Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Beli tiket online FINAL PIALA MALAYSIA JDT VS KEDAH 2.11.2019

Beli tiket online FINAL PIALA MALAYSIA JDT VS KEDAH 2.11.2019

Zik · Oct 29, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Bahang pentas akhir piala malaysia 2019 sudah dirasai. Stadium bukit jalil akan menjadi saksi kejuaraan berprestij dalam kejohanan piala keramat tradisi untuk edisi kali ini.  Kalau tahun lepas Pasukan Perak vs Terengganu menjadi finalis piala malaysia. Pasukan ini tersingkir dalam suku akhir untuk tahun ini. Dinafikan oleh pasukan selangor dalam suku akhir bertemu dengan perak. Manakala pasukan terengganu dikecewakan dengan pasukan JDT disuku akhir.

JDT VS KEDAH. 

Inilah pasukan yang akan berentap di pentas akhir. Tiada lagi bantahan atau apa-apa korang boleh pertikaikan lagi ok. Move on untuk akan datang. Ini bukan nak cakap politik lagi ke itu lainlah kan. Kena tunggu tahun depan setiap pasukan kena target apa-apa yang patut dalam kejohanan liga malaysia.

LOKASI PERLAWANAN. 

info final piala malaysia 2019, jdt vs kedah, lokasi final piala malaysia 2019,

JDT vs Kedah
9.00 mlm, 2 November 2019
Stadium Nasional Bukit Jalil

Live : RTM /IFLIX

PECAHAN TIKET MENGIKUT NEGERI FINALIS PIALA MALAYSIA 2019. 

Pecahan tiket final piala malaysia 2019,

credit to malaysian football league (MFL).

Seimbang. JDT dan KEDAH masing-masing dapat 25860 kuota tiket untuk tiket offline ok.

TIKET ONLINE.

Penjualan tiket online untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 akan bermula esok (Rabu, 30 Oktober) jam 3 petang di laman web Ticket Hotline. Ini yang aku ingin tekankan. Beli awal, pergi dekat laman web tuh sebelum jam 3. takut server jammed time tuh nanti. Confirm pukul 3 tuh dah tak boleh access atau bila korang access tup-tup tiket dah habis.

Ketika entri ini ditulis , masih belum apa-apa update mengenai perlawanan ini. Rasanya bila dah on tuh dia baru update ok.  Kena refresh lah banyak-banyak esok.

berkampung di TICKETHOTLINE.COM.MY

 

KUOTA SETIAP BELIAN. 

Terhad kepada 2 keping tiket untuk setiap transaksi.

Tiket offline. Beratur punya…

JOHOR DARUL TAKZIM 

tiket jdt piala malaysia,

Tiket bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Kedah yang akan berlangsung pada 2 November di Stadium Bukit Jalil boleh mula dibeli mulai Khamis, 31 Oktober 2019.

Tiket-tiket tersebut yang berharga RM50.00 sekeping (dewasa) dan RM5.00 sekeping (kanak-kanak) akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bermula jam 9.00 pagi sehingga tiket habis dijual. Bagi memudahkan urusan para penyokong di segenap daerah, tiket berkenaan turut akan diagihkan kepada pejabat daerah masing-masing.

KEDAH. 

tiket kedah piala malaysia 2019

Masa jualan:
31 Oktober 2019 Khamis, Bermula 10:30 pagi

Harga tiket:

RM50 Dewasa
RM5 Kanak-Kanak

================

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN – (KFA)

PENJUALAN TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019

Jualan oleh Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA)

1. KFA telah menerima agihan peruntukan tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 oleh Malaysian Football League (MFL) sebanyak 25,860 keping tiket dewasa berharga RM50 dan 750 keping tiket kanak-kanak berumur bawah 12 tahun berharga RM5.

2. Daripada keseluruhan 26,610 keping tiket, kuota penjualan tiket KFA bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 adalah seperti berikut:

i. Jualan dikaunter,
ii. Peruntukan bas/van,
iii. Peruntukan Penaja-penaja, Ahli Gabungan dan Pasukan-pasukan.

3. Tarikh tempahan tiket bagi bas/van penyokong;

i. Tempoh menghantar permohonan tempahan:

a. Bermula Isnin, 28 Oktober 2019 sehingga selewat-lewatnya 29 Oktober 2019.
b. Waktu urusan jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang.
c. Syarat tempahan bas/van perlu disertakan surat permohonan , permit bas/van yang sah , resit pembayaran sewaan bas/van, lesen pemandu dan salinan mykad pemohon.
d. Permohonan yang diterima/ditolak akan dihubungi oleh KFA bermula 29 Oktober 2019. Bagi permohonan yang diterima, tarikh membuat bayaran pula bermula pada 30 Oktober 2019 sehingga selewat-lewatnya jam 12:30 tengahari.
e. Sila alamatkan surat permohonan kepada :

Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman,
Aras 1, Astaka Utama, Stadium Darul Aman, Jalan Stadium,
05100, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

4. Tarikh penjualan :

i. Hari Jualan: Khamis, 31 Oktober 2019
ii. Masa Jualan: Bermula 10:30 pagi hingga tiket habis dijual
iii. Harga Tiket RM50 dewasa dan RM5 Kanak-Kanak Bawah 12 tahun
iv. Maksimum 3 keping tiket bagi setiap pembelian secara individu.

—-

Jualan oleh Tickethotline (dibawah kelolaan MFL)

1. Pihak KFA tidak menjual tiket secara atas talian (on-line) , namun sebanyak 5,000 keping tiket dewasa (RM50) dan 500 keping tiket kanak-kanak (RM5) akan dijual secara atas talian (on-line) dan dikendalikan oleh Tickethotline (www.tickethotline.com.my) – 2 keping setiap transaksi. Tarikh dan waktu jualan akan dimaklumkan oleh pihak Tickethotline dalam masa terdekat.

Makluman/Saranan/Penambahkaikan

1. Harga tiket yang dijual oleh KFA adalah ditetapkan pada kadar sebenar iaitu RM50 sahaja bagi tiket dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. KFA menegah perbuatan membeli tiket daripada pihak kedua yang mengenakan harga yang lebih tinggi dan pemantauan di sekitar kawasan jualan (Stadium Darulaman) akan dipertingkatkan dengan menempatkan lebih ramai penguatkuasa bagi tujuan membanteras individu-individu yang mengambil kesempatan dengan menjual tiket pada kadar yang lebih tinggi.

2. Mesyuarat juga bersetuju untuk menambah baik proses jualan dengan memaksimumkan jumlah kaunter yang ada dan menyediakan kaunter khas bas/van kepada pemohon/pembeli yang memenuhi syarat pembelian melalui rombongan bas/van dengan mengemukakan dokumen lengkap permohonan.

3. Pihak KFA memohon jasabaik keseluruhan penyokong agar memberi sepenuh kerjasama serta mempamerkan disiplin yang tinggi semasa berurusan demi keselesaan dan keselamatan tuan.

4. Untuk rekod, jualan tiket final shopee piala fa 2019 pada bulan julai yang lepas walaupun mendapat sambutan yang hangat oleh penyokong di awal masih berbaki sekitar 3000 dan usaha utk menjualnya terpaksa dilanjutkan ke venue perlawanan dengan membuka kaunter di stadium shah alam.oleh yg demikian pihak kfa menasihati para penyokong agar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan tiket kali ini demi memastikan proses jualan berjalan dengan lancar.

Harap maklum.

Harap semua jelas dan sedia maklum. Esok apa lagi serang untuk beli tiket final secara online ok. Tunggu.

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan beli tiket final piala malaysia 2019, beli tiket online kedah vs jdt 2.11.2019, beli tiket online piala malaysia 2019, final piala malaysia, info tiket final piala malaysia 2019, info tiket final piala malaysia jdt vs kedah 2019, jdt vs kedah, tiket akhir piala malaysia 2019, tiket final kedah vs jdt piala malaysia 2019, tiket final piala malaysia 2019, tiket online piala malaysia 2019, tiket piala malaysia 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.