Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Pertemuan adik beradik kembar piala malaysia 2019 JDT VS KEDAH

Pertemuan adik beradik kembar piala malaysia 2019 JDT VS KEDAH

Zik · Oct 31, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
“Tiada istilah adik-abang dalam padang”. Itu mungkin perkara yang akan dilaungkan oleh pasangan kembar, adik beradik Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak, menjelang final Piala Malaysia 2019, Sabtu ini.
Bak kata Jai KL Gengster.
Abang tak abang, sapa langgar, pecah!!
Aidil Zakuan dan Zaquan Adha.
aidil zaquan , zaquan adha
Kedua-dua pemain itu akan bertembung sesama sendiri selepas membawa pasukan masing-masing layak ke perlawanan akhir kejohanan berprestij itu, yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.

Menariknya, ia kali pertama dalam tempoh 13 tahun mereka akan menjadi seteru di pentas final, sekali gus bakal menjadikan final Piala Malaysia edisi ini cukup istimewa berbanding perlawanan-perlawanan akhir terdahulu.

Pernah berjumpa dalam liga super 2017. JDT vs Perak

Sebelum ini, mereka pernah berentap sebagai musuh di atas padang tetapi membabitkan perlawanan biasa antaranya aksi Liga Super pada 2017. Ketika itu, Zaquan, yang mewakili pasukan Perak, menentang pasukan abang kembarnya, Aidil, iaitu JDT, di Stadium Perak, Ipoh.

Kini, Zaquan antara watak penting yang menjana jentera serangan Kedah untuk menyingkirkan Pahang dalam separuh akhir tatkala Aidil menjadi pilihan utama mengemudi barisan pertahanan skuad Harimau Selatan itu dalam aksi final nanti.

 

Saya percaya, kedua-dua pemain itu mempunyai sikap profesional untuk memberikan persembahan terbaik masing-masing tanpa mengira sentimen pertalian darah selaku antara pasangan kembar bola sepak yang kekal beraksi sehingga kini.

Walaupun ada yang mengatakan anak kembar berkongsi rasa dan berkawan baik sejak dari perut ibu mereka ibarat ‘cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit’, saya optimis mereka sedia bermusuh di atas padang dalam merealisasikan misi pasukan masing-masing.

Justeru, pertemuan JDT selaku juara Liga Super 2019 dan Kedah selaku juara Piala FA akan menjadi satu perlawanan paling menarik buat kedua-dua pemain itu dalam tempoh 13 tahun mereka beregelar pemain bola sepak dan akan menjadi kenangan manis untuk perjalanan karier masing-masing.

copy paste stadiumastro.com
Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan aidl zaquan vs zaquan adha, jdt vs kedah, pertemuan adik beradik kembar piala malaysia 2019, pertemuan adik beradik piala malaysia 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.