Sebelum kita ke peringkat yang lebih penting kelayakan piala dunia. Hari sabtu ini kita ada perlawanan penting dalam dalam kejohanan piala malaysia 2019. Final pentas diantara pasukan JDT VS KEDAH 2019. Perlawanan yang ditunggu-tunggu yang akan menjadi sebutan pasukan manakah yang akan digelar raja piala malaysia. HANYA dengan menjulang Piala Malaysia bakal melengkapkan karier seorang pemain bola sepak tempatan, malah boleh dikatakan ia memberi kenangan abadi yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
Apa kata legend??
Perkara itu diakui bekas pemain Kuala Lumpur, Subadron Aziz yang mencatat sejarah apabila menjulang trofi piala tertua di Asia Tenggara itu sebanyak tiga kali dari tahun 1987 hingga 1989 bersama skuad ibu kota.
Beliau berkata, Piala Malaysia mempunyai nilai sentimental dan paling bernilai dalam kariernya sebagai pemain bola sepak satu ketika dahulu.
“Menang Piala Malaysia dalam masa tiga tahun berturut-turut kita rasa satu benda luar biasa, rasa macam Malaysia ni kita yang punya.
“Karier dalam bola sepak tak lengkap kalau tak pernah pegang Piala Malaysia, ada pemain yang tak pernah dapat Piala Malaysia dan bukan senang nak pegang Piala Malaysia, malah kalau tak menang piala ni tak menjadi satu kenangan atau pun sejarah,” katanya di sini.
Mengimbau kenangan lalu, beliau menyatakan bukan mudah untuk menjulang trofi Piala Malaysia itu, malah sanggup bermati-matian bagaikan seorang pahlawan bermain di dalam padang.
Pernah merasai kekalahan pada tahun 1985 dan 1986, beliau tidak rela menerima nasib sama pada tahun berikutnya apabila menanam tekad membantu pasukan menjulang trofi Piala Malaysia.
“Tahun 1985 kalah, tahun 1986 kita menang juarai liga, tapi kalah dengan Pahang pada peringkat separuh akhir saya rasa sangat sedih bila kalah, jadi saya bertekad tak nak kalah lagi.
“Waktu itu, saya rasa saya dah senior, saya anggap ini pasukan saya, saya akan bawa segala-galanya apa yang saya ada untuk menang, malah jika dalam bola sepak bagi saya mati pun saya sangup,” jelasnya.
BAca juga : Beli tiket online final piala malaysia 2019
Apa perancangan pasukan Kedah kali ini ??
KEGAGALAN Kedah yang tidak mampu menyerap tekanan yang dilakukan JDT lebih awal dilihat antara faktor kekalahan pasukan tersebut pada final Piala Malaysia 2017 menyaksikan mereka tumpas 2-0.
Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau telah meneliti rekod perlawanan tersebut dan ulangan final Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini perlu dilakukan sebaik mungkin selain mengelakkan kesilapan selepas mereka kehilangan dua tonggak di bahagian pertahanan iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali.
Jelasnya apabila berdepan pasukan pilihan yang kuat seperti Harimau Selatan, semua pemain perlu memberikan segala-galanya malah perlawanan ini juga adalah penutup tirai bagi Liga Malaysia 2019.
“Pada final Piala Malaysia 2017, saya lihat Kedah tewas disebabkan gagal ‘settle down’ awal pada perlawanan tersebut. Ini final, perlu memberikan aksi terbaik kerana ini adalah perlawanan terakhir pada musim 2019,” katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman petang tadi.
Tambah Aidil, beliau sudah mempunyai bayangan pemain-pemain yang akan mengisi kekosongan Renan, Rizal serta kesebelasan utama namun masih lagi sedang diperhalusi sepanjang tempoh baki persediaan yang ada sebelum mereka berlepas ke Bukit Jalil.
“Menang ataupun tewas pada perlawanan akhir ini, saya tetap perlu beri kredit kepada semua pemain dan pengurusan atas pencapaian berjaya mara ke pentas final buat kali kedua musim ini. Pada saya kita perlu terus bertenang dan fokus pada perlawanan ini,” katanya.
