Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM

Zik · Oct 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TELEKOM MALAYSIA, tm,

Nampaknya Badan Bola Sepak malaysia dalam kenyataan di media sosial hari ini iaitu badan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menarik balik tuntutan saman terhadap Telekom Malaysia Berhad (TM), berhubung isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M).

bagi aku ini satu tindakan yang tepat, sebab kalau boleh janganlah panjang isu ini. Sebab bila kes mahkamah , ia akan berlarutan. Selain makan kos , naik turun, naik turun mahkamah lagi. Dung-dang, dekat berapa tahun, tak settle lagi. Liga tiba-tiba dah lingkup. Apa kes??  So better ambil pendekatan yang lebih bijak.

Hasil rundingan bersama ahli Lembaga Pengarahj MFL.

Dalam kenyataan MFL hari ini, keputusan menarik balik tuntutan saman melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 21 Mac lepas, dibuat menerusi persetujuan bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan tersebut menjelaskan tindakan menarik balik saman terhadap TM membuktikan semangat kesukanan tinggi, yang telah terjalin antara pengendali Liga-M dengan syarikat gergasi telekomunikasi negara itu.

“Saya mengesahkan bahawa MFL telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan saman terhadap TM, selepas mencapai persetujuan dengan kesemua barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

[Read more…] about Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM
Share this on WhatsApp

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Zik · Oct 14, 2019 · 9 Comments

Share this on WhatsApp

Semak kelayakan PSP secara online.

PUTRAJAYA: Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari beberapa hari lepas membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

[Read more…] about Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Share this on WhatsApp

Pelaksanaan teknologi 5G, jualan vape tumpuan Dawan Rakyat hari ini

Zik · Oct 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Teknologi 5G bakal dilancarkan di malaysia dalam 3 tahun akan datang, lebih kurang pertengahan tahun 2021. Kita akan ulas bagaimana kelajuan teknologi 5G , apa dan bagaimana ianya berlaku.  Naun semua ini harus dibincangkan dalam dewan parlimen. Takut apa kesannya, mungkin dari segi intipan, ataupun dari segi pangkalan data maklumat.

Kesediaan kerajaan dalam pelaksanaan teknologi jalur lebar 5G dan sama ada wujud perancangan bagi menghalang penjualan vape, bakal diketahui pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, perkara berkaitan 5G dibangkitkan pada soalan pertama sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Teh Kok Lim (PH-Taiping), yang diajukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Turut dijangka mencuri perhatian adalah soalan dari Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang meminta pendirian Kementerian Kesihatan, untuk menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan “vape” secara menyeluruh, ataupun membendung jualan bahan berkenaan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah, memandangkan bahaya bahan itu daripada aspek kesihatan.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (PH-Jerlun) yang meminta penjelasan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai negeri- negeri yang di luar “laluan pelancongan”, sama ada akan mendapat manfaat daripada Tahun Melawat Malaysia 2020.

Usai sesi tersebut, Dewan Rakyat akan menyambung pula sesi perbahasan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang berkisar kepada Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

– Bernama

 

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 795
  • Page 796
  • Page 797
  • Page 798
  • Page 799
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.