Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Sultan Ahmad Shah mangkat,(meninggal dunia)Alfatihah

Zik · May 22, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sultan pahang

Berita dukacita buat rakyat pahang dan seluruh malaysia. Hari ini Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Salam takziah buat seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta’in Billah… semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum…

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan semoga roh almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para syhuhada,” katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dijadualkan membuat sidang media khas berkaitan kemangkatan itu pada 11.30 pagi di Wisma Sri Pahang.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan lalu, 2019.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Okt 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan berada di luar negara.

Baginda dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan pada 25 Mei 1944 sebelum dimasyhurkan buat kali kedua pada 29 Mei 1949.

Baginda juga pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh bermula 26 April 1979 hingga 25 April 1984 dan pernah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Sept 1975.

Baginda mempunyai lapan anakanda iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Datuk Muhaini, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah, Al-Sultan Abdullah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Tengku Datuk Shahariah dan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam.

Tujuh daripada lapan anakanda itu merupakan cahaya mata perkahwinan baginda dengan Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mangkat pada 29 Jun 1988.

Almarhum kemudiannya bertemu jodoh dengan Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991.

– Bernama

Innalillahiwainnalillayhirojiun…

Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah .Al Fatihah\

ALFATIHAH

Share this on WhatsApp

Live streaming JDT vs GYEONGNAM FC 22.5.2019

Zik · May 22, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

afc champion league

Ini perlawanan terakhir peringkat kumpulan dalam saingan liga ACL hari ini 22 Mei 2019. Peluang untuk mara memanglah sangat tipis. Masih ada peluang, namun ianya bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Kashima Antler vs Shandong Luneng, selain jdt perlu menang ke atas Gyeongnam. Tetapi apa yang penting pengalaman yang berharga buat pasukan di pentas ini sudah cukup menjadikan pasukan jdt lebih matang dan mahu pergi jauh.

Selain itu memanglah kita mahu menang perlawanan ini, persediaan skuad ini sebahagiaannya akan berjuang untuk harimau malaya bulan june ini nanti.

Baca juga : Shafawi sanggup korban cuti raya demi harimau malaya

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN E: [Read more…] about Live streaming JDT vs GYEONGNAM FC 22.5.2019

Share this on WhatsApp

Tonton online cari aku di syurga episod 10

Zik · May 21, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Cari Aku Di Syurga

dah terlalu konflik dalam cerita ini cari aku di syurga episod 10. Semakin serabut nih. Lisa semakin dah sarat mengandung.  Pak Din dan cik pa datang melawat Lisa. Lisa nanti ada perang besar dengan Anas nanti ketika nak bersalin.

[Read more…] about Tonton online cari aku di syurga episod 10

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 936
  • Page 937
  • Page 938
  • Page 939
  • Page 940
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.