Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Senarai penuh pemenang anugerah bolasepak Kebangsaan 2019

Senarai penuh pemenang anugerah bolasepak Kebangsaan 2019

Zik · Nov 16, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

anugerah bola sepak kebangsaan 2019

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bagi tahun 2019 diadakan di hotel Tenera Bangi, Selangor.  Semua orang kuat bola sepak ada yang hadir termasuklah presiden FAM , Datuk Hamidin .

SAFAWI RASHID PEMAIN PALING BERNILAI KALI KEDUA 2019

Pemain sayap JDT dan Malaysia itu malam semalam diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi, malam ini.

safawi rashid, safawi rashid pemenang pemain paling bernilai 2019,

credit to facebook johor southern tigers.

Kejayaan ini membolehkan Safawi mempertahan anugerah yang dimenanginya pada tahun lalu dan kekal pemain paling muda merangkul anugerah tersebut. Selain itu, Safawi turut memenangi Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Popular di ABK 2019.

Harimau Selatan bukan sahaja mendominasi Liga Malaysia, tetapi juga di Anugerah Bolasepak Kebangsaan apabila pemain-pemain JDT turut memenangi pelbagai anugerah di ABK 2019. Antara pemain JDT yang memenangi anugerah di ABK adalah Farizal Marlias (Penjaga Gol Terbaik), Akhyar Abdul Rashid (Pemain Muda Harapan), Hariss Harun (Pemain ASEAN Terbaik) dan Diogo (Pemain Import Terbaik). Harimau Selatan turut memenangi Anugerah Pasukan Terbaik, Penyokong Terbaik, Media Sosial Terbaik dan Laman Web Terbaik.

Pemain-pemain dari pasukan lain yang turut merangkul anugerah malam ini adalah Mohamadou Sumareh (Pahang, Pemain Tengah Terbaik), Shahrul Saad (Perak, Pemain Pertahanan Terbaik) dan Fernando Rodriguez (Kedah, Kasut Emas). Dollah Salleh dipilih selaku Jurulatih Terbaik bagi musim 2019 selepas berjaya membawa Pahang menduduki tempat kedua Liga Super.

 SENARAI PENUH PARA PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019

Pemain Paling Bernilai: Safawi Rasid (JDT)

Penyerang Terbaik: Safawi Rasid (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Mohamadou Sumareh (Pahang)

Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (Perak)

Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT)

Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh (Pahang)

Pemain Muda Harapan: Akhyar Abdul Rashid (JDT)

Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT)

Pemain Import Terbaik: Diogo (JDT)

Kasut Emas: Fernando Rodriguez (Kedah)

Pemain Paling Popular: Safawi Rasid (JDT)

Pasukan Terbaik: JDT

Penyokong Terbaik: JDT

Pemain Terbaik AFL Liga M3: Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)

Pasukan Terbaik AFL Liga M3: Armed Forces FC

Anugerah Mesra Media: B. Satiananthan (Selangor)

Anugerah Fair Play: Terengganu FC II

Media Sosial Terbaik: JDT

Laman Web Terbaik: johorsoutherntigers.com.my

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super): Safawi Rasid (8) JDT

Penjaring Terbanyak (Liga Super): Kpah Sherman (14) PKNS FC

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Premier): Bobby Gonzales (9) Sarawak

Penjaring Terbanyak (Liga Premier): Zarko Korac (13) UiTM FC

Anugerah Pengadil Berpotensi: Tuan Mohd Yassin Tuan MohdHanafiah

Anugerah Komuniti: The Ohana Project

Anugerah Persahabatan: Dato’ Lee Chong Wei

Anugerah Persahabatan: Dato’ Nicol David

Fan XI (4 – 3 – 3)

Jurulatih: Aidil Sharin Sahak (Kedah)

Penjaga Gol: Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pertahanan:

Rizal Ghazali (Kedah)

Shakir Hamzah (Kedah)

Renan Alves (Kedah)

La’ Vere Corbin Ong (JDT)

Pemain Tengah:

Lee Tuck (Terengganu FC)

Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Brendan Gan (Perak)

Penyerang

Safawi Rasid (JDT)

Diogo (JDT)

Akhyar Abdul Rashid (JDT)

 

Tahniah kepada semua pemenang. Tingkatkan prestasi permainan anda semua. Demi untuk pasukan negara kita dalam proses kelayakan piala dunia 2022. Semoga dapat terbang lebih jauh lagi.

 

Share this on WhatsApp

Sukan abk 2019, absk 2019, keputusan penuh anugerah bolasepak kebangsaan 2019, senarai pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2019, senarai penuh pemenang anugerah bolasepak kebangsaan 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.