Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, status Akhyar kini masih bebas (free agent) dan pihaknya bersedia mengadakan rundingan dan merisik penyerang berusia 19 tahun itu.

Mahu atur pertemuan. 

Beliau berkata, pihaknya sudah mengaturkan pertemuan dengan Akhyar dalam tempoh terdekat dan berharap perjumpaan tersebut berlangsung positif.

Malah katanya, PFA juga akan bertemu semula dengan KFA bagi membincangkan semula status sebenar Akhyar selain mendengar tuntutan mereka sekiranya ingin melepaskan pemain tersebut.

“Sebenarnya kita memang berminat untuk merisik dan mendapatkan Akhyar sebelum berlakunya kemelut antara KFA dgn JDT. Namun rancangan itu ditangguhkan kerana pada masa sama komitmen penyerang tersebut yang masih bersama Kedah dan bersama skuad kebangsaan,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu,Ketua Jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abd. Wahid berkata, Perlis merasa bangga apabila dikaitkan khabar perpindahan Akhyar ke negeri ini sebagaimana tular di beberapa portal bola sepak sebelum ini.

“Datuk Presiden sememangnya berminat dengan Akhyar sejak awal lagi. Di sini, kami ingin menegaskan sebagai pasukan bola sepak yang baharu dibentuk semula, kami amat berminat membuka pintu kepada Akhyar dan akan membuat rundingan bersamanya sebagai pemain yang masih mempunyai status bebas seterusnya dijadikan aset Perlis,” katanya dalam status yang dikongsi di laman facebook NorthernLions Perlis di sini, hari ini.

Antara pemain bintang yang sudah mengesahkan untuk bersama Perlis bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan ialah Safee Sali; Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya; Khyril Muhymeen; Azmi Muslim dan Amiridzwan Taj Tajudin. Banyak belanja perlis fa untuk tahun 2019 kali ini. Biarpun bermain dalam liga perdana. Akan bertemu dengan pasukan kelantan juga di liga ini yang baru turun pangkat ke liga perdana .

Sebelum ini, juara Liga Super, JDT menegaskan mereka tidak perlu berhubung dengan KFA bagi mengadakan rundingan dengan Akhyar.

Hal demikian kerana Akhyar sudahpun berstatus ejen bebas selepas pemain berusia 19 tahun itu menamatkan kontraknya bersama Kedah.

copy paste dari utusan.com.my