Sementara itu seorang lagi pemain pertahanan Lang Merah, Shakir Hamzah menyifatkan pentas dan aura Piala Malaysia adalah lebih besar dari Piala FA dan tonggak itu bersedia untuk memberikan segala-galanya.
Menurutnya, fokus pasukan langsung tidak tergugat walau kehilangan Renan dan Rizal kerana masih ada pemain Kedah yang lain mampu mengisi kekosongan tersebut dan memberikan aksi terbaik bagi menyaingi JDT.
“Paling penting kita perlu bersatu hati, bekerjasama dan nawaitu perlu sama. Bagi saya memang JDT lengkap di semua posisi namun bola itu bulat dan di atas padang apa-apa boleh saja terjadi,” katanya.
Shakir Hamzah.
“SAYA akan berusaha kunci kaki kiri dia. Itu kata tonggak pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof yang bertekad mengikat pergerakan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Jelasnya, tendangan kaki kidal Safawi amat berbisa yang boleh meranapkan impian skuad Helang Merah untuk menjulang trofi kedua musim ini selepas Piala FA, Julai lalu.
Katanya, pengalaman dua kali berdepan pemain itu dalam saingan Liga Super musim ini akan dijadikan modal bagi menghalang tonggak kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Kunci kaki Safawi Rashid.
“Dah dua kali saya jumpa dia dan seperti semua orang tahu, dia antara pemain yang bagus di Malaysia. Walaupun dua kali jumpa tapi bagi saya pentas final berbeza dan saya perlu mengkaji lagi permainan Safawi.
“Tapi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya kena tutup kaki kiri dia dan tutup daripada dia melakukan larian celah pemain.
“Memang larian celah pemain dan rembatan ke arah gol amat bahaya, jadi saya kena tutup kaki kiri dan jangan sesekali bagi dia buat rembatan ke arah gawang Kedah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.
Azmeer, 29, yang beraksi cemerlang ketika aksi separuh akhir kedua menentang Pahang di Stadium Darul Makmur berjaya memainkan peranannya dengan sentiasa membayangi pergerakan Mohamadou Sumareh di sebelah kanan.
Sudah pasti aksi sama ditagih pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ke atas bahu Azmeer untuk merantai pergerakan Safawi yang ketika ini berada pada prestasi terbaik khususnya selepas meledak hatrik mengetepikan Selangor di separuh akhir.
Mengenai perlawanan akhir itu, Azmeer akui ia adalah pentas keduanya selepas turut membantu Kedah ke final Piala Malaysia pada 2016 lalu.
“Ini kali kedua saya datang (hijrah) ke Kedah dan ini juga kali kedua saya ke pentas final Piala Malaysia. Jadi dengan jurulatih dan ramai pemain baharu saya lihat ini final berbeza berbanding 2016 lalu.
“Sebab dulu 2016 ramai pemain lama dalam pasukan Kedah dan kali ini pasukan berwajah baharu serta ini juga final kedua kami untuk musim ini,” katanya yang sekadar memanaskan bangku simpanan ketika final Piala FA.
Lang Merah Tekad Kejutkan JDT.
Kedah lebih selesa tampil selaku pasukan underdog apabila membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Bukit Jalil Sabtu ini, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.
Begitupun, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, skuad Lang Merah tetap akan memberikan saingan dan berazam mengejutkan Harimau Selatan.
“Atas kertas ramai yang memilih JDT, sebab itu Kedah hadir selaku pasukan bukan pilihan. Namun, saya percaya dengan kemampuan semua pemain-pemain Kedah untuk sekali lagi mempamerkan aksi terbaik selepas usaha keras mereka yang menafikan kemaraan satu lagi pasukan pilihan, Pahang pada peringkat separuh akhir.
“Semua pemain Kedah beraksi sebagai satu pasukan, satu keluarga dan rata-rata pemain yang saya jumpa menyatakan hasrat mahu kembali membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Darul Aman, saya mempunyai keyakinan kepada mereka,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
Menurut Mohd Asmirul, kehilangan dua tonggak pertahanan iaitu Renan Alves dan Rizal Ghazali akibat digantung perlawanan pada aksi final nanti langsung tidak menggusarkan KFA.
“Memang Renan dan Rizal tonggak penting Kedah pada setiap perlawanan tetapi kita tidak boleh menyerah awal kerana masih ada pemain lain yang sedia isi kekosongan itu.
“Situasi sama berlaku pada final Piala FA sewaktu menentang Perak apabila kita kehilangan Renan. Namun, barisan kejurulatihan berjaya mengisi kekosongan itu dengan meletakkan Amirul Hisham (Awang Kechik) di posisi itu, ia berjaya dan Kedah muncul juara,” ujarnya.
Mohd Asmirul berkata, beliau percaya dengan kemampuan Aidil Sharin Sahak untuk mengemudi Lang Merah di pentas akhir buat kali kedua musim ini dan semua penyokong perlu terus berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada pengendali kelahiran Selangor itu.
Dalam perkembangan lain, pihaknya percaya agihan tiket lebih 26,000 kepada penyokong Kedah mampu memenuhi permintaan, sekali gus memberi tonik tambahan kepada Lang Merah apabila berdepan JDT nanti.
credit to sinarharian.com.my
Apa perancangan JDT KALI INI??
Main macam biasa je kali ini , pemilik JDT, TMJ pun sudah bagi pendapat mungkin peluang pun masih 50-50 sebab masing-masing mahu lakukan yang terbaik dan fokus utama ialah Piala ACL, Liga juara-juara asia.
Tunku Ismail menyatakan bahawa sangat sedikit pemisahan kedua-dua pasukan dan apa saja yang mungkin dalam perlawanan intensiti tinggi, terutama di final.
“Ia perlawanan akhir 50-50. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Saya berharap kedua-dua pasukan terbaik, “kata Tunku Ismail ketika ditemui pemberita semasa lawatannya ke ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, di sini hari ini.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di final pertandingan berprestij itu adalah pada 2017 yang menyaksikan JDT mengalahkan Kedah 2-0 dan menamatkan kemarau Piala Malaysia 32 tahun sejak dari dulu lagi tuh ha.
JDT yang merupakan juara Piala Sumbangsih empat kali dan juara Liga Super enam kali berturut-turut, akan melihat kejuaraan Piala Malaysia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun selepas mencapai kemenangan akhir dengan mengalahkan Selangor 5-1 secara agregat di separuh akhir.
Kedah, yang telah memenangi juara Piala FA musim ini, melalui jalan yang sukar sebelum menewaskan Pahang 8-8 dalam agregat untuk memasuki final.
Sementara itu, Tunku Ismail tidak menolak kemungkinan JDT akan muncul sebagai juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) dalam masa terdekat tetapi menyatakan bahawa perjalanan skuad Harimau Selatan masih jauh.
Walau bagaimanapun, beliau berkata peluang untuk bersaing dalam kejohanan pada masa ini memberikan pendedahan yang berguna kepada pemainnya.
“Projek kami (JDT) berusia beberapa tahun berbanding dengan gergasi Asia lain yang telah lama bermain dalam persaingan yang berprestij ini … tetapi kami mempunyai program pembangunan, memenangi ACL mungkin tidak mungkin sekarang tetapi dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku.
“Saya tidak menumpukan perhatian kepada perkara itu. Saya lebih suka memilih JDT bermain di ACL kerana pendedahan berguna pada kejohanan berkualiti untuk pemain JDT tempatan, “katanya. – Bernama
Penyokong berhempas pulas dapatkan tiket FINAL PIALA MALAYSIA 2019
JDT
Pengagihan jumlah tiket itu termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan selepas diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Piala Malaysia 2019 di Ibu Pejabat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Anizam Jamian juga sebelum ini mengesahkan pengagihan jualan tiket sebanyak 26,610 keping kepada 10 daerah di negeri Johor.
Sebahagian tiket itu dijual di kaunter Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pagi ini. Suri rumah, Rohana Abdul Rahman, 39, bersyukur tindakannya berkampung selama 24 jam di stadium berkenaan berbaloi kerana dapat membeli tiket final.
“Syukur, selepas seharian di sini sejak 10 pagi semalam, akhirnya saya dapat membeli dua tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir,” katanya yang tinggal di Taman Selesa Jaya, Skudai. Katanya, paling terharu, pihak pengurusan membuka kaunter khas bagi wanita.
