
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.
KEMUNCAK FENOMENA HUJAN METEOR PERSEIDS MALAM INI
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.
Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam. Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.
Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.
* ????? ????????? ??????? ???????? ?????? ?????? ???? ??? ??? ???? ???????? ??????? ????????? ????????? ????????.
* ????? ?????-?????? ??????? ???? ???????? ???? ????? 1862 ???? ????? ????? ??? ?????? ??????.
* ??????? ????? ????? ?????? ?????. ?? ???????? ?? ?????? ????? ?????? ?????? ????? ??????????. ??????, ??????? ???? ?????? ?????? ?? ???????, ?????? ????? ????? ???????? ????????.
Sumber: Agensi Angkasa Malaysia – MYSA
.
SIARAN LANGSUNG CERAPAN JURAIAN METEOR PERSEIDS 2021 8.00 malam 12hb Ogos 2021 yang bakal dirasmikan oleh Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Seterusnya aktiviti yang menarik seperti:
1. Laporan Cerapan Meteor Perseids 2021
2. Pertandingan Astrofotografi Landskap Meteor Perseids 2021
3. Pertandingan Fotografi Swafoto Meteor Perseids 2021
4. Kuiz semasa siaran langsung Hadiah-hadiah menarik menanti anda!
SUMBER LAIN :
Leave a Reply