Ini berita yang aku dapat terima dekat feed hari ini. Ini kes rumit jugalah kepada sesiapa yang menggunakan Handphone Android, Huawei terutamanya. Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Huawei Technologies Co. Ltd. sebagai syarikat yang disenarai hitamkan daripada menjalinkan hubungan perdagangan bersama A.S. Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S. tidak boleh melakukan perdagangan dengan Huawei, melainkan ia menerima pengesahan daripada Kerajaan A.S. sendiri.
Google dah tak boleh Connect dengan Huawei.
Kalau baca dari Reuters, Google terpaksa menggantung perniagaan dengan Huawei, terutama yang melibatkan “pemindahan produk perkakasan dan perisian”. Walau bagaimanapun, pergantungan ini tidak termasuk perisian Google yang dibangunkan dengan sumber terbuka (open source).
Dalam erti kata lain, Huawei masih boleh menggunakan Android (kerana ia dibangunkan secara terbuka), cuma beberapa perkhidmatan daripada Google akan dihalang untuk digunakan. Perkara ini termasuk daripada Google Play Store, Gmail, Youtube, Maps, dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play Services Framework.
Secara officially bagi yang pengguna sudah guna , mungkin boleh guna lagi. Tapi dah tak boleh nak update kalau ada update baru.
Google play store dah tak boleh Connect.
Perkara ini akan menyebabkan telefon Huawei sedia ada tidak dapat dipasang dengan kemaskini baru (seperti kemaskini sekuriti bulanan), kerana kemaskini yang tidak disahkan oleh Google akan mengagalkan usaha untuk mendapatkan pengesahan semula kepada akses Google Play Store.
Senang cerita macam nih, telefon Huawei sedia ada tidak akan menerima kemaskini baru, namun anda masih boleh menikmati pemasangan dan kemaskini aplikasi daripada Google Play Store seperti biasa.
Cuma untuk telefon Huawei pada keluaran akan datang, Huawei mungkin akan menggunakan versi Android tanpa perkhidmatan Google, yang mana lebih mesra dikenali sebagai Android Open Source Project (AOSP).
Android berasaskan AOSP ini masih serupa seperti Android biasa, cuma ia tidak diletakkan dengan sebarang perkhidmatan Google. Bermakna, pengguna masih boleh memasang aplikasi Android melalui gedung aplikasi alternatif (contohnya Huawei App Gallery) ataupun melalui pemasangan fail APK.
Penggunaan Android berasaskan AOSP ini sebenarnya telah banyak digunakan pada peranti di China dan sedia mempunyai jumlah penggunaan yang tinggi.
Cuma apa merisaukan, kebanyakan aplikasi popular seperti Chrome, Gmail, Youtube, dan Maps kesemuanya bergantung kepada penggunaan Google Play Services. Tanpa Google Play Services, aplikasi-aplikasi ini tidak akan dapat digunakan walaupun ia boleh dibuka pada awalnya.
Android berasaskan AOSP berjaya di China kerana penduduk di sana tidak menggunakan perkhidmatan Google atau aplikasi yang memerlukan Google Play Services. Mereka di sana sedia mempunyai alternatif kepada Youtube dan Google Maps, dengan adanya Youku dan Baidu Maps.
Walau bagaimanapun, pengguna Android berasaskan AOSP boleh memasang Play Services (mahupun Play Store) melalui proses sideloading, namun ia bukanlah cara yang ingin dilihat oleh pengguna biasa.
Sebagai persediaan, Huawei dikatakan sedang membangunkan platform alternatif, namun perkara ini bukanlah solusi yang boleh berjaya dengan serta-merta. Huawei masih memerlukan Android daripada Google kerana pengguna di luar China sangat memerlukan perkhidmatan Google dan sejumlah aplikasi yang memerlukan Google Play Services.
Pembangunan platform baru akan merugikan kos dan masa kerana ia perlu memanggil pembangun baru atau sedia ada untuk menghasilkan aplikasi. Sejarah telah membuktikannya melalui Windows Phone (atau kini Windows 10 Mobile) yang tidak berjaya hidup akibat kekurangan aplikasi.
