Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Pemain muda Korea, Jeon Hyo-seok ‘benteng’ baharu Perak

Pemain muda Korea, Jeon Hyo-seok ‘benteng’ baharu Perak

Zik · Jan 5, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PERAK, perak logo, TBG, the bos gaurus,

Biarpun pasukan the bos gaurus tidak dapat menyekat Brendan Ngan kekal di negeri ini, namun ibarat patah hilang tumbuh berganti, pasukan Perak nampaknya secara rasmi telah mengikat khidmat pemain ‘benteng’ dari Republik Korea, Jeon Hyo-seok untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020. Oppa baru kita nih. Adakah dengan ini akan bertambah lah penonton yang akan datang dalam pentas liga super 2020 kali ini.

Tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) setakat ini, tetapi menurut laporan Stadium Astro, pertahanan muda berusia 22 tahun tersebut telah sah mengisi slot pemain import asia bagi skuad The Bos Gaurus.

“Kami sudah mengikat Seok Jeon dan dia akan bergandingan tenaga dengan Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais (Careca) dan Guilherme De Paula,” kata ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic seperti dipetik daripada Stadium Astro.

Jeon Hyo seok

Kemasukan beliau menggantikan tempat pertahanan Lubnan, Hussein El Dor yang dilepaskan PAFA setelah tamat saingan Piala Malaysia 2019. Ia juga menyaksikan Jeon menjadi pasangan baharu kepada Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah Perak.

Memiliki susuk tubuh berketinggian 1.87 meter, Jeon Hyo-seok merupakan bekas pemain Asan Mugunghwa FC, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan K-League 2 pada musim 2019.

Selain daripada posisi pertahanan tengah, Jeon juga merupakan seorang yang versatil di mana dia juga mampu beraksi di bahagian pemain tengah bertahan atau sering dikenali sebagai defensive midfielder.

Sementara itu, Perak juga bercadang untuk mencari pemain seorang lagi pemain import untuk mengisi slot pemain ASEAN. Ketua jurulatihnya mendedahkan pemain itu mungkin datangnya daripada negara jiran iaitu Singapura.

“Saya telah pergi ke Singapura baru-baru ini untuk melihat calonnya.

“Memang ada yang menambat hati dan segalanya kini terserah kepada jawatankuasa tertinggi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), terutama presiden yang akan membuat keputusan, ” katanya lagi.

 

 

Biodata Ringkas Pemain Korea ini, Hyo Seok Jeon

Asal: Korea

Umur: 28 May 1997 (age 22 years) 2020
Ketinggian: 1.87 meter
Berat: 80 kg
Pasukan kelab terkini: Asan Mugunghwa FC
Posisi:  (#16 / Midfielder)

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan biodata Jeon Hyo-seok pemain import perak liga 2020, Jeon Hyo-seok ‘benteng’ baharu Perak, pemain import baru perak liga super 2020, Pemain muda Korea

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.