Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia

Zik · Mar 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bank negara malaysia

Sangat mencabar ekonomi untuk wabak covid19 kali ini. Ini bukan negara kita sahaja. Satu dunia terkesan dengan wabak ini. Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan satu “kelonggaran” yang boleh mengurangkan beban hutang kita ini.

Bank-bank diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki kad kredit, bermula 1 April.

Dalam surat kepada semua institusi perbankan hari ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew berkata matlamat langkah tersebut untuk mengurangkan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana serta individu akibat wabak Covid-19.  [Read more…] about Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia

Share this on WhatsApp

Permohonan i-Lestari melalui emel dan pos, online mula 1 Mei 2020

Zik · Mar 24, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

kwsp,

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi emel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang telah diumumkan.

Namun demikian, pengeluaran ini tidak wajib pun. Kalau korang rasa boleh survive atau rasa nak guna untuk simpanan hari tua nanti lebih baik korang buat perkiraan yang panjang bersama-sama keluarga.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat berkata, ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara emel atau pos bermula 1 April dan pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan bermula 1 Mei. “Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac nanti,” katanya.

Menurutnya, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Bila tarikh permohonan boleh dibuat??  [Read more…] about Permohonan i-Lestari melalui emel dan pos, online mula 1 Mei 2020

Share this on WhatsApp

Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

Malaysia mencatatkan 212 lagi kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, iaitu bilangan tertinggi sejak permulaan wabak itu pada akhir Januari. Hari ini paling tertinggi. Semakin membimbangkan dan kita dah hampir ke fasa mitigasi.

Ini membawa jumlah keseluruhan kepada sebanyak 1,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 212 kes baru, 123 dikesan daripada kluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang diadakan lewat bulan lalu.

Beliau juga melaporkan empat kematian baru, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang. [Read more…] about Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 661
  • Page 662
  • Page 663
  • Page 664
  • Page 665
  • Interim pages omitted …
  • Page 2173
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.