Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pelajar belum dibenar pulang ke rumah -Menteri Pertahanan

Pelajar belum dibenar pulang ke rumah -Menteri Pertahanan

Zik · Apr 11, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ismail sabri

Pelajar yang kini tinggal di kolej kediaman semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), belum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.  Betul kita setuju sebolehnya tunggu keadaan reda dan perlu ada mekanisma yang lebih tersusun untuk elakkan rantaian covid19 itu kembali merebak buat semua pelajar kita di seluruh negeri ini.

Sedang dilteliti oleh Menteri Pengajian tinggi. Dr Noraini. 

Katanya, kabinet sudah menerima cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung perkara itu, dan ia kini sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, katanya, sekiranya pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, ia akan melibatkan bilangan pelajar yang besar.

“Pelajar ada lebih kurang hampir 80,000 pelajar di seluruh negara, iaitu pelajar IPTA dan IPTS.

“Jumlah yang kita dapat itu adalah daripada pelajar-pelajar yang tinggal di kampus kolej, tidak termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus, yang menyewa rumah sendiri dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Oleh hal yang demikian, kata Ismail, KKM akan menilai kesan pergerakan seumpama itu, bukan hanya kepada diri pelajar itu, tetapi juga kepada kejiranan di kampung halaman mereka yang menjadi destinasi mereka pulang.

“KKM melihat bahawa sudah berlaku sedikit penurunan jumlah Covid-19 (kes) positif.

“Jadi KKM tidak mahu perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan usaha mereka dan akhirnya mungkin jumlah (kes positif) akan kembali tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ismail turut berkata bahawa kerajaan usaha sedang dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara.

Baru-baru ini, katanya, rakyat Malaysia dari Algeria dan Tunisia telah dibawa pulang oleh majikan mereka manakala rakyat Malaysia di Arab Saudi pula dibawa pulang oleh kerajaan Saudi.

Katanya lagi, usaha sedang dijalankan untuk membawa rakyat Malaysia dari India, Sri Lanka dan Turki.

“Kepada keluarga mereka yang berada di Malaysia yang minta supaya kerajaan mengambil tindakan membawa pulang rakyat kita yang terkandas, proses sedang dilakukan untuk kita bawa pulang mereka,” katanya.

Sementara bagi pelajar yang kini berada di luar negara pula, Ismail menegaskan sekali lagi pendirian kerajaan yang meminta mereka untuk tinggal dahulu di negara pengajian masing-masing buat masa ini.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman Pelajar belum dibenar pulang ke rumah -Menteri Pertahanan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.