• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian 23.3.2020

Zik · Mar 23, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Covid 19,

Malaysia mencatatkan 212 lagi kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, iaitu bilangan tertinggi sejak permulaan wabak itu pada akhir Januari. Hari ini paling tertinggi. Semakin membimbangkan dan kita dah hampir ke fasa mitigasi.

Ini membawa jumlah keseluruhan kepada sebanyak 1,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 212 kes baru, 123 dikesan daripada kluster perhimpunan Tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang diadakan lewat bulan lalu.

Beliau juga melaporkan empat kematian baru, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang.

Sehingga kini, menurut Dr Noor Hisham, seramai 57 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat empat kes kematian baru berkaitan Covid-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurutnya, kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia yang merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

“Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke1031.

Manakala, kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia yang merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020. KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kesemua mereka,” katanya.

Nor Hisham juga memberitahu bahawa berdasarkan siasatan awal, daripada 212 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.

“Sehingga kini, seramai 57 kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU. Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 159 kes.

Dalam perkembangan lain, KKM memaklumkan bahawa isu kekurangan bekalan PPE (Personal protective equipment) kini merupakan satu isu global.

“Pihak KKM telah mengambil pelbagai langkah dalam memastikan bekalan PPE yang mencukupi untuk setiap fasiliti kesihatan melalui penyelarasaan pembekalan bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

“Sehingga kini, pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini,” katanya.

“Selain daripada itu, pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan bekalan PPE daripada pelbagai pihak dan sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan,” tambahnya lagi.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman 518 dengan 14 kematian 23.3.2020, covid19, Covid19 Rekod 212 kes baru, jumlah kini 1

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Tentera akan dikerah mulai Ahad ini -Covid 19

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Oleh kerana masih lagi ramai yang berdegil ti…

Pengumuman

Covid19, 110 kes baru Covid-19 hari ini jumlah kini 900, 20 di ICU 19.3.2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pengumuman yang telah dibuat pada petang tadi…

%d bloggers like this: