Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Safee sali masih idam sarung jersi Harimau Malaya

Safee sali masih idam sarung jersi Harimau Malaya

Zik · Dec 20, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

safee sali

Bila tengok si Legend nih rindu juga aku dengan safee Sali nih. memang dia banyak sumbangannya kepada pasukan harimau malaya. Tapi untuk perlawanan antarabangsa, kita kena tengok prestasi semasa pemain jika mahu menyertai pasukan keramat harimau malaya.

Belum pernah terfikir mahu bersara wakili negara!!

Penyerang baru Perlis, Safee Sali masih belum menutup pintu untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, andai khidmatnya diperlukan.

Walaupun bakal berusia 35 tahun bulan depan dan sedang menghampiri penghujung karier, Safee yang pernah dilabel salah seorang penggempur terbaik bolasepak tempatan mengidam menjadikan singa utara sebagai platform untuk membuktikan sentuhannya seterusnya memikat perhatian pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Masih mahu berbakti untuk harimau malaya!!

“Memang kalau ditanya keinginan itu tetap ada, saya masih boleh menyumbang dan tidak pernah berputus asa. Mungkin kalau saya konsisten menjaringkan gol dan beraksi baik bersama Perlis musim depan, saya boleh membuatkan barisan kejurulatihan skuad negara kembali tertarik dan memberikan saya peluang untuk kembali ke kem kebangsaan,” ujar Safee.

Tambahnya, “Mungkin selera jurulatih adalah pemain muda, tetapi saya rasa jika mana-mana pemain tidak kira usia masih boleh menyumbang dan berada pada tahap prestasi terbaik, eloklah jika diberikan peluang. Saya akan cuba membuktikannya.”

Bekas penyerang Pelita Jaya dalam Liga Indonesia ini menjadi rekrut terbaru dalam transformasi besar-besaran Perlis 2019 yang dijangka akan bermain dalam Liga Premier musim depan walaupun mereka sekadar menamatkan cabaran di tangga tercorot Kumpulan A Piala FAM.

Selain Safee, Perlis telah turut mendapatkan khidmat bekas kapten Kelantan Badhri Radzi, Amiridzwan Taj, Aziz Ismail, Azmi Muslim dan Azmizi Azmi.

Sebagai rekod, Safee yang pernah muncul penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki pada 2010 kali terakhir mewakili Harimau Malaya adalah pada 2017 ketika di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Sepanjang hampir sedekad menyarung jersi Malaysia, Safee telah menjaringkan lebih 20 gol dengan yang paling diingati adalah dua gol ketika Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura pada Julai 2011 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2014.

Share this on WhatsApp

Sukan Safee sali idam sarung harimau malaya, safee sali idam sarung pasukan kebangsaan biarpun di hujung kareer

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.