Kalau ikut kiraan mata jdt mengutip 1 mata sama dengan Kedah, tetapi jdt gagal mempertahankan piala sumbangsih buat kali ketiga (hatrik). JDT tewas di penentuan penalti 4-5 dengan kedah.
Secara total, permainan jdt untuk separuh masa pertama, bermain dengan baik. Banyak percubaan merbahaya dilakukan oleh jdt dikendalikan oleh Jurulatih baru Mora. JDT didepan hasil gol penalti setelah pemain jdt dijatuhkan dalam kotak penalti. Namun, bengkes tuh tak berapa pun sebenarnya. Mungkin challenge tuh jauh pengadil tak nampak.
Derita JDT bermula.
Apabila S kunanlan membuat bengkesan di luar kotak penalti menyebabkan kad merah dilayangkan. Memang kasar beb. Menyebabkan jdt terpaksa bermain dengan 10 orang diseparuh masa kedua.
Separuh masa kedua, jdt banyak berkampung di bahagian pertahanan. Taktikal masih tak berubah. Itu yang silapnya. Sepatutnya kena tukar pemain, perkuatkan bahagian pertahanan bila dah tengok keadaan pasukan semakin tempang. Memang ada sekali dua serangan, tapi semuanya masih belum dapat menghasilkan gol.
Sepakan penalti.
Kedah julang piala Sumbangsih apabila menang penalti 5-4. Apabila pemain jdt ada seoarang sepakan yang ke4 kalau tak silap berjaya ditepis oleh penjaga gol kedah. Memang steady lah keeper kedah nih. Boleh tahan cekap.
Secar totalnya jdt masih lagi mencari rentak, sejak ketiadaan tunggak utama, lucero dan diaz. Serta sentuhan magis Mario Gomez, jdt belum dapat rentak lagi untuk perlawanan pertama ini. Kita harapkan coach mora cari kelemahan untuk diperbaiki perlawanan yang akan datang.
Itu sahaja dari meja sukan, sekian terima kasih. (ayat pasrah team jdt kalah).
adat permainan bro..ada menang dan ada kalah
jdt sekarang perlu berjimat, ekonomi agak tak baik , nak bayar gaji by usd tuh yang sakit sangat …
Takpe bro. Team berhemah memang tak target piala pon…bukan nak mencari alasan apabila kalah tapi nak “adapt” dgn coach baru dalam masa 2 hari sebelum sepak mula pastinya suatu yang sukar.
Bermain 10 orang dari sejak 2nd half menentang pasukan yang aim treble 2017 pon dah jadi perkara yang tidak kita jangka pon semlm. Takde keretapi laju kunalan kita semlm memang dirasai.
Ramai yang cakap player import kurang berfungsi semlm? Tidak dinafikan akan perkara tue tp baru 1 perlawanan so nak cakap secara total tentang kemampuan mereka pon tak boleh rasanya…
InshaAllah permainan ala-ala Atletico Madrid akan menjelma nanti. π
Game ini sangat membosankan. Bengkesan yang keras dilakukan menyebabkan permainan teberhenti banyak kali dan menggangu mood untuk menonton. Harap boleh diperbaiki lagi cara permainan.