Siapakah yang mencipta televisyen pertama?
Orang yang bertanggungjawab membuat televisyen ialah John Logie Baird (13 Ogos 1888 – 14 Jun 1946) ialah merupakan seorang (engineer) jurutera berbangsa Scotland yang terkenal kerana mencipta sistem televisyen berfungsi yang pertama, dan juga siaran televisyen warna pertama elektronik sepenuhnya di dunia.
Biarpun sistem TV elektromekanik ciptaan Baird sudah diganti oleh sistem elektronik sepenuhnya (seperti ciptaan Vladimir Zworykin dan Philo Farnsworth), namun pencapaian awal beliau iaitu membuat demonstrasi siaran televisyen dan TV warna dan sinema meletakknya di kalangan tokoh-tokoh tersohor penciptaan televisyen.
Cakera Nipkow.
Namun sebelum itu, pada tahun 1884 , Paul Gottlieb Nipkow, seorang penuntut universiti berusia 20 tahun di Jerman, telah mematenkan sistem televisyen elektromekanik yang menggunakan sejenis cakera pengimbas berputar yang ditebuk lubang-lubang yang membentuk lingkaran ke pusat untuk proses perasteran. Lubang-lubang cakera dijarakkan bersudut sama agar cakera tersebut dalam satu putaran dapat membolehkan cahaya melalui setiap lubang hingga mencapai pengesan buatan selenium peka cahaya yang menghasilkan denyut elektrik. Apabila imej difokuskan pada cakera yang berputar, setiap lubang mengimbas “sehiris” mengufuk dari seluruh imej.
Rekaan Nipkow tidak dapat dipraktikkan sehingga kemajuan dalam teknologi tiub penguat dicapai pada tahun 1907. Walaupun demikian, ciptaan tersebut hanya berguna untuk memancarkan gambar “hafton” pegun yang terdiri daripada bintik-bintik pelbagai saiz yang terjarak sama rata, melalui talian telegraf atau telefon. Rekaan-rekaan selanjutnya menggunakan pengimbas gelendong cermin berputar untuk merakam imej, dan tiub sinar katod (CRT) sebagai peranti paparan, namun gambar bergerak masih tidak boleh dihasilkan kerana kepekaan pengesan selenium yang tidak memadai.
Kena bayar lesen TV dowh dulu.
Di awal tahun 80an, (kalau tak silap).
Dulu setiap rumah yang mempunyai radio dan TV diwajibkan membayar lesen tv, dalam RM 24 setahun. Kena ditunjukkan kat dinding macam lesen perniagaan. Siap ada peringatan di suratkhabar pada masa itu kalau tak ada lesen tv, peralatan tv dan radio akan dirampas. Penguatkuasa akan datang rumah ke rumah (takda pun datang rumah).
Mula lah orang kampung gelabah sorok tv bawak katil lah, tutup dengan kain lah macam-macam lagi lah. Tapi pada tahun 1994, lesen tv ini telah dimansuhkan. Laa nie, kita sendiri yang cari penyakit sibuk bayar bil astro yang seratus lebih sebulan boleh pulak bayar. Sebenarnya masih ada lagi negara yang mewajibkan lesen tv ini, dan yang bagusnya kurangnya iklan diletakkan dalam siaran televisyen itu.
Akan datang ; Pencipta ATM (automatic trailer machine) pertama.
Hahahahahaha….
Teringat dulu-dulu ikut mak bayar lesen TV kat pejabat pos.
Walau takde orang yang check lesen tu…. π
Betul3x…la ni pun ura2 nak buat blog pun bakal kena lesen
tahun bila ek dia buat???
lesen TV ni dulu time kt Germany pon ada. smpai skg pon ada xsilap saya
hurm salah satu negara yang masih kena bayar lesennya..tapi iklan kurang…
Otak orang zaman dulu-dulu memang mantap. Ligat berfikir. Lesen TV? Ada ke? Tak pernah tahu dan dengar la plak.
lesen tv adalah bro… dulu masa kecik2… tahun 94 baru dia dimansuhkan…
1994? Aku masa tu sibuk masuk hutan, memancing dan panjat pokok rambutan. Hehehe.
Masih ingat orang dulu perbaruhi lesen tv sayangnya tidak disimpan. Zik masih ada salinan lesen tersebut
simpan2 buat kenangan…
teringat tv lama2 dulu disimpan dalam rak tv yg boleh ditutup, masa kecik2 dulu kalau nak buka kena mintak kebenaran mak abah..
owh tv tuh , bapak aku dah bakar….. sedih woo..
hahahaha. Serius ingat lagi pasal lesen tv tu. Siap letak frame sangkut dekat dinding. lupa pulak tahun bila baru dorang halalkan tv tu sepenuhnya.
tahun 94.. aku ada tulis kat atas tuh… huhu
dulu kena ada lesen tu, jgn main2
betul tuh…
Klasik sungguh tv tu. Tak berkesempatan nak tengok sijil tv tu mcm mana bentuknya. siapa ada simpan pasti boleh jadi koleksi yang menarik ^^
lebih kurang macam roadtax..hehe..
hello Zik,
tidak dapat bayangkan hidup ini tanpa TV ..
ada juga yang tak perlukan tv.. tengok dari utube dan baca surat khabar…
Kalaulah si pencipta TV tu tahu oranga panggil TV = idiot box… agak-agak apa perasaan dia, ek? :wub:
ermm kecik hati.. tv tuh..huhu
salam Zikr..
suka komen last anda tu..
nikmatilah secukupnya tv free ni..
nape nak berbayar Astro pula kan?
