Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Bantuan tambahan BPR RM 500, dibawah Pemerkasa Jun ini 2021

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

BPR RM500 pemerkasa,

Oleh kerana bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa kedua sudah dapat. Bulan depan pula akan dapat BPR tambahan Rm 500 bagi mereka yang layak sahaja.  Namun, BPR fasa kedua, ramai juga yang tak lulus, ada yang lulus tetapi tak dapat lagi. Korang tengoklah apa sebab tak lulus tuh.

Jumlah bantuan sebanyak 1.2 Billion ringgit malaysia. 

Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.

PENERIMA YANG LAYAK AKAN DAPAT PADA JUN INI 2021. 

Mahiddin berkata, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima. Satu jumlah yang besar, dan kita faham sebagai rakyat malaysia tahu dan sedia maklum kesan covid ini belum dapat diatasi lagi. Sebagai kerajaan peka dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk kurangkan kadar jangkitan, dengan mendapatkan bekalan vaksin yang agak terhad sekarang ini. Pada pendapat aku pandemik ini mungkin akan berakhir paling lambat dalam 10 tahun. Itu jangkaan aku lah, kalau takda penawar dan juga tiada pencegahan yang serius dapat kita lakukan. KKM pun dah bertungkus lumus buat yang terbaik untuk rakyat.

Beliau berkata, kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun dan tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Katanya, pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi individu berstatus bankrap, Perdana Menteri berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

“Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

“Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami potongan ansuran bulanan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga bersetuju memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir 31 Mac ini sehingga 30 Jun depan.

“Jenis kontrak yang terbabit akan turut diluaskan bagi membantu rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontrak mereka,” katanya.

 

Secara ringkasnya Syarat Kelayakan BPR tambahan RM 500.00 Jun ini 2021.

  • Mereka yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur dari  21 tahun hingga 60 tahun
  • Tak perlu isi borang bagai, korang tunggu jerla. Kalau tiba-tiba ada isi borang, kena masuk duit, confirm tuh scam, kena hati-hati ok.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
  • Dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Sebarang pertanyaan. 

i) Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; login dan tengok status permohonan atau
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747
Share this on WhatsApp

Karangan-Laporan Wabak Penyakit Berbahaya

Zik · May 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

wabak penyakit berjangkit

Selaku pegawai kesihatan di Sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, anda ditugaskan untuk melawat sebuah kawasan yang diancam wabak penyakit yang berbahaya.  Anda juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap berhubung dengan perkara berkenaan.

Sediakan laporan tersebut.

Jawapan.

Korang kena buat rangka dulu cari point.

Rangka Karangan.

[Read more…] about Karangan-Laporan Wabak Penyakit Berbahaya

Share this on WhatsApp

Teks Khutbah Aidilfitri 2021 pdf file format

Zik · May 12, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

khutbah sembahyang raya 2020

Khutbah Hari raya aidilfitri untuk edisi 2021, kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara kita malaysia bermula 12 mei 2021. Untuk itu kita ada sediakan teks khutbah dari pelbagai negeri yang dapat kita cari lah khas untuk mereka yang nak berkhutbah di rumah masing-masing.

Memandangkan kes semakin meningkat hari demi hari kita pun ada bimbang juga. Harapnya dengan pengumuman pkp, raya tak cancel lah. Yang tak boleh cuma rentas daerah, negeri, takda aktiviti ziarah menziarahi, kubur pun tak boleh nak ziarah. Mana yang ada jela di rumah kita tuh. Jangan marah jangan kita fikir sangat. Betul kita rindu dengan keluarga kita dan rakan sahabat handai kita dah lama tak jumpa.  Tapi keselamatan itu lebih penting.

panduan khutbah

TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP (TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)
Khutbah Pertama
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH
Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara.

[Read more…] about Teks Khutbah Aidilfitri 2021 pdf file format

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 466
  • Page 467
  • Page 468
  • Page 469
  • Page 470
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.