Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Halangan Penggunaan Android Terhadap Huawei , Apa kesannya?

Zik · May 20, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

huawei mate 20,

Ini berita yang aku dapat terima dekat feed hari ini. Ini kes rumit jugalah kepada sesiapa yang menggunakan Handphone Android, Huawei terutamanya. Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Huawei Technologies Co. Ltd. sebagai syarikat yang disenarai hitamkan daripada menjalinkan hubungan perdagangan bersama A.S. Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S. tidak boleh melakukan perdagangan dengan Huawei, melainkan ia menerima pengesahan daripada Kerajaan A.S. sendiri.

Google dah tak boleh Connect dengan Huawei.

Kalau baca dari Reuters, Google terpaksa menggantung perniagaan dengan Huawei, terutama yang melibatkan “pemindahan produk perkakasan dan perisian”. Walau bagaimanapun, pergantungan ini tidak termasuk perisian Google yang dibangunkan dengan sumber terbuka (open source).

Dalam erti kata lain, Huawei masih boleh menggunakan Android (kerana ia dibangunkan secara terbuka), cuma beberapa perkhidmatan daripada Google akan dihalang untuk digunakan. Perkara ini termasuk daripada Google Play Store, Gmail, Youtube, Maps, dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play Services Framework.

Secara officially bagi yang pengguna sudah guna , mungkin boleh guna lagi. Tapi dah tak boleh nak update kalau ada update baru.

Google play store dah tak boleh Connect.   [Read more…] about Halangan Penggunaan Android Terhadap Huawei , Apa kesannya?

Share this on WhatsApp

Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar

Zik · May 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sinar ramadhan buat amanda2

Bila kehadiran anak syurga tidak diterima.. semuanya dalam Sinar Ramadhan Untuk Amanda.. di slot cerekarama hari ini 19 mei 2019. Menampilkan Awal Ashaari setelah sekian lama tidak berlakon kini kembali bergandingan dengan Nina Iskandar.

SYARIKAT penerbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd cuba lari daripada kebiasaan kisah kekeluargaan dengan memaparkan kehidupan kanak-kanak istimewa Sindrom Down (SD) yang tidak diterima keluarga dalam telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda.

Karya yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah itu bakal menemui penonton Ahad ini, jam 10 malam di TV3.

Heykal berkata, itu pengalaman pertamanya mengarahkan kanak-kanak SD sekali gus memberikan cabaran baharu untuknya dalam berkarya.

“Cerita ini berbeza apabila ia membabitkan watak kanak-kanak SD. Dalam cerita ini, kanak-kanak ini ada tiga peringkat iaitu daripada bayi selepas dilahirkan, berusia empat bulan dan empat tahun. Jadi, proses pembikinan agak sukar dan tertekan.

“Sewaktu kecil, okey lagi. Tapi, ketika usia empat tahun, agak sukar sebab sudah ada pergerakan dan babak dengan pelakon lain.

“Selalunya kita ambil pelakon berlakon menjadi cacat tapi ini berbeza kerana ia memang kanak-kanak SD. Jadi, saya banyak buat rujukan. Terima kasih kepada pihak yang membantu terutama ibu bapa yang memberikan maklumat mengenai kanak-kanak SD ini.

“Daripada situ, saya gunakan untuk dipaparkan dalam cerita ini. Jadi, apabila cerita ini ditayangkan nanti, perkara itu tak ada yang salah. Sebaliknya memberikan ilmu kepada penonton,” katanya.

Menurut Heykal, apa yang penting cerita itu memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kehadiran kanak-kanak istimewa ini.

“Sejujurnya, cerita ini berkaitan segelintir sikap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran anak SD dalam keluarga yang juga darah daging sendiri. Sedangkan orang luar dan persekitaran semua terima dengan baik.

“Pendek kata, cerita ini lebih kepada mendidik masyarakat bagaimana nak menerima anak istimewa ini. Kalau ikutkan, memiliki anak sebegini tidak boleh ‘down’. Walaupun pada hakikat iaitu pada awal kelahiran mesti akan ada perasaan itu. Malah, kita ada babak berkenaan.

“Nak dapatkan anak SD tidak sukar. Alhamdulillah, tiga kanak-kanak yang kami jumpa, ibu bapa mereka sangat menyokong. Mereka sendiri yang beria-ia nak membantu cerita ini. Dengan tujuan mereka nak beritahu penonton macam mana mahu menjaga dan apa yang perlu masyarakat tahu mengenai anak SD ini,” katanya.

[Read more…] about Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar
Share this on WhatsApp

Live streaming Pahang vs Perak liga super 19.5.2019

Zik · May 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

Perlawanan liga super yang ke 14 hari ini , Pahang vs Perak. Pasukan perak sudah memperkuatkan jentera mereka dengan kemasukan 3 pemain import. Manakala pasukan pahang sudah berpuas hati dengan pemain sedia ada.  Cuma bilamana dickson yang kerap injured seakan-akan penyertaannya semula ke liga super malaysia, tidak seperti yang diharapkan seperti dahulu.

Pahang opitimis mahu kejar pasukan jdt, biarpun ketinggalan dengan 8 mata jika menang. Tetapi sekiranya seri ketinggalan 10 mata, atau tewas ketinggalan 11 mata.  Pahang ketika ini menduduki tangga kedua dengan 25 mata, Perak tangga ke 6 dengan 17 mata. Pahang yang masih bergelut dalam piala fa separuh akhir bertemu dengan pasukan perak juga pada bulan june nanti lepas raya. 23 jun dan 29 jun 2019.

Prestasi Pasukan Pahang.

Last matches: PAHANG
14.05.19SLJohor DTPahang2 : 0
10.05.19FACPahangTerengganu4 : 0
04.05.19SLPetaling Jaya CFCPahang2 : 0
01.05.19FACTerengganuPahang2 : 1
28.04.19SLPahangJohor DT1 : 1

 

3 kekalahan dicatatkan, seri sekali , menang sekali. Itupun dalam piala fa. Pahang masih pasukan pilihan dalam perlawanan ini, sebab kehebatan nya. Cuma kita risau dari segi konsisten nya yang yoyo prestasinya.

Prestasi Pasukan Perak.

Last matches: PERAK
14.05.19SLPerakPKNP3 : 1
11.05.19FACPerakPKNP2 : 1
03.05.19SLPKNS FCPerak3 : 3
30.04.19FACPKNPPerak0 : 0
27.04.19SLPKNPPerak0 : 4

3 kali menang, Menewaskan pasukan PKNP 3 kali . Dalam liga super 2 kali, piala fa sekali, dan satu seri dengan PKNS. Semua lawan dengan huruf P nih. Kita tak tahu sejauh mana prestasi pasukan Perak setakat ini.  Harapnya kemasukkan pemain import yang akan diturunkan malam ini memberikan satu tentangan hebat buat pasukan pahang malam ini. Nantikannya.

Head to head.

Head-to-head matches: PAHANG – PERAK
20.04.19SLPerakPahang0 : 1
14.07.18SLPerakPahang1 : 1
04.02.18SLPahangPerak0 : 0
28.10.17SLPahangPerak1 : 1
24.09.17MCPerakPahang4 : 0

Seri tiga kali, menang sekali, kalah sekali. Kalau ikut rekod, seimbang . Kita tak pasti sejauh mana pasukan perak malam ini. Pahang pun pastinya akan menurukan skuad yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata penuh jam 10 malam ini di stadium darul makmur , kuantan pahang.

LIVE STREAMING PAHANG VS PERAK LIGA SUPER 19 MEI 2019.

 

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 938
  • Page 939
  • Page 940
  • Page 941
  • Page 942
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.