

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Share this on WhatsApp

Pengumuman isinar kwsp kategori 2 sudah masuk, Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, pembayaran rm1000 interim kwsp akaun 1 kategori 2 sudah masuk 26 januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.