Tidak sangka apabila bekas pemain pfa menuntut gaji tertunggak mereka tahun lepas, tidak diendahkan. Telah mengundang pada bukan pasukan pfa pasukan persatuan bola sepak perlis, 4 penaja utama telah menarik diri untuk menaja pasukan ini.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara susulan kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.
Walaupun tidak mendedahkan berapa jumlah tajaan terlepas itu, namun difahamkan ia berjumlah jutaan ringgit kerana membabitkan kumpulan penaja utama.
Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, apa yang menyedihkan adalah perkara itu berlaku ketika perbincangan bersama penaja sudah mencapai tahap 95 peratus dan hanya menunggu untuk menandatangani persetujuan.
Luahan daripada Ahmad Amizal menyebabkan sidang medianya di ibu negara, hari ini, menjadi penuh emosi selepas beliau dilihat menangis ketika mengesahkan perkara itu.
“Perlis kosong, tiada apa-apa, tiada siapa nak taja perlis. Tiada apa-apa nilai yang orang boleh taja Perlis, kita buat latihan di Kuala Lumpur semata-mata untuk meyakinkan penaja sebab mereka boleh dekat dengan pemain dan bukan suka-suka untuk buat latihan di sini.
“Nak dapat penaja bukan senang, bukan Perlis saja, semua pasukan. Bila kita hilang penaja walaupun sudah sampai tahap 95 peratus perbincangan, ia satu kerugian buat semua.
“Penaja percaya kepada pengurusan baharu, cuma benda yang berlaku ini menjadi satu benda yang negatif kepada penaja dan kalau kita nak cari penaja yang baru, bukan satu benda yang mudah. Tapi saya bukan individu yang akan berputus asa,” katanya.
Isu tunggakan gaji skuad Singa Utara bukan perkara baharu, namun ia semakin hangat selepas 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) mendakwa mereka terpaksa melakukan kerja lain termasuk menjadi nelayan untuk menyara hidup kerana belum mendapat tunggakan gaji daripada PFA.
Justeru, Ahmad Amizal turut membuka pintu rundingan dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menyelesaikan segala kemelut dan bukan hanya berbalas kenyataan di media.
“Saya ambil Perlis dalam keadaan kosong, satu benda pun tiada, jadi saya bukan nak minta pemain, peminat atau masyarakat faham. Tapi saya ambil Perlis dalam keadaan ada hutang dan saya rasa semua orang tahu benda itu.
“Jadi, pada 25 Januari nanti boleh datang jumpa dengan pengurusan dan kita cari jalan terbaik selesaikan salah faham ini. Biarlah perjumpaan itu membabitkan pemain yang mula-mula kami jumpa dulu tanpa ada pihak ketiga atau keempat,” katanya.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ada individu yang betul-betul berminat untuk memikul tugas sebagai Presiden PFA.
“Saya duduk di sini (sebagai presiden) bukan saya gila pangkat, bukan gila jawatan atau nama. Kalau hari ini ada mana-mana pihak yang rasa bertanggungjawab atau rasa dia mampu untuk ambil alih tampuk kepimpinan Perlis, saya lepas (jawatan).
“Tidak perlu gulingkan saya, tidak perlu jatuhkan saya, tak perlu buat apa-apa, hanya datang maklumkan nak ambil alih Perlis,” katanya.
Kesan, besar kemungkinan masalah tunggakan gaji pasukan ini akan hadapi masalah yang sangat besar. Yang kedua, mungkin sokongan penyokong akan merudum. Kesan yang lain, pasukan mungkin akan didenda sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera. Denda tuh tak pasti ada, wang ringgit atau tolak markah ke apa.
Memang menguruskan pasukan bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau takda penaja macam mana pasukan nak survive selain dari bantuan dari hasil jualan tiket pun berapalah sangat. Memang kena ada pelan perancangan yang betul-betul tersusun selain dari prestasi pasukan haruslah sangat baik.
Komen dari penyokong katanya :
merujuk kepada facebook kelab penyokong perlis
Sedikit pencerahan mengenai kemelut bolasepak perlis.
Presiden lama punca kemelut 2019,tapi adakah presiden baru jugak tidak boleh dipersalahkan?
Ramai yang pertikaikan gaji player 2018 presiden lama kena setllekan,kenapa mesti presiden baru yang settlekan..
1.sebelom ambil alih jawatan presiden PFA,presiden baru pasti sudah sedia maklum,yang mana PFA ni berada dalam keadaan kritikal,kenapa mesti berani mengambil risiko?
Dan dia sedia maklum,yang hutang2 gaji ni adalah dari persatuan,jadi sapa pun yang datang jadi presiden dan Ajk2 dalam PFA ni,kena bertangungjawab.
2.betulkah dia datang dan masuk ke dalam PFA ni,tanpa ada bajet yang di war2kan pada permulaan dulu,15 juta bajet untuk semua team dan pertandingan tanpa mengharap kan sponsor dan duit kutipan tiket?
3.perjanjian antara presiden dan pemain2 liga fam 2018,yang mana dia akan langsaikan hutang gaji ni secara berperingkat bermula disember 2018 sehingga mac 2019 dengan syarat mereka sambung kontrak untuk 2019 dan bermain untuk perlis 2.
Pada permulaan PFA berjanji untuk membayar pada tangal 28 disember dan di anjakkan lagi pada tangal 7 january,dan presiden jugak mengatakan,jika pihak pengurusan tidak membuat pembayaran,pihak pemain boleh hentam pihak pengurusan (lembu dipegang pada tali,manusia dipegang pada janji )
3. Masalaah mula berlarutan apabila,latihan2 pasukan perlis 2 ni pun,dipindahkan ke KL yang mana tidak disediakan pengankutan dan penginapan,dalam keadaan 7 bulan tidak dibayar gaji,mari berfikir sejenak adakah player2 tersebut mampu untuk kesana,mereka telah berusaha berbincang dengan pihak pengurusan untuk dapatkan advance bg menampung perbelanjaan mereka ke KL bagi mendapatkan pengankutan,penginapan dan perbelanjaan harian mereka semasa latihan tetapi ditolak oleh Pihak PFA,dan mengatakan itu tangungjawab pemain,dan dimanakah tangungjawab Persatuan?
4.dan tahukah rakyat perlis semua,jika pemain2 liga fam 2018 ini tidak habiskan baki perlawanan liga tersebut,pada tahun ini pasukan perlis terlebih dahulu sudah berkubur lebih awal akibat dari digantung sepertimana terjadi pada pasukan marcerra united..walaupun mereka berada ditangga tercorot liga,hasil pengorbanan mereka jugaklah,walau tidak menerima gaji mereka masih sangup mengeluarkan duit poket dan simpanan mereka untuk meneruskan perlawanan2 dalam liga fam supaya pasukan negeri perlis tidak dikenakan tindakkan gantung dari bermain bagi musim 2019,secara tak langsung ada sedikit sumbangan mereka2 inilah yang menyebabkan perlis berjaya bermain dalam liga perdana pada tahun 2019.
5.seperti mana kata presiden dalam pc,dia masuk perlis ni tak ada apa,bola tak ada ,cone latihan tak ada,adakah benar,kalau difikirkan dalam organisasi PFA masih ada orang2 lama dari kepimpinan terdahulu,adakah perlu dilakukan siasatan dari kenyataan presiden mengenai ketiadaan peralatan latihan,adakah ada penyelewangan keatas peralatan latihan tersebut?
Info dari pemain sendiri..
Leave a Reply