rumah saya “say no to Astro” :biggrin:
owh gud2… gunakan apa yang ada jer.. nak bayar bulan2 sakit juga astro nih… huhu
kat rumah saya kena pasang astro sebab susah nak dapat signal tv di sini.
dulu masa kecik2 nampak jer orang pakai smart2, semua lari masuk umah katup pintu… sebab takut orang mai cek lesen TV… tapi mak cool jer sebab arwah abah tak pernah culas renew lesen
owh bagus2 tuh sis….
jenuh woo tiap2 bulan bayor astro huhu
Dulu aku ada movie channels..sekarang dah kurangkan kepada yg minima je.. lagipun takde masa nak tengok..
aku tak pernah ambik pakej mavie..tapi pakej sukan perlu dikorbankan.
rasa sayang sebab takdapat lg tgk NBA secara live
sekarang ni tv dah ada kat mana2
dah sampai ke dalam jam tangan
sampa jam pun ada… tv kat handphone pun dah tak heran …
fuh! baru tahu dulu nak ada TV kene ada lesen.. sekarang ni boleh bukak tv sesuka hati je. nasib baik takde pakej bayar yuran ikut berapa lama kita tengok tv. macam kadar panggilan tuh. memang tak bukak tv la jawabnya..
yang astro pun boleh tahan juga dia punya harga..huhu
tapi astro kira ok jugaklah.. dapat tengok discovery channel semua tuh. gambar pun cantik.
uhuhu…aku ingat lagi pasal lesen tv /radio tu….atok aku siap framekan, letak kt atas tv…
btw : ATM tu bukan automatic TELLER machine ke?
Aku baru nak komen yang sama… tapi yang paling tepat ialah “Automated Teller Machine”
lebih kurang macam tuhla… silap taip ler tuh..huhu
angkatan tentera malaysia lah… π
kalau takde tv..ada pelakon drama tak?..hahaha
memang takda job lah … satu industri yang baru apabila tv ini dibuat….
Baru tahu ni yang dulu ada lesen TV… hahaha…
RM24…dUlu kira banyak la kot jumlah tu erk.
rm24 dulu kira mahal jugakla…. bayar dalam setahun… sekarang bil astro sebulan mahu seratus lebih jugak .. huhu
Ha3.. Time lesen TV berkuatkuasa tu lawak cikit.. Masa pegawai datang, hampir satu kampung sorokkan TV.. Ala, pegawai tu bukannya x tau kot, tau sebenarnya.. Mcmna dia tau? Ada spe tau? Sebenarnya bila diorang check, mustahil la hampir 1 kampung xde TV..hu3
silap2 dia pun ada tv tapi tak renew lesennya
tv hitam putih la kita..ekeke
menarik ni, aku pun tak tawu asal usul tv ni
tv hitam putih tuh nostalgia betul.. huhu
siaran ap la yg dorang siarkan tu.. π
siaran yang berbayar ker ??? yang baru2… punya siaran masih tak pasti apa rancangannya??
sebelum televisyen wujud.. takde org buat filem/drama la camtu kan..
bukan satu dua industri telah wujud hasil dari televisyen nih… macam2 benda boleh buat dari televisyen nieh… pengiklanan, liputan sukan dan sebagainya..
huhu..teringat dulu mak aku pi bayaq lesen TV.. tapi skang kalo kena bayaq aku taktau la orang suma pakat layan tenet ja la hehe..tapi skang kalo langgan astro tak pasal2 plak kena bayar duty aiishh… cam nk terminate je
sebab nak tengok bola jer.. kalau tak memang terminate kat rumah sewa nih.. arrkk…
org zaman dulu lg kreatif kerana cipta dari yang ‘tak ada’ kepada ‘ada’..zaman skang lebih pada inovasi..
itulah sekarang nie penambah baik… untuk yang idea baru.. masih takda lagi…
aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu siapa da tv kene bayar lesen….kenangan.
sekarang tak lagi.. cuma yang nak berbayar dari astro… huhu
nice info bro… π
ada tv hitam putih lagi tak kat rumah???
dulu tv besar skrg dah berubah menjadi flat screen huu.. 3d dan macam2 lagi..
suka tgok layar yang besar baru rasa puas hee :unsure:
harganya pun boleh tahan utk dimiliki.tp bkn semua berkemampuan
bro zik.. ko ni memang mengigatkan aku kisah2 masa kecik2 dulu r.. aku teringat tv umah punya la besar tapi skrin kecik jer..tv lama klasik 2..skrang da xde ase rindu lak kat tv 2..masa 2 lau nak tgk video pakai tape filem lg..nak tgk cite apa2 kena g sewa tape kat kedai.. nak beli mmg xmampu sbb mahal la..lgpun nak tgk skali jer..past layan satu cite 2 abis skampung nak pinjam lak…haha..klaka lak asenya..
Segala puji dan puja hanya layak kepada Allah.Maha Hebat akal ciptaan Allah yang dikurniakan kepada manusia sehingga dengannya Allah mengangkat martabat manusia sebagai khalifah berbanding makhluk yang lain.
dah merasa membeli tv sendiri. kat rumah sudah ada 2 biji tv. satu milik wife semasa dia masih bujang. satu lagi..tv 29 inci yg masa itu masih popular. hajat nak ambil lcd tv blm kesampaian, byk lg hajat yg ingin dipenuhkan berbanding membeli sebiji lg tv
huhuhu… dah banyak kena juga perlu bayar… ni kan lagi lesen2 yang tak perlu, apakah tujuannya… sekadar pendapat
eleh… tu pon x tau ke??? (ceh.. aku pon x ingat…) he..he..he…