• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan- Kesan program televisyen realiti

Karangan- Kesan program televisyen realiti

Zik · Nov 15, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

kesan program realiti tv kepada rakyat malaysia

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda menganjurkan pertandingan menulis rencana bersempena dengan Minggu Bahasa. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tajuk yang anda pilih ialah “Kesan-kesan Program Televisyen Realiti kepada Masyarakat”. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Rangka Karangan.

Pendahuluan: masyarakat kini disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan yang dapat ditonton menerusi ratusan stesen televisyen di seluruh dunia – perkembangan dunla hiburan antarabangsa telah membawa virus baharu yang mendominasi bidang seni hiburan tempatan – program televisyen realiti semakin diminati.

1st 1: mencungkil dan mengelengahkan bakat-bakat baharu dalam bidang hiburan, sukan, keagamaan, dan sebagalnya – mendorong semangat bersaing dan berani mencuba den memberi peluang untuk membina asas kerjaya

Isl 2: menimbulkan perasaan simpati rakyat terhadap golongan yang kurang bernaslb balk – terdapat program televisyen realiti’ yang memaparkan pahit getir kehidupan rakyat – mendorong pihak-pihak tertentu menghulurkan bantuan – membela nasib mereka.

IsI 3: tidak sesuai dengan nilai, adat resam, den budaya Timur – menjadi wadah penjanaan budaya hedonisme – menganggap diri tidak bertanggungjawab kepada sesiapa. Bahasa rojak yang merosakkan bahasa.

Isi 4: mempengaruhi gaya hidup dan merosakkan pemiklran generasi muda – remaja begitu asyik akan hiburan sehingga melupakan perkara lain yang lebih utama – usaha melahirkan remaja yang berkualiti akan terjejas.

Isi 5. PembazIran masa dan wang – Mengisi masa dengan benda yang tidak bermanfaat – membuat undian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi memllih peserta program.

Penutup: mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu – program yang tidak disesuaikan dengan adat dan budaya masyarakat akan membantutkan usaha melahirkan generasi berkualiti mengikut acuan negara.

 

Contoh karangan.

Dewasa ini masyarakat Malaysia kini disajikan dengan pelbagai bentuk hiburan yang dapat ditonton menerusi ratusan stesen televisyen di seluruh dunia. Perkembangan dunia hiburan antarabangsa telah membawa virus baharu yang mendominasi bidang seni hiburan tempatan. Program televisyen berbentuk realiti semakin diminati ramai, khususnya golongan remaja yang turut menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif.

Antara kesan positif tersebut ialah kemunculan program realiti telah mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang seperti hiburan, sukan, keagamaan, dan sebagainya. Program “Akademi Fantasia”, “Malaysian Idol”, “MyTeam”, “Akademi Al-Quran”, “Imam Muda”, dan lain-lain merupakan contoh program yang bukan sahaja menyerlahkan bakat para peserta, bahkan turut mendorong semangat bersaing dan berani mencuba dalam kalangan peserta. Pertandingan sebegini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk membina kerjaya.

Apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian umpamanya, peserta berpeluang mengembangkan bakat apabila menerima kontrak merakamkan album. Kata orang, tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia siapa tahu. Selain itu, program televisyen realiti menimbulkan perasaan simpati rakyat terhadap golongan yang kurang bernasib balk.

Terdapat program televisyen realiti yang memaparkan pahit getir kehidupan rakyat seperti rancangan “Bersamamu” yang disiarkan oleh stesen TV3. Rancangan yang memaparkan kesusahan dan penderitaan kehidupan golongan yang daif dan kurang upaya ini mendorong orang ramai termasuk tokoh dan syarikat korporat menghulurkan bantuan melalui “Tabung Bersamamu” yang disediakan oleh pihak penerbit rancangan tersebut. Dengan hal yang demikian, nasib kedua-dua golongan tersebut akan terbela.

Kesan negatif program televisyen realiti lebih terarah kepada golongan remaja. Hal ini demikian kerana, kebanyakan program televisyen realiti yang berbentuk hiburan tidak selaras dengan nilai, adat resam, dan budaya Timur sehingga mendorong perlakuan negatif kepada penonton, terutama remaja. Program ini menjadi wadah penjanaan budaya hedonisme seperti hip hop, rock, punk, dan sebagainya. Budaya ini berbahaya kepada masyarakat khususnya dan negara amnya pada jangka masa panjang kerana remaja menganggap diri mereka tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempedulikan orang lain dan pandangan orang lain terhadap mereka.

Program televisyen realiti juga mempengaruhi gaya hidup dan merosakkan pemikiran generasi muda yang menontonnya. Contohnya, program hiburan menunjukkan peserta remaja lelaki dan perempuan terkinja•kinja di atas pentas. Penonton remaja begitu asyik akan hiburan yang disajikan sehingga melupakan perkara lain yang lebih utama, misalnya pelajaran dan menolong ibu bapa. Dalam hal sebegini, usaha melahirkan remaja yang berkualiti seperti yang diharapkan akan terjejas. Sekiranya perkara ini berlarutan, nescaya remaja pada had ini tidak mampu memimpin negara dengan baik pada masa akan datang.

Di samping itu, program televisyen realiti membazirkan wang masyarakat. Masa yang terluang digunakan oleh masyarakat, terutama remaja untuk menonton program hiburan yang tidak bermanfaat. Ada yang sanggup duduk di hadapan televisyen sebelum rancangan bermula kerana tidak mahu terlepas menonton rancangan kegemaran mereka sedangkan masa yang ada sepatutnya diisi dengan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah seperti membaca buku, mengemas rumah, atau sebagainya.

Pembaziran wang pula berlaku apabila masyarakat membuat undian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit masing-masing untuk memilih peserta kesukaan mereka.

Hakikatnya, program televisyen realiti mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Sekiranya program sebegini tidak disesuaikan dengan adat dan budaya masyarakat, sudah pasti kesan negatifnya akan membantutkan usaha untuk melahirkan generasi berkualiti mengikut acuan negara seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia Antara keburukan rancangan realiti TV juga mampu mewujudkan pengaruh negatif., Karangan- Kesan program televisyen realiti, kesan baik program realiti tv kepada negara, kesan tidak program realiti televisyen, pencambahan program realiti tv baik atau sebaliknya

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: