Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Waktu operasi mesin ATM kembali seperti biasa esok- 1 jun 2020

Waktu operasi mesin ATM kembali seperti biasa esok- 1 jun 2020

Zik · May 31, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

atm

Syukur alhamdulilah. Kalau tak aku terpaksa kejar masa sebelum ini waktu pkp yang lepas.

Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali seperti biasa mulai esok bagi memudahkan orang ramai membuat urusan perbankan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

SOP diteruskan.  

“Bagaimanapun orang ramai mesti mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Waktu operasi mesin ATM sebelum ini dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) disusuli PKP bersyarat oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Pada 19 April lalu, kerajaan mengumumkan waktu operasi ATM hanya akan bermula 8 pagi sehingga 8 malam berbanding 24 jam sebelum ini bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh PKP.

Langkah itu susulan laporan Polis Diraja Malaysia bahawa ramai orang memberi alasan ingin mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata aplikasi MySejahtera akan memperkenal fungsi baru iaitu MySejahtera Check-In bagi pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur ke premis-premis perniagaan termasuk kilang, tapak pembinaan dan pejabat.

Katanya MySejahtera Check-In boleh digunakan bermula 2 Jun di tiga premis Aeon.

“Ini juga berfungsi membantu kerajaan dalam pengurusan dan pengawalan jangkitan wabak Covid-19 sewaktu pengoperasian semula ekonomi negara,” katanya.

Ismail Sabri berkata aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan bagi membantu pengawasan penularan Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri, kini mempunyai 770,216 pendaftaran dan 929,276 penilaian kesihatan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi itu di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (Gamma) melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

– Bernama 

Share this on WhatsApp

Pengumuman atm kembali operasi macam biasa, waktu operasi atm seperti biasa, Waktu operasi mesin ATM kembali seperti biasa esok- 1 jun 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.