• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Live streaming perutusan khas Perdana Menteri , 16.3.2020

Live streaming perutusan khas Perdana Menteri , 16.3.2020

Zik · Mar 16, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Covid 19,

Kerajaan Putuskan Untuk Laksana perintah kawalan pergerakan. Mulai 18 mac hingga ke 31 mac 2020 diseluruh negara. Jangan panik, tenang. Insyallah kalau kita tenang, kita dapat atasi penularan wabak ini dapat diatasi dengan baik.

Penutupan semua taska, sekolah , pusta tahfiz, IPT. serta institiut latihan kemahiran. Banyak tempat badan kerajaan ditutup kecuali, pos, perbankan, perkhidmatan. Penutupan premis juga.

Bekalan semua cukup.

Seperti yang diperkatakan oleh PM kita, semua bekalan adalah cukup jika kita tidak membuat pembelian panik yang berlaku beberapa hari yang lepas.

Secara ringkasnya :

1) Larangan perhimpunan awam dan aktiviti ibadat, budaya

2) Rakyat Malaysia dilarang keluar negara

3) Sekatan pelancong & pelawat

4) Tutup semua taska, semua jenis sekolah

5) Penutupan semua IPT

6) Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali Polis, TNB, Syarikat Air, Kesihatan, Suruhanjaya Tenaga

Perdana Menteri Malaysia

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac depan bagi menangani Covid-19.

“Perintah kawalan pergerakan ini adalah bertujuan untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya dan aktiviti harian dapat diteruskan semula seperti biasa.

“Sepanjang tempoh ini, jentera dan perkhidmatan kerajaan akan terus berfungsi seperti biasa,” kata MKN pada suatu kenyataan malam ini.

Perintah mengawal pergerakan ini, kata MKN diambil kerajaan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) dan “tertakhluk kepada perkembangan semasa bagi semua warga negara dan bukan warga negara yang berada di Malaysia.”

Perintah kawalan pergerakan itu adalah seperti berikut:

1. Melaksanakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai dalam semua keadaan dan tempat di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

2. Melaksanakan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negarea dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan dikuarantin di rumah selama 14 hari.

3. Melaksanakan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Melanjutkan tempoh cuti persekolahan ke atas semua sekolah di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.

5. Menangguhkan sesi pengajian di semua institusi pendidikan tinggi (awam dan swasta) di seluruh negara. Walau bagaimanapun IPT boleh melaksanakan sesi pengajian secara atas talian.

6. Menggalakkan kerja dari rumah bagi semua pejabat kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti kesihatan, farmasi, keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi), pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.

8. Premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan pusat-pusat hiburan ditutup dan melaksanakan proses sanitasi dalam tempoh tersebut.

9. Kemudahan pengangkutan awam termasuk hab pengangkutan akan terus beroperasi. Semua operator digesa melaksanakan proses sanitasi di fasiliti dan kenderaan masing-masing.

Perintah kawalan pergerakan ini diputuskan susulan mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malam ini.

Kerajaan juga, kata MKN akan terus memperkukuhkan langkah kawalan yang telah dilaksanakan.

“Meneruskan kempen kesedaran kebersihan bagi mencegah penularan Covid-19 di semua platform media.

“Mewartakan Institut Latihan Awam (ILA) yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin di bawah Akta 342 untuk digunakan apabila terdapat keperluan,” kata MKN lagi.

Selain itu, MKN mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan “berita palsu dan melanggar perintah kawalan pergerakan di bawah akta-akta berkaitan.”

MKN memutuskan perintah kawalan pergerakan tersebut susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di Malaysia. Kementerian Kesihatan merekodkan 553 kes hari ini.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban Covid-19 yang telah meragut 6,650 nyawa di seluruh dunia.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman 16.3.2020, Live streaming perutusan khas Perdana Menteri, perutusan pm covid19

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik – Zikri Husaini says:
    March 17, 2020 at 2:41 am

    […] BACA: Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming Kuala Lumpur United vs Selangor (piala prihatin menteri wilayah) 27.2.2021
  • Harga RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal mulai 27 hingga 3 mac 2021
  • Cara semak status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat fasa1 2021
  • Semua Cawangan KWSP Ditutup Awal Esok Untuk Penyelenggaraan – Termasuk Aplikasi Mudah-Alih
  • Cara nak claim(tebus) bantuan E wallet RM 100

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Faizal Yusuf bekas suami Siti Nurdiana meninggal dunia kerana sakit jantung

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Assalamualaikum. Aku terima berita ini dari f…

Ekonomi Pengumuman

Sah, harga minyak ron 95 turun 35sen rm1.91 seliter januari 2015!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berita baik menurut entri yang lepas, belum c…

Pengumuman Personal

Jalan Raja Laut 1 ditukar Kepada Jalan Palestin- Apa cita?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Nama Jalan Raja Laut 1 Kuala Lumpur Secara Ra…

%d bloggers like this: