• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Khasiat buah pala dalam kesihatan

Khasiat buah pala dalam kesihatan

Zik · Nov 9, 2010 · 43 Comments

Share this on WhatsApp

https://i0.wp.com/3.bp.blogspot.com/_5hd7oe3kKow/Skw2lEE8bII/AAAAAAAABgY/FeIzrKTzq4Y/s400/buah+pala.jpg

Sumber gambar dari sini.

Salam sejahtera.

Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian. Ya, kita tahu, buah pala ada juga dibuat jeruk, dan juga sebagai pemanis mulut dikala menonton televisyen ataupun diwaktu lapang. Ia juga merupakan  buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.

Nama betul buah pala.

Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans

Melegakan Kembung Perut,

Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut  ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.

Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbus  separuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.

Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kebaikan yang lain-lain.

  • Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.
  • Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.
  • Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.
  • Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.
  • Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.
  • Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.

Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak, (cukuplah memadai secukup rasa)  kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber disini.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan ada apa dengan buah pala, buah pala, kandungan dalam buah pala, kebaikan buah pala, khasiat buah pala, nama sientifik buah pala

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. hyprobulksms says

    November 9, 2010 at 4:19 am

    Buah pala sebenarnya dapat nama dari kepala. Pala tu singkatan dari perkataan kepala. Namanya diambil kerana khasiatnya yang sering menyembuhkan sakit kepala. :w00t:

    Reply
    • dnobiz says

      November 9, 2010 at 12:13 pm

      hahaha..
      macam macam la kau ni bro

      Reply
      • hyprobulksms says

        November 10, 2010 at 1:30 am

        Haha tu la pasal.. memang belum disahgkan lagi kesahihannya.

        Reply
    • tehr says

      November 10, 2010 at 12:20 am

      ada logiknya tu, aku sokong

      Reply
  2. mie says

    November 9, 2010 at 5:15 am

    xtau plak khasiat buah pala ni..
    nama “ubat salap” pun baru gue dengar..
    heheee

    Reply
  3. madlut says

    November 9, 2010 at 8:05 am

    merangsang nafsu syahwat? haha…kalau orang tau nie, banyak la syarikat yang akan ekstrak dan dicampurkan kedalam kopi…hehe

    Reply
    • Rahsia Buah Pinggang Sihat says

      November 9, 2010 at 6:38 pm

      Hahaha,betul tu.Tambah lagi satu jenama kopi untuk tenaga batin.

      Reply
  4. suffer8zine says

    November 9, 2010 at 9:52 am

    hehe aku biase amkan ni time raya πŸ˜›

    Terkini : Mati Dipijak Gajah

    Reply
  5. donny says

    November 9, 2010 at 10:20 am

    lama x makan buah pala..mm sedap. dan memang berkhasihat..

    Reply
  6. khairolghani says

    November 9, 2010 at 10:30 am

    teringat time pergi penang hari tu,semua orang pun nak kirim buah pala..

    Reply
  7. suri says

    November 9, 2010 at 11:04 am

    tak berapa minat sgt hee..kekadang makan pahit huhu..klu manis makn lagi..pahit buang terus huuu..

    sungguh byk manfaatnya.. :cheerful:

    Reply
  8. intankuterpilih says

    November 9, 2010 at 11:18 am

    uiii..tengok gambar atas tru je dah buatkan aku kecor…sedap buah pala nie..aku suka..

    Reply
  9. syahrilhafiz says

    November 9, 2010 at 11:30 am

    huhu pernah buat jeruk buah pala ni..memang sodap.. :biggrin:

    Reply
  10. zezebel says

    November 9, 2010 at 11:34 am

    Kalau makan buah pala jeruk tu ada khasiat juga ke?

    Reply
  11. dnobiz says

    November 9, 2010 at 12:15 pm

    jeruk pala tu dapat menghilangkan buah pinggang πŸ˜€

    Reply
  12. Kamal Mustafa says

    November 9, 2010 at 12:43 pm

    Den tak berapa gemar buah palo ,tapi kalau salap palo tue ok.Selalu poning2 sapu kek kepalo

    Reply
  13. Mohd Hafiz says

    November 9, 2010 at 2:45 pm

    buah apa ni?? x pernah lihat pun….

    Reply
  14. Amirez says

    November 9, 2010 at 4:24 pm

    banyak khasiat rupanya buah pala ni.
    dulu selalu makan tapi tak gemar sangat.
    sekarang ni kena gemarkan la nampaknya hehe

    Reply
  15. zulkbo says

    November 9, 2010 at 5:12 pm

    salam..
    rasanya zaman dulu..buah pala
    ini sebahagian daripada yang
    di kategorikan sebagai rempah
    dan diperdagangkan di sini..

    Reply
  16. akubiomed says

    November 9, 2010 at 7:02 pm

    Suka makan jeruk buah pala tapi tak suka minyak angin buah pala kerana pijau

    Reply
    • suri says

      November 10, 2010 at 5:10 pm

      minyak angin? yang balm tiger tu ke :ninja:

      Reply
  17. mankuchai says

    November 9, 2010 at 7:19 pm

    selalu juga makan buah palabila abg ipar turun Penang..sekali beli sekilo bagi kat sedara mara πŸ™‚

    Reply
  18. sazuwi says

    November 9, 2010 at 9:44 pm

    jeruk pala pernah makan..buah pala real punyer tak pernah lagi..=)

    Reply
  19. Norizwan says

    November 9, 2010 at 10:53 pm

    owh…camtu rupanya….kalau tau khasiatnya dah lama aku mkn byk. huhuhu…:)

    Reply
    • suri says

      November 10, 2010 at 5:09 pm

      pasni blh borong kat pasar kat tepi jln hee :face:

      Reply
  20. tehr says

    November 10, 2010 at 12:22 am

    komen paling best!
    kalau makan banyak, dapat pahala lagi banyak πŸ™‚

    Reply
  21. tehr says

    November 10, 2010 at 12:24 am

    tak suka jeruk buah pala w/pun kawan2 selalu bawa pulang dari p.pinang

    Reply
  22. Ladfe Amir says

    November 10, 2010 at 12:55 am

    aku tak minat makan buah pala ni..jeruknya lagilah aku tak suka

    Reply
  23. ardzham says

    November 10, 2010 at 1:17 am

    Saya suka makan jeruk buah pala sebab sedap, apatah lagi kalau dapat free bila sepupu yang dok kat penang balik kampung. Selama ni tak kisah pun tentang khasiat ke apa, main kunyah telan jer… :tongue:

    Reply
  24. Hadi Rofiee says

    November 10, 2010 at 8:07 am

    Huh, banyak juga khasiatnya. Memang sedap kalau makan jeruk buah pala. :happy:

    Reply
  25. Ismail N says

    November 10, 2010 at 9:34 am

    Jeruk buah pala sedap di makan. Dulu2 amat popular.. Skrg mcm payah nak cari. Kalau ada pun, tak sesedap dulu. Maybe sebab pakai mesin.. πŸ˜€