• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pengeluaran KWSP AKAUN 1, i -Sinar

Pengeluaran KWSP AKAUN 1, i -Sinar

Zik · Nov 17, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

kwsp,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah hampir memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 Ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar dan akan diumumkan pada 18 November 2020. i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek. i- Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Ahli yang layak boleh mohon pada disember 2020. 

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 (akan diberitahu kelak) dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Boleh buat pengeluaran RM 60 ribu maksimum akaun pertama*

KWSP baru umum:

1. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke bawah.

Baki RM5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran RM9k) dibayar secara ansuran bulanan.

2. Bayaran pertama lumpsum sehingga RM10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak RM90,000 dan ke atas.

Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga RM60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.

Tapi kebimbangan disini ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 juta orang sahaja berbanding 4.7 juta orang bagi skim I-lestari. Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isu ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

i sinar kwsp i sinar kwsp

Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?

Itu yang menjadi persoalannya. Sepatutnya diperincikan lagi. Sebab kesian yang gaji dia dah kena potong , so potong epf pun mungkin sudah kurang.

2 juta sasaran ahli kwsp yang harus diberi perhatian. 

“Sebanyak dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas dengan dikreditkan dalam akuan bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat bermula Januari 2021.

Jumlah yang dah ambil perlu diganti semula , masuk carum akaun 1 sampai 70 peratus. 

Jumlah yang diberikan itu perlu diganti semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum. Caruman baharu itu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan itu digantikan semula.

Selepas itu caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Untuk menentukan jumlah yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli nasihatkan untuk mendapatkan khidmat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ringkasan Pendaftaran i-Sinar KWSP. 

Permohonan bermula pada 1 Disember 2020.

Tiada borang offline, jadinya tidak perlu pergi ke Bangunan office, pergi serbu kwsp tuh. Semua boleh buat secara online sahaja ok.

Jadinya melalui permohonan online ini, korang boleh buat di rumah, komputer sendiri, atau melalui handset sendiri.

Syarat-syarat.

  1. Berumur 55 tahun ke bawah.
  2. Ahli atau pecarum kwsp yang diberhentikan atau ditangguhkan gaji (tak dapat gaji).
  3. Merupakan ahli kwsp yang aktif ( sekurang-kurangnya, 1 bulan caruman majikan bermula dari Mac 2019 hingga Februari 2020.
  4. Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan.

Selain dari itu, minta maaf. Dapatlah nak tolong. Siapa gaji kena potong, ke, atau gaji sudah kurang dari sebelum ini. Entahla, itu bergantung kepada budi bicara kwsp. Nanti kalau tak lulus juga, boleh lagi membuat rayuan, kenalah buat permohonan rayuan dengan beserta bukti yang dia nak nanti tuh kita belum pasti lagi.

Difahamkan juga katanya kena habiskan i-lestari terlebih dahulu, baru boleh mohon i-Sinar. Ye entahla.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman borang i-sinar kwsp secara offline, i sinar kwsp, panduan isi borang i-sinar pdf file format, panduan pengeluaran i-sinar kwsp secara online, pdf file i-Sinar kwsp, permohonan i-sinar kwsp, sinar kwsp borang

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Pengeluaran Kwsp Akaun1, I-Sinar (perincian 18 november ini-Menteri Kewangan)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja …

Pengumuman

Permohonan I-sinar kwsp, syarat dan keperluan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Apa itu i-Sinar? Pada mulanya cadangan bekas …

%d bloggers like this: