Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Nadi Eriksen terhenti, Doktor- Denmark vs Finland euro 2020

Nadi Eriksen terhenti, Doktor- Denmark vs Finland euro 2020

Zik · Jun 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

nadi erikson

Cemas game awal pagi (waktu malaysia) Apabila doktor pasukan Denmark menyifatkan ia pengalaman yang mengerikan selepas mendapati nadi Christian Eriksen terhenti ketika pasukan perubatan bertungkus-lumus bagi menyelamatkannya di hadapan pemain dan penonton yang berada dalam keadaan trauma.

Pemain inter milan rebah. 

Pasukan perubatan terpaksa memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada pemain tengah Inter Milan itu selepas dia rebah ketika aksi Denmark menentang Finland dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Eriksen kini dilaporkan sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital di Copenhagen.

“Kami dipanggil ke dalam padang apabila Christian rebah, ketika itu sangat jelas yang dia tidak sedarkan diri,” kata doktor, Martin Boesen ketika sidang media.

“Apabila saya tiba dia bernafas dan saya dapat berasakan nadinya, tetapi secara tiba-tiba ia berubah dan seperti yang semua nampak kami mula memberikannya CPR.

“Bantuan diberikan sangat pantas daripada pasukan perubatan, kakitangan pasukan dan kerjasama semua pihak dengan kami melakukan apa yang perlu dilakukan. Akhirnya, kami berjaya mendapatkan Christian kembali.”

Sementara itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand memuji barisan pemainnya apabila mereka bersetuju kembali ke padang dan menamatkan perlawanan biarpun selepas melalui pengalaman yang mengerikan.

eriskson dibawa ke hospital rawatan susulan

Erikson dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Denmark bagaimanapun tewas 0-1 dalam aksi pertama Kumpulan B itu.

“Semua orang bersetuju untuk bermain dan apa yang kami cuba lakukan sangat menakjubkan.

“Mereka pada mulanya membuat keputusan untuk tidak melakukan apa-apa sehingga Christian kembali sedarkan diri.

“Jadi, kami mempunyai dua pilihan, sama ada menamatkan perlawanan malam ini atau bermain pada tengah hari esok. Semua orang bersetuju untuk bermain hari ini,” katanya yang penuh emosi. – AFP

CREDIT TO bharian.com.my
Share this on WhatsApp

Sukan erikson rebah ketika menentang finland euro 2020, video gol erikson pemain denmark rebah tiba-tiba

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.