Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Kedai hardware, alat ganti kenderaan buka 2 kali seminggu

Kedai hardware, alat ganti kenderaan buka 2 kali seminggu

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

notis kedai hardware 2 hari seminggu

Ok juga, kadang-kadang ada barang penting untuk buat repair apa benda di rumah nih sepanjang tempoh pkp nih.

BANTING: Kebenaran yang diberi kepada beberapa jenis premis perniagaan seperti kedai perkakasan yang menjual baja dan alat pertukangan dua hari seminggu akan membolehkan masyarakat memanfaatkan aktiviti produktif bersama keluarga di rumah.

Bagi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Mohamad Zain A Hamid, kebenaran sedemikian akan menggalakkan orang awam di daerah itu mematuhi arahan dengan berada di rumah sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa perkhidmatan dan perniagaan dibenarkan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah kelonggaran bagi orang awam mendapatkan apa juga keperluan di kedai berkenaan supaya dapat menjalankan aktiviti di rumah.

“Perkhidmatan atau perniagaan yang dibenarkan ialah Kedai Baja / Racun, Kedai Perkakasan (hardware), Kedai Menjual Makanan Haiwan dan Kedai Menjual Alat Ganti Kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Zain A Hamid berkata, semua perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi itu akan bermula esok.

“Hari yang dibenarkan operasi ialah pada hari Isnin dan Khamis iaitu 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan semasa dan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan semasa pengoperasian seperti memakai penutup mulut dan hidung, menyediakan pencuci tangan dan langkah penjarakan sosial,” katanya.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman alat ganti kenderaan buka 2 kali seminggu, Kedai hardware, kedai hardware 2 hari seminggu tempoh pkp

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.