Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Menteri: Tiada sebarang bentuk bazar dibenarkan- termasuk ebazaar

Zik · Apr 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ismail sabri

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebarang bentuk bazar yang akan dibenarkan pada bulan Ramadan ini.

Jelas Ismail, keputusan itu dicapai selepas bermesyuarat dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Mesyuarat hari ini juga telah memutuskan bahawa sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive through) dan tempah dan ambil (pack and pick) tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Menjawab soalan pemberita, Ismail menjelaskan bahawa bazar berbentuk fizikal yang menggunakan perkhidmatan e-hailing juga tidak dibenarkan. [Read more…] about Menteri: Tiada sebarang bentuk bazar dibenarkan- termasuk ebazaar

Share this on WhatsApp

UPSR, PT3 tahun ini dibatalkan-Menteri pendidikan

Zik · Apr 15, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Menteri pendidikan

KUALA LUMPUR: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.

? SPM tangguh suku pertama 2021

? Sekolah akan dibuka dgn pemakluman 2 minggu lebih awal kepada ibubapa

? KPM akan perkenalkan kaedah baru yg tidak hanya pada akademik sahaja. Utk PT3 kaedah baru juga akan diperkenalkan utk masuk sek khusus seperti sek teknik dan vokasional

?UPSR dan PT3 dibatalkan utk tahun 2020

#COVID19
#STAYATHOME
#DUDUKRUMAH
#KITAJAGAKITA
#KITAMESTIMENANG

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.

“Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.

Share this on WhatsApp

Panduan Permohonan dan semakan I-Lestari secara Online

Zik · Apr 15, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

panduan permohonan i-Lestari kwsp

Penambahbaikan permohonan pengeluaran i-Lestari telah dilancarkan. 100% dalam talian, tanpa borang, dan tidak perlu ke cawangan. Tetapi kena ingat elakkan dari layari laman web scam yang sudah tular di media sosial. Sebab dah ada kes yang duitnya lesap macam tuh jer . Nampak macam betul dia tulis dari bank negara.

Apa itu i-Lestari dan bagaimana cara untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 tersebut?:
  • Pengeluaran maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP.
  • Pembayaran wang RM500 tersebut akan dibuat terus ke dalam akaun bank pencarum mulai Mei 2020.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
Seperti yang telah dimaklumkan oleh badan kerajaan. Matlamat asalnya akaun KWSP boleh dikeluarkan ini adalah untuk membantu pencarum KWSP meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 dalam masa sama kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Ingat suka-suka ke kerajaan nak bagi keluar duit kwsp nih. Sebab kita dalam keadaan kegawatan ekonomi ekoran wabak covid19 yang menular bukan sahaja di malaysia, diseluruh dunia terkesan.
Kebanyakan rakyat bersetuju dengan initiatif ini, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.  Ini alternatif buat anda semua. Mahu keluar boleh, tak nak keluar pun boleh. Ini anda semua.

Online sudah boleh mohon.

Apa yang menariknya jika sebelum ini hanya orang yang mempunyai i-akaun KWSP yang boleh membuat permohonan secara online, kini permohonan baru i-Lestari juga boleh dilakukan terus secara online walaupun anda tidak mempunyai i-Akaun KWSP.

[Read more…] about Panduan Permohonan dan semakan I-Lestari secara Online

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 642
  • Page 643
  • Page 644
  • Page 645
  • Page 646
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.