Biarpun pasukan the bos gaurus tidak dapat menyekat Brendan Ngan kekal di negeri ini, namun ibarat patah hilang tumbuh berganti, pasukan Perak nampaknya secara rasmi telah mengikat khidmat pemain ‘benteng’ dari Republik Korea, Jeon Hyo-seok untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020. Oppa baru kita nih. Adakah dengan ini akan bertambah lah penonton yang akan datang dalam pentas liga super 2020 kali ini.
Tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) setakat ini, tetapi menurut laporan Stadium Astro, pertahanan muda berusia 22 tahun tersebut telah sah mengisi slot pemain import asia bagi skuad The Bos Gaurus.
“Kami sudah mengikat Seok Jeon dan dia akan bergandingan tenaga dengan Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais (Careca) dan Guilherme De Paula,” kata ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic seperti dipetik daripada Stadium Astro.
Kemasukan beliau menggantikan tempat pertahanan Lubnan, Hussein El Dor yang dilepaskan PAFA setelah tamat saingan Piala Malaysia 2019. Ia juga menyaksikan Jeon menjadi pasangan baharu kepada Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah Perak.
Memiliki susuk tubuh berketinggian 1.87 meter, Jeon Hyo-seok merupakan bekas pemain Asan Mugunghwa FC, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan K-League 2 pada musim 2019. [Read more…] about Pemain muda Korea, Jeon Hyo-seok ‘benteng’ baharu Perak