Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM

Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM

Zik · Oct 15, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TELEKOM MALAYSIA, tm,

Nampaknya Badan Bola Sepak malaysia dalam kenyataan di media sosial hari ini iaitu badan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menarik balik tuntutan saman terhadap Telekom Malaysia Berhad (TM), berhubung isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M).

bagi aku ini satu tindakan yang tepat, sebab kalau boleh janganlah panjang isu ini. Sebab bila kes mahkamah , ia akan berlarutan. Selain makan kos , naik turun, naik turun mahkamah lagi. Dung-dang, dekat berapa tahun, tak settle lagi. Liga tiba-tiba dah lingkup. Apa kes??  So better ambil pendekatan yang lebih bijak.

Hasil rundingan bersama ahli Lembaga Pengarahj MFL.

Dalam kenyataan MFL hari ini, keputusan menarik balik tuntutan saman melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 21 Mac lepas, dibuat menerusi persetujuan bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan tersebut menjelaskan tindakan menarik balik saman terhadap TM membuktikan semangat kesukanan tinggi, yang telah terjalin antara pengendali Liga-M dengan syarikat gergasi telekomunikasi negara itu.

“Saya mengesahkan bahawa MFL telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan saman terhadap TM, selepas mencapai persetujuan dengan kesemua barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Tindakan MFL menarik balik saman terhadap TM berkaitan isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia musim 2019 membuktikan semangat kesukanan di antara MFL dan TM, di mana saya percaya kita boleh mencari titik persamaan demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan itu.

Jelas Hamidin, tindakan manarik balik tuntutan saman itu juga demi kelangsungan hubungan baik antara dua entiti tersebut, selain mewujudkan suasana kondusif dalam memajukan arena bola sepak negara.

“Saya optimis bahawa situasi ini akan menjadikan hubungan MFL dan TM terjalin lebih utuh, di mana saya percaya semua peminat bola sepak mahu melihat suasana kondusif dapat diwujudkan sekali gus memberikan mesej bahawa syarikat korporat perlu bergerak seiring dalam memajukan bola sepak negara,” katanya.

TM sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada Januari 2018 dengan jumlah keseluruhan yang difahamkan sekitar RM480 juta.

Namun, pada 15 Mac lepas MFL mengumumkan untuk menamatkan kontrak tersebut berkuat kuasa serta-merta selepas TM didakwa gagal menjelaskan pembayaran hak penyiaran musim ini.

 

 

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Hak siaran Liga-M: MFL tarik balik saman terhadap TM, mfl tarik balik saman TM mengenai isu penaja

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.