Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

KWSP lanjut tarikh bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji Mac 2020

Zik · Apr 13, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

kwsp,

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib bagi gaji bulan Mac pekerja mereka, iaitu caruman pada April 2020. Ada sedikit kelegaan buat majikan yang masih dalam belenggu untuk membuat pembayaran kepada kwsp mengenai caruman kepada pekerja. Untuk bulan yang lepas. Minggu ini sampai minggu depan kena settle.

Dalam kenyataan pada Isnin, KWSP berkata tarikh lanjutan tersebut adalah dari 15 April sehingga 24 April ini.

“Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu E-Caruman dalam portal I-Akaun (Majikan), perbankan internet atau di kaunter bank yang dilantik,” jelas kenyataan itu.

Baca juga : Keluar duit kwsp iakaun rm 500 sebulan

Sebelum ini kerajaan memberi kelonggaran kepada pelbagai pihak dalam semua sektor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menghadapi COVID-19.

Malaysia kini sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dan akan memasuki fasa ketiga pada Selasa sehingga 28 April.

Share this on WhatsApp

Pengalaman Sebagai Sukarelawan

Zik · Apr 13, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sukarelawan,

PENGALAMAN SEBAGAI SUKARELAWAN. 

Minat untuk melibatkan diri di dalam kerja-kerja sukarela khususnya terhadap alam sekitar dan hidupan liar telah lama berputik semenjak di bangku sekolah menengah lagi.  Minat yang mendalam tersebut terbit daripada niat untuk membantu memulih dan memelihara kondisi alam sekitar yang semakin tenat. Disamping itu, niat untuk membantu menangani kepupusan sesetengah spesis hidupan liar dan membela nasib haiwan-haiwan yang terkesan akibat daripada kemusnahan habitat mereka juga telah menjadi pendorong utama kepada saya menjadi seorang sukarelawan.  Namun, minat tersebut terpaksa dipendamkan dahulu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan kemudian melangkah pula ke alam pekerjaan serta seterusnya melaksanakan kewajipan sebagai seorang ibu untuk membimbing anak-anak. Walaupun demikian, cita-cita untuk bergelar sukarelawan tidak pernah padam lebih-lebih lagi apabila sering terbaca cerita mengenai sukarelawan-sukarelawan di dalam majalah dan akhbar.

[Read more…] about Pengalaman Sebagai Sukarelawan

Share this on WhatsApp

Pelajar belum dibenar pulang ke rumah -Menteri Pertahanan

Zik · Apr 11, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ismail sabri

Pelajar yang kini tinggal di kolej kediaman semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), belum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.  Betul kita setuju sebolehnya tunggu keadaan reda dan perlu ada mekanisma yang lebih tersusun untuk elakkan rantaian covid19 itu kembali merebak buat semua pelajar kita di seluruh negeri ini.

Sedang dilteliti oleh Menteri Pengajian tinggi. Dr Noraini. 

Katanya, kabinet sudah menerima cadangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung perkara itu, dan ia kini sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, katanya, sekiranya pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, ia akan melibatkan bilangan pelajar yang besar.

“Pelajar ada lebih kurang hampir 80,000 pelajar di seluruh negara, iaitu pelajar IPTA dan IPTS.

“Jumlah yang kita dapat itu adalah daripada pelajar-pelajar yang tinggal di kampus kolej, tidak termasuk pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus, yang menyewa rumah sendiri dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya. [Read more…] about Pelajar belum dibenar pulang ke rumah -Menteri Pertahanan

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 643
  • Page 644
  • Page 645
  • Page 646
  • Page 647
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.