Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Pahang Juara piala Malaysia 2013!!

Pahang Juara piala Malaysia 2013!!

Zik · Nov 3, 2013 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

pahang juara piala malaysia 2013,

Tahniah pahang, tok gajah yang telah menjuarai piala malaysia 2013 menewaskan juara bertahan kelantan yang hebat. Percaturan dan strategi Dollah Salleh dipentas akhir kali ini tentunya berhasil setelah menewaskan skuad kijang kelantan 1-0 malam tadi ini.

Keputusan Penuh :

Pahang [1] VS [0] Kelantan

Jaringan oleh

  • Matias Conti minit ke 59.

“Watsons Most Stylish Player”: Azamuddin Akil (Alex)

Ulasan perlawanan separuh masa pertama.

Pahang dilihat lebih galak membuat serangan demi serangan. Tetapi percubaannya banyak tersasar juga. Bola banyak control oleh pahang pada mulanya. Alex dan matias conti diantara pemain yang hampir-hampir mendapat peluang terhidang depan gol, disia-siakan. Mungkin keadaan padang yang terlalu lecak, hujan malam tadi. Adoi. Menyukarkan untuk beraksi sepenuhnya.

Sehingga minit ke 30 lebih, kelantan mula mengatur serangan dari sebelah kanan. Norfarhan yang dapat beberapa peluang, dari Norfarhan dan indra putra diantara yang cuba membuat siri percubaan. Tersasar dan terlalu jauh hantarannya.

Separuh masa kedua, dramatik.

Bojan hodak ada membuat pertukaran seorang pemain, tak ingat siapa. Pahang masih lagi mencuba untuk membuat serangan, dari fauzi yang baru dimasukkan. ketika itu, gawang kelantan sudah goyah. Kerana khairul fahmi tidak berjaya menampan bola dengan kemas sepakan kencang dari alex. Kemudian, fauzi membuat sepakan kencang, tetapi keatas tinggi. Kalau dia betul-betul tenang dan tengok mana kosong, mungkin sudah boleh menjaringkan gol yang pertama.

Permainan yang laju dan rancak semestinya mendebarkan di pentas akhir ini.

Pada minit ke 59, akhirnya membuahkan hasil buat pahang. Apabila jaringan tunggal dari Matias Konti yang menanduk menewaskan penjaga gol kelantan, khairul fahmi menerjah masuk ke dalam gawang gol kelantan. Hasil dari cross yang cantik dari Alex. Pahang didepan ketika itu mendahului, tidak berputus asa mencari gol lagi. Tetapi tidak disempurnakan dengan baik.

Sehinggalah 10 minit terakhir, kelantan bangkit membuat siri serangan yang merbahaya. Banyak percubaan dibuat, tetapi mujurlah penjaga gol pahang khairul azlan yang berjaya menepis percubaan merbahaya dari fakri shakrani, indra putra dan norfarhan. tandukkan dari fakri hampir menerjah gawang pahang, nasib baik pantas ditepis.

Begitu juga dengan percubaan jarak jauh oleh dicksen yang cuba, ditepis. Manakala peluang keemasan yang terakhir dari Norfarhan hampir-hampir menyamakan kedudukan. Lorongan yang baik dari indra putra muhyiddin baik ke norfarhan. Sayangnya terkena keeper lah pulak. Kalau tak memang dah gol. Mungkin takda rezeki malam tadi, buat kelantan.

Buat pahang, tahniah kerana berjaya menjadi juara piala malaysia edisi 2013. Kelantan juga tahniah memberi tentangan yang baik dalam pentas akhir ini. Semog kita berjumpa lagi dalam edisi 2014 yang lebih menarik.

Hogoh pahang hogoh, gomo kelate gomo!!!

1992 Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh membantu pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia sebagai pemain, kini mereka kembali membantu Pahang menjuarai piala malaysia sebagai pengurusan. Antara duo terhebat di Malaysia.
pahang juara piala malaysia 2013, juara piala malaysia 2013,
Pasukan pahang yang menjulang piala malaysia 2013, Matias conti kegembiraan bersama-sama pasukannya.
Share this on WhatsApp

Sukan juara piala malaysia 2013, keputusan akhir piala malaysia kelantan vs pahang 2013, milik pahang, pahang juara piala malaysia 2013, pahang julang piala malaysia 2013, ulasan pahang vs kelantan piala malaysia 2013, video gol matias conti final piala malaysia 2013, youtube gol pahang vs kelantan 2013, youtube gol pahang vs kelantan piala malaysia 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    November 4, 2013 at 12:12 am

    pahang lebih layak menang malam ni. kelantan tak berapa menjadi..

    Reply
  2. bart72 says

    November 4, 2013 at 12:46 am

    woow boleh kat pahang gak,xpi tak tgok pun syabas pahang amuk tok gajah

    Reply
  3. kakiblog says

    November 4, 2013 at 2:38 am

    Yes! tahniah untuk Pahang..

    Reply
  4. blogger lelaki says

    November 4, 2013 at 9:06 am

    Pahang layak menang malam ni..semangat betul mereka..dan pasukan Kelantan pula untuk sampai ke peringkat final cukup menghiburkan dgn aksi magis TRW

    Reply
  5. Juan says

    November 4, 2013 at 10:48 am

    tahniah buat pahang

    Reply
  6. Hafizi says

    November 4, 2013 at 11:00 am

    Tahniah buat pasukan pahang, they deserve to win. Permainan yang lebih cantik ditunjukkan oleh pahang berbanding kelantan yang kurang menjadi..tahniah!

    Reply
  7. pahan says

    November 4, 2013 at 2:04 pm

    terbaik la.hehe

    Reply
  8. akubiomed says

    November 4, 2013 at 6:43 pm

    Tanniah buat pasukan Pahang. Ternyata mereka bermain lebih baik semalam.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.