Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

COVID-19: Tempoh PKP mungkin lanjut dua bulan-pakar Virologi

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

KUALA LUMPUR: Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin berlanjutan dua bulan lagi, jika penguatkuasaan sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus berdegil mengingkari PKP, mengabaikan pelaksanaan penjarakkan sosial serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan yang baik.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya ketika dihubungi , hari ini.

[Read more…] about COVID-19: Tempoh PKP mungkin lanjut dua bulan-pakar Virologi

Share this on WhatsApp

Penglibatan ATM, PDRM ‘gerunkan’ rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

askar, tentera ,

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan pergerakan rakyat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan menjadi lebih efektif dan teratur dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula hari ini di seluruh negara.

Malah, penglibatan ATM bagi membantu PDRM pada hari pertama itu bukan sahaja dilihat sebagai ‘menggerunkan’ rakyat bahkan menjadikan penugasan kedua-dua pasukan keselamatan negara lebih mantap.

Langkah berkenaan bertujuan memastikan tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kerajaan itu dapat dipertingkatkan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

[Read more…] about Penglibatan ATM, PDRM ‘gerunkan’ rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Share this on WhatsApp

Garis panduan kelayakan memohon bantuan Tabung COVID-19 di Facebook NADMA

Zik · Mar 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Covid 19,

KUALA LUMPUR, 22 Mac  — Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan daripada Tabung COVID-19.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), turut layak memohon bantuan daripada tabung itu ialah rakyat Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital ekoran COVID-19.

 “Kadar bantuan adalah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19,” menurut kenyataan itu menerusi Facebook NADMA di sini hari ini.

Bagaimanapun, NADMA menjelaskan individu tidak layak memohon adalah mereka yang bukan warga Malaysia, tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian, mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh pengawasan dan pemerhatian.

Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19.

Mereka yang layak perlu memuat turun dokumen di laman web www.nadma.gov.my dan permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 Putrajaya

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Orang ramai boleh layari www.nadma.gov.my untuk maklumat lanjut.

— BERNAMA

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 663
  • Page 664
  • Page 665
  • Page 666
  • Page 667
  • Interim pages omitted …
  • Page 2173
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.