Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Piala FA / Live streaming Jerantut vs Perak fa piala FA 17.4.2019

Live streaming Jerantut vs Perak fa piala FA 17.4.2019

Zik · Apr 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala fa, piala , piala fa super best power,

Live streaming perlawanan piala fa pusingan yang ketiga hari ini diantara pasukan jerantut vs Perak. Pasukan dari liga fam bertemu dengan liga super pastinya memberikan satu saingan yang cukup hebat buat pasukan ini. Jerantut rasanya satu-satunya pasukan dari liga M4 yang mara kepusingan ketiga dalam saingan piala fa.

Dalam pepatah Inggeris, inilah yang dikatakan “David vs Goliath”.

Undian Pusingan ketiga Shopee Piala FA yang lepas menyaksikan beberapa perlawanan menarik bakal berlangsung nanti. Tetapi, satu perlawanan yang pastinya menarik untuk disaksikan adalah satu-satunya pertembungan melibatkan wakil daripada Liga M4 menentang pasukan Liga Super.

Jerantut FA, pasukan Liga M4 Malaysia akan menanti kunjungan juara Piala Malaysia 2018, Perak di pusingan ketiga nanti. Dua pasukan dengan tahap berbeza, tetapi pastinya mempunyai misi dan semangat yang sama. Bagi Ketua Jurulatih Jerantut FA, Ahmad Nazri Mat Noor, dia mahu pemainnya memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti dengan harapan masa depan mereka akan lebih cerah.

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) memuji kesungguhan Jerantut FA untuk bermain di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menjelang aksi pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 pada 17 April ini.

Menurut Setiausaha Agung PAFA, Tajul Hasnan Omar, pihaknya terdahulu telah menawarkan kelab amatur dari Liga M4 itu bermain di Stadium Perak, Ipoh sebagai usaha membantu mereka mengurangkan kos operasi.

Bagaimanapun, Tajul mendedahkan pasukan bimbingan Ahmad Nazri Mat Noor menolak secara baik permintaan Perak dengan menegaskan mahu bermain di laman sendiri di mana kelab amatur itu telah bersedia untuk menanggung kos perbelanjaan pasukan pelawat.

Mengulas lanjut, Tajul memuji semangat perjuangan tinggi Jerantut FA yang melepasi pusingan kedua Shopee Piala FA 2019 dengan menewaskan JBFA 3-0, untuk bermain di gelanggang sendiri dan kesungguhan itu wajar dicontohi oleh pasukan Liga Malaysia.

“Benar kami ada menawarkan Jerantut FA bermain di (Stadium Perak) Ipoh kerana kami mahu membantu mereka mengurangkan kos kerana kita menyedari kos itu (menanggung pasukan pelawat) agak besar bagi kelab amatur.

“Bagaimanapun Jerantut FA menolak secara baik permintaan kami dan kesungguhan mereka untuk bermain di gelanggang sendiri membuatkan saya lebih kagum.

“Semangat ini haruslah disokong dan saya berharap peminat-peminat dapat memenuhi stadium nanti kerana saya percaya perlawanan ini menjadi cukup menarik di mana Perak sudah pasti tidak sesekali memandang rendah terhadap cabaran mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tajul turut mendedahkan PAFA menyambut baik usaha Malaysian Football League (MFL) yang melancarkan program meningkatkan kualiti padang dengan menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjadi perintis projek itu.

Katanya, PAFA yang dalam pertimbangan untuk membuat permohonan pada tahun depan, percaya pendekatan yang diperkenalkan MFL itu sewajarnya diberikan pujian.

“PAFA sangat menyokong penuh kerana MFL berusaha keras untuk menaikkan kualiti padang semua pasukan-pasukan.

“Inisiatif yang diberikan oleh MFL seperti menaik taraf padang dan berkongsi kepakaran itu sangat penting terutama kepada semua pasukan di Liga Malaysia,” katanya.

“Mereka adalah pasukan pilihan tetapi kami tidak perlu rugi apa-apa dalam perlawanan ini. Sebagai pasukan amatur, ia sudah pasti menjadi satu penghormatan besar buat kami bertemu pasukan hebat dan saya fikir anak-anak buah saya sudah pasti mahu turun bermain menentang mereka.

“Namun pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan anak-anak buah saya bahawa ini juga akan menjadi peluang buat pemain-pemain saya menunjukkan potensi mereka.

“Bagi kami, perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 ini adalah medan terbaik pemain-pemain ‘kampung’ untuk menarik minat kelab-kelab lain. Jadi, saya mahu mereka bermain bersungguh-sungguh dan membuka mata mana-mana pihak jika mahu bermain bersama kelab di peringkat lebih tinggi,” jelasnya selepas undian pusingan ketiga Piala FA yang berlangsung petang tadi.

Jerantut FA mara ke pusingan ketiga selepas menundukkan Johor Bahru FA 3-0 dalam aksi pusingan kedua Shopee Piala FA.

Share this on WhatsApp

Piala FA, Sukan jerantut fa vs perak 17.4.2019, jerantut fa vs perak 2019, live streaming jerantut fa vs perak 17.4.2019, live streaming piala fa jerantut fa vs perak 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.