“Jadi ada peluang kepada ibu-ibu untuk membeli tiket tanpa perlu bersesak dengan lelaki,” katanya. Menurutnya, dia bercadang berkonvoi bersama keluarga dan rakan pada pagi Sabtu ini dan dia meramalkan JDT menang 2-0.
Penyokong, Norita Suhud, 47, pula bersyukur menjadi sepuluh wanita terawal mendapatkan tiket perlawanan akhir pagi ini. Bayangkan 24 jam saya di sini dan jam 9 pagi ini barulah saya dapat membeli tiket ini,” katanya yang berasal dari Taman Sri Austin di sini.
Dia turut memuji pengurusan stadium menyediakan kaunter khas wanita sekaligus memudahkan golongan itu mendapatkan tiket.
Pemandu e-hailing itu meramalkan kemenangan JDT dengan 3-1.
Pelajar SMK Datuk Abdul Rahman Yassin, Mohd Azman Azrul, 16, berkata, dia dan keluarga berkhemah di stadium itu sejak 10 pagi semalam. “Hasilnya berbaloi, selepas 24 jam menunggu, saya dapat membeli dua tiket perlawanan akhir JDT,” katanya yang meramal kemenangan JDT 2-0.
KEDAH
HAMPIR 5,000 penyokong Kedah membanjiri Stadium Darulaman pagi ini bagi mendapatkan tiket aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang memulakan penjualan tiket tepat pukul 10.30 pagi membuka lima kaunter bagi mengelak kesesakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin berkata, urusan penjualan tiket membabitkan lima kaunter berjalan lancar dan tersusun.
“Kami dapati pembeli sudah mula berkumpul di kaunter tiket ditetapkan sejak awal pagi tadi dan melalui laporan semasa semua urusan di kaunter tiket terkawal dan lancar tanpa sebarang kejadian tak diingini.”
“Kami juga ada menyediakan unit keselamatan KFA yang bersedia memantau keadaan semasa serta pemantauan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sekitar Stadium Darulaman.”
Jusrianuar turut berpuas hati dengan kecekapan sistem urusan kaunter yang kini lebih kemas dan teratur seperti dilaksanakan KFA semasa penjualan tiket final Piala FA pada Julai lalu.”
“Penyokong nampak berterusan datang, tidak kelam kabut dan selesa untuk membeli tiket. Jika ada lebihan tiket, kami akan lanjutkan waktu jualan hingga pukul 4.30 petang ini dan jika masih ada lebihan jualan tiket hari ini, mungkin kami cadangkan untuk membawanya ke Stadium Shah Alam pada Jumaat.
“Bagaimanapun, kami akan maklumkan perkembangan penjualan tiket melalui laman media KFA dan saya berharap penyokong mendapat maklumat tepat berkaitan tiket ini dari masa ke semasa.”
Suasana penyokong kedah di perkarangan stadium darul aman mendapatkan tiket final piala malaysia jdt vs kedah 2019.
Statistik perlawanan JDT VS KEDAH setakat ini.
26.05.19 | SL | Johor DT | Kedah | 2 : 0 |
29.03.19 | SL | Kedah | Johor DT | 1 : 1 |
31.08.18 | MC | Kedah | Johor DT | 3 : 1 |
10.08.18 | MC | Johor DT | Kedah | 5 : 1 |
13.07.18 | SL | Kedah | Johor DT | 1 : 2 |
03.02.18 | SL | Johor DT | Kedah | 2 : 1 |
04.11.17 | MC | Kedah | Johor DT | 0 : 2 |
28.10.17 | SL | Kedah | Johor DT | 0 : 0 |
20.01.17 | SL | Johor DT | Kedah | 1 : 1 |
16.07.16 | SL | Johor DT | Kedah | 5 : 0 |
30.04.16 | FAC | Johor DT | Kedah | 3 : 1 |
23.04.16 | SL | Kedah | Johor DT | 1 : 1 |
16.04.16 | FAC | Kedah | Johor DT | 2 : 1 |
18.02.14 | FAC | Kedah | Johor DT | 0 : 2 |
11.02.14 | FAC | Johor DT | Kedah | 3 : 1 |
26.02.13 | FAC | Kedah | Johor DT | 2 : 3 (2 : 2) |
Keputusan terkini perlawanan.
Live youtube.com
Leave a Reply