Jualan Huawei akan merudum. Pengguna akan tukar Android yang lain.
Sekiranya sekatan ini akan terus dilaksanakan, perniagaan Huawei akan terjejas untuk di pasaran luar China. Sekatan perdagangan ini bukan hanya tertakluk pada peranti Huawei di A.S. sahaja, tetapi akan turut terkesan dengan kesemua peranti Huawei sedia ada (dan akan datang) di seluruh dunia. Cuba korang bayangkan kehidupan anda tanpa Youtube dan Google Maps, itulah apa yang akan jadi sekiranya Google tanpa di dalam peranti Huawei.
Ramai sudah tekan Butang Panik.
Kalau korang perasan dekat facebook , mudah.my, shopee . Sudah ada yang membuat jualan murah huawei. Harga huawei sudah jatuh harga teruk nih. Sapa mahu pakai kalau phone huawei dah tak boleh nak connect dengan google, youtube , gmail, dan prduk google yang lain. Memang effectnya akan beri kesan tanpa google. So pengguna akan cari handphone lain.
Ada baik buruknya berita ini. Huawei pun sedang bangunkan sistem operasi sendiri. Cuma perlukan developer untuk menyokong & membuat aplikasi. Jadi sistem operasi keempat selain tizen. Persaingan yang semakin menarik untuk pengguna. Ambil masalah untuk update semua ini. Cuma apabila keputusan yang dibuat oleh US secara mendadak, ramai yang sudah mula panik dan rasa terkesan.
Namun apa yang pasti ia akan mendatangkan kesan yang besar ke atas perniagaan peranti mudah alih Huawei yang bergantung sepenuhnya kepada sistem operasi Android. Pada suku pertama 2019, Huawei ialah pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia di belakang Samsung dan di hadapan Apple. Mereka sebelum ini mengumumkan komited akan memberikan kemas kini ke Android Q seawal yang mungkin.
Ia juga menimbulkan tanda tanya sama ada pelancaran Honor 20 akan diteruskan atau tidak. Nantikannya.
Ia berkaitan dengan Tekanan Ekonomi China VS US.
Ini adalah peperangan perdagangan, ketakutan AS menyebabkan Huawei mengalahkan mereka dalam teknologi masa depan seperti 5g, dan telah menjadi misi yang gagal untuk meracuni syarikat itu di kalangan agensi pengintip dan kerajaan. Sebenarnya bukan dari China sahaya yuang mengintip. Kuasa besar seperti google, facebook juga boleh je mengintip apa semua data dari kita ini.
5 Eyes vs. 5G
Selain isu trade imbalances (import US dari China melebihi eksport US ke China), kontroversi berkaitan firma teknologi China juga menjadi penyumbang kepada konflik antara US dan China sejak Donald Trump jadi Presiden US.
Yang tengah hot ialah isu Huawei. Selepas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou ditahan pada 1 Disember 2018 di Canada, US dan sekutunya juga tengah rancak melobi negara-negara lain untuk menyekat Huawei dari menyediakan infrastruktur rangkaian 5G. Setakat ini, US, Australia dan New Zealand telah pun membuat sekatan terhadap Huawei.
Terdahulu pengasas Huawei iaitu Ren Zhengfei telah break silence mengenai penangkapan terhadap anaknya Meng Wanzhou (mak Meng Wanzhou iaitu Meng Jun dah bercerai dengan Ren, jadi Meng Wanzhou pakai nama keluarga Meng bukan Ren). Dia menyifatkan tindakan US dan Canada sebagai bertujuan politik dan declare “US cannot crush us”.
Yang lebih menarik, pada masa yang sama, kerajaan UK tiba-tiba kata teknologi 5G Huawei tidak memberi ancaman, jadi UK rasa tiada perlunya untuk mengenakan sekatan terhadap Huawei.
Apa itu 5G? Apa peranan Huawei? Kenapa US dan geng takut sangat dengan Huawei 5G?
