Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Ayam tua tetap berbisa- Skuad Kuala Lumpur liga perdana 2020

Ayam tua tetap berbisa- Skuad Kuala Lumpur liga perdana 2020

Zik · Dec 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

kuala lumpur, kuala lumpur fa,

Nampaknya pasukan masing-masing sudah memulakan sesi mencari pemain sebelum sepak mula liga kita tahun hadapan 2020. Liga perdana juga tak kurang hebatnya dari segi persiapan berbanding pasukan liga super.

DIBARISI tonggak kuda tua tidak menghalang skuad Kuala Lumpur memasang impian untuk mencipta kejayaan pada saingan Liga Perdana musim depan termasuk memastikan pasukan itu kembali ke kancah Liga Super 2021.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata, kemasukan dua pemain berpengalaman membabitkan bekas kapten Melaka, Shukor Adan dan pemain PJ City, S Subramaniam dilihat mampu menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Kuala Lumpur yang dilihat longlai sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun kemasukan dua pemain itu menyebabkan skuad City Boy dibarisi ‘kuda tua’, pengurusan percaya kemampuan serta kebolehan mereka dalam memastikan kubu pasukan terus kekal kental pada saingan liga nanti.

“Saya lihat tidak ada masalah meletakkan kepercayaan kepada pemain sudah berusia kerana mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing ketika beraksi bersama pasukan sebelum ini.

“Keputusan diambil berdasarkan persetujuan banyak pihak dan pengalaman yang ada pada mereka turut boleh dimanfaatkan pemain muda nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, di sini.

Selain Shukor dan Subramanian, skuad City Boy turut meletakkan kepercayaan kepada tonggak mereka Indra Putra Mahayuddin yang sudah mencecah usia 37 tahun untuk terus mengemudi bahagian serangan pasukan.

Selain itu, Kuala Lumpur meletakkan sasaran untuk kembali ke kancah Liga Super pada musim 2021 sekali gus akan memastikan barisan pemain lebih mantap pada saingan 2020.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Ayam tua tetap berbisa- Skuad Kuala Lumpur liga perdana 2020, shukor adan masuk pasukan kuala lumpur liga perdana 2020., skuad kuala lumpur 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.