Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Kedai hardware, alat ganti kenderaan buka 2 kali seminggu

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

notis kedai hardware 2 hari seminggu

Ok juga, kadang-kadang ada barang penting untuk buat repair apa benda di rumah nih sepanjang tempoh pkp nih.

BANTING: Kebenaran yang diberi kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti kedai perkakasan yang menjual baja dan alat pertukangan dua hari seminggu akan membolehkan masyarakat memanfaatkan aktiviti produktif bersama keluarga di rumah.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid, kebenaran sedemikian akan menggalakkan orang awam di daerah itu mematuhi arahan dengan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

[Read more…] about Kedai hardware, alat ganti kenderaan buka 2 kali seminggu
Share this on WhatsApp

AIR: KEPENTINGAN DAN PEMELIHARAANNYA

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

minum air kosong

Air…..antara sifat-sifatnya adalah tawar, tidak berbau, hampir tidak berwarna, merupakan keperluan kepada semua benda hidup dan komponen utama bumi.  Ia meliputi kawasan seluas tujuh puluh peratus (70%) bumi, di mana sembilan puluh lapan peratus (98%) daripadanya adalah air masin dalam bentuk laut dan lautan, ais atau glasiar serta wap air.  Hanya dua peratus (2%) merupakan air tawar dalam bentuk sungai, tasik dan kolam semulajadi. Sumber-sumber air tawar inilah merupakan nadi kehidupan dan untuk kelangsungan hidup semua jenis makhluk bernyawa.

Air amat penting kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.  Manusia dan haiwan perlukan air untuk minum.  Meminum air secukupnya akan memastikan tubuh manusia kekal sihat.  Sekiranya badan kekurangan air, kesihatan manusia akan terjejas dan mengundang pelbagai komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, kulit kering yang menyebabkan kegatalan dan sebagainya.  Manusia juga memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti mencuci dan memasak. [Read more…] about AIR: KEPENTINGAN DAN PEMELIHARAANNYA

Share this on WhatsApp

Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

perintah kawalan pegerakan,

SHAH ALAM – Sepanjang dua minggu lalu, Malaysia sudah menyaksikan peningkatan jumlah kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang agak tinggi sebanyak 2,495 kes dengan jumlah kumulatif setakat semalam adalah 4,119 kes.  Perang dingin yang sangat dahsyat ini bukan sesuatu yang mudah, sebab tak nampak secara kasar.

Peningkatan jumlah kes lebih 50 peratus itu sudah pasti mengundang keresahan banyak pihak meskipun Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan usaha melandaikan lekuk epidemik dengan kaedah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu mula menampakkan kejayaan.

Baca juga: Kes terkini covid19 2020

Menyedari keperluan memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dilaksanakan kerajaan dengan berkesan, sebahagian besar rakyat negara ini mengakui kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini demi keselamatan Malaysia.

Hakikat itu diakui Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpandangan PKP perlu diteruskan sehingga kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa risiko penularan kembali pandemik Covid-19 tiada lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, keputusan menghentikan pelaksanaan PKP tidak boleh dibuat hanya setelah tiada lagi kes jangkitan Covid-19 direkodkan KKM.

“Sekiranya inisiatif sedemikian diambil, PKP pastinya akan dilaksanakan dalam tempoh lama kerana usaha kerajaan memulihkan sepenuhnya kes Covid-19 perlu mengambil masa berbulan-bulan.

“Saya fikir kerajaan perlu diberi kepercayaan untuk memutuskan tempoh waktu bersesuaian bagi menghentikan PKP, namun buat masa kini PKP perlu diteruskan demi keselamatan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, kebimbangan berlaku ledakan gelombang penularan susulan Covid-19 menjadi faktor utama kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini. [Read more…] about Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 646
  • Page 647
  • Page 648
  • Page 649
  • Page 650
  • Interim pages omitted …
  • Page 2166
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.