5G ialah generasi rangkaian telekomunikasi terkini, selepas 1G, 2G, 3G, 3.5G dan 4G. Aku bukan ejen U Mobile, jadi tak perlulah nak terangkan perbezaan 3G, 4G, GPRS, EDGE, LTE semua tu. Cuma secara basic, 5G ni laju. 10 kali ganda kelajuan maksima 4G (1,000 Mbps atau 1 Gbps), boleh sampai 10,000 Mbps atau 10 Gbps.
Dengan kata lain, dengan 5G kau boleh memuat turun video bersaiz 800 MB dalam 1 saat sahaja. Dengan 4G sekarang paling power kau boleh dapat dalam seminit lah.
Nak laju-laju buat apa? Kelajuan 5G ini sebenarnya penting untuk support teknologi futuristik atau teknologi Revolusi Industri ke-4. Teknologi seperti kereta pandu sendiri (autonomous car atau self-driving car) ni hanya boleh perform pakai 5G. Kau nak buat panggilan hologram, kena pakai 5G. Pakai 3.5G ke 4G ke nanti tersekat-sekat, kau call bini kau tiba-tiba keluar hologram kepala saja, jadi macam penanggal, naya kang. (cuba tengok video ni untuk gambaran dunia 5G: https://www.youtube.com/watch?v=ArRWXopUHAQ)
Huawei ialah pengeluar peralatan rangkaian telekom terbesar di dunia, mendahului Ericsson (Sweden), Nokia (Finland) dan juga Samsung (Korea). Dan Huawei juga merupakan antara pioneer dalam teknologi 5G. Jadi banyak negara dah bekerjasama dengan Huawei untuk melancarkan 5G paling lewat sebelum tahun 2020.
Orang tengah excited dengan 5G, tiba-tiba US kata tak boleh, Huawei bahaya. Sejak tahun 2012 lagi US dah bunyi pasal Huawei dan ZTE (syarikat peralatan telekom kedua besar di China). US mendakwa Huawei dan ZTE mengguna teknologi mereka untuk mengintip. Kalau kerajaan pakai produk-produk ini, maka segala rahsia besar akan jatuh ke tangan China.
Apatah lagi latar belakang Ren Zhengfei mencurigakan. Ren pernah berkhidmat dalam unit penyelidikan teknologi ketenteraan China sebelum mengasaskan Huawei pada tahun 1987. Ren juga mempunyai hubungan akrab dengan Jiang Zemin, Pemimpin Tertinggi China dari 1989-2002. Jadi US melihat Huawei sebagai “Trojan Horse”: di luar nampak je jual peralatan dan perisian, tapi secara senyap-senyap mengumpul maklumat dan rahsia bagi pihak China.
Jadi sekarang Trump duk menyerang teknologi 5G Huawei atas alasan “ancaman keselamatan negara”. Yang berada di barisan hadapan menyekat Huawei ni ialah US, UK, Canada, Australia, New Zealand – negara-negara yang kita panggil sebagai “Five Eyes” (Lima Mata).
Five Eyes ialah nama kepada kerjasama perisikan antara 5 negara ini. US ada CIA dan FBI, UK ada MI5 dan MI6, Canada ada CSIS, Australia ada ASIO dan ASIS, New Zealand ada SIS. Di bawah kerjasama Five Eyes, badan-badan perisik negara-negara ini akan berkongsi top secret dan merancang operasi pengintipan dan pengawasan (surveillance) secara bersama.
Nama eyes ni sounds very Dajjalic. Geng Teori Konspirasi mesti akan terbayang Freemason. Rileks. Five Eyes ni secara rasmi ialah UKUSA Agreement yang diasaskan pada tahun 1946 antara US dan UK, kemudian disertai oleh Canada pada 1948 dan Australia dan New Zealand pada tahun 1956. Dia panggil “Eyes” sebab atas dokumen-dokumen rahsia ni mereka akan cop “For AUS/CAN/NZ/UK/US Eyes Only”. So terjadinya nama Five Eyes.
Tapi nak kata Five Eyes ni satu konspirasi pun tak keterlaluan. 5 negara yang berada dalam Five Eyes tak boleh mengintip satu sama lain. Kerjasama sebegini hanya boleh dilakukan di kalangan negara yang mempunyai tahap kepercayaan yang sangat tinggi.
Kalau diperhatikan, kelima-lima negara ini ialah negara berbudaya Anglo-Saxon. Mereka berbahasa Inggeris. Nenek moyang mereka pun berasal dari UK. US, Canada, Australia, New Zealand semua asalnya jajahan Empayar UK.
Selepas Empayar UK jatuh, US jadi pengganti. Pada masa yang sama, UK masih maintain “special relationship” dengan US. Canada, Australia dan New Zealand sebagai negara Komanwel menjunjung Queen Elizabeth II sebagai ketua negara. Jadi Five Eyes ni terbentuk satu blok kuasa yang tersendiri. US kadang kala bergaduh dengan Perancis, hubungannya dengan Israel tidak selalu harmoni. Tapi Five Eyes ni jarang meragui satu sama lain.
Di era Perang Dingin, musuh utama Five Eyes ialah negara-negara komunis. Hari ini, Five Eyes bekerjasama untuk menentang ancaman baharu seperti so-called “Islamist threat” dan sekarang, the “Chinese threat”.
Jadi semua khabar tentang ancaman Huawei ni perlu dilihat menerusi “power struggle” antara Anglo-American hegemony dengan China yang sedang mencabar hegemoni tersebut. US sebenarnya nak menghalang China dari mencapai “technological edge” mengatasinya. Samada China buat pengintipan atau tidak, itu tak penting. Lebih ironik apabila Five Eyes yang merupakan spy marah China jadi spy.
Tapi UK ni ada perangai suka tarik diri last minit. Dia ajak orang untuk masuk Perang War of the Spanish Succession (1701-1714), last-last dia yang tarik diri. Dia janjikan orang Yahudi macam-macam, last-last dia cuci tangan di Palestin. Dia yang beriya-riya nak masuk EU, last-last dia jadi pertama yang tarik diri. Sebab itu UK dapat gelaran “perfidious albion” (treacherous Englishman – orang Inggeris yang bersifat khianat).
Untuk perang terhadap Huawei kali ini, UK sekali lagi goyang dan meninggalkan rakan sepasukan. Keputusan UK itu mungkin akan mengubah pendirian Canada, Australia dan New Zealand. Terutamanya New Zealand. Ekonominya dah lah bergantung pada China (25% eksport bergantung kepada China), tapi nak juga ikut Five Eyes untuk menyekat Huawei. Jadi sekarang New Zealand tengah mengalami tekanan ekonomi dari China, jumlah pelancong dah merosot. Jadi sekarang PM New Zealand dah u-turn pasal Huawei, kata ada ruang untuk berunding.
Dan mungkin akhirnya hanya tinggal Trump sorang-sorang jadi lone ranger nak lawan Huawei. Negara-negara Eropah seperti Jerman berada dalam dilema samada untuk mengikut telunjuk jari US, atau pun nak pakai teknologi Huawei dari China. Tapi tengok keadaan sekarang, mungkin lebih bijak memilih Huawei.
Tapi aku ada teori bahawa semua sabotaj terhadap Huawei ni sebenarnya wayang antara Trump dan Xi Jinping. Korang tengok Xi rileks je tak cakap apa-apa pun pasal Huawei. Ada kemungkinan Xi nak meminjam tangan Trump untuk mencantas Huawei yang merupakan kroni kepada Jiang, bekas presiden yang masih mempengaruhi politik China menerusi clan dia iaitu Shanghai Clique.
Apa-apa pun, isu Huawei 5G ni menunjukkan bahawa teknologi pun tak dapat lari dari geopolitik antara kuasa besar. Apa jua jenis teknologi, dari 5G, digital money, malah FB dan IG yang kita guna, semua sebenarnya mengandungi matlamat tersirat untuk mengawal manusia.
CIA pun crack iPhone korang. Zuckerberg pun jual data. Kita sebenarnya di bawah perhatian “mata-mata”. Benda-benda macam ini dah lama di-predict oleh novel dystopia seperti Brave New World dan 1984.
So persoalannya bukan pasal samada kita akan diintip atau tidak. Bukan pasal kita ada privacy atau tidak.
Persoalannya ialah: antara US dan China, kau lebih rela kena spy dengan siapa?
copy paste amanz.my
Leave a Reply