• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Bantuan tambahan BPR RM 500, dibawah Pemerkasa Jun ini 2021

Bantuan tambahan BPR RM 500, dibawah Pemerkasa Jun ini 2021

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

BPR RM500 pemerkasa,

Oleh kerana bantuan Prihatin Rakyat bagi fasa kedua sudah dapat. Bulan depan pula akan dapat BPR tambahan Rm 500 bagi mereka yang layak sahaja.  Namun, BPR fasa kedua, ramai juga yang tak lulus, ada yang lulus tetapi tak dapat lagi. Korang tengoklah apa sebab tak lulus tuh.

Jumlah bantuan sebanyak 1.2 Billion ringgit malaysia. 

Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.

PENERIMA YANG LAYAK AKAN DAPAT PADA JUN INI 2021. 

Mahiddin berkata, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima. Satu jumlah yang besar, dan kita faham sebagai rakyat malaysia tahu dan sedia maklum kesan covid ini belum dapat diatasi lagi. Sebagai kerajaan peka dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk kurangkan kadar jangkitan, dengan mendapatkan bekalan vaksin yang agak terhad sekarang ini. Pada pendapat aku pandemik ini mungkin akan berakhir paling lambat dalam 10 tahun. Itu jangkaan aku lah, kalau takda penawar dan juga tiada pencegahan yang serius dapat kita lakukan. KKM pun dah bertungkus lumus buat yang terbaik untuk rakyat.

Beliau berkata, kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun dan tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Katanya, pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi individu berstatus bankrap, Perdana Menteri berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

“Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

“Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami potongan ansuran bulanan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga bersetuju memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir 31 Mac ini sehingga 30 Jun depan.

“Jenis kontrak yang terbabit akan turut diluaskan bagi membantu rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontrak mereka,” katanya.

 

Secara ringkasnya Syarat Kelayakan BPR tambahan RM 500.00 Jun ini 2021.

  • Mereka yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur dari  21 tahun hingga 60 tahun
  • Tak perlu isi borang bagai, korang tunggu jerla. Kalau tiba-tiba ada isi borang, kena masuk duit, confirm tuh scam, kena hati-hati ok.
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO
  • Dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

Sebarang pertanyaan. 

i) Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; login dan tengok status permohonan atau
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747
Share this on WhatsApp

Pengumuman bila dapat bpr tambahan rm599, bpr, bpr tambahan, semakan bpr tambahan rm 500 jun ini 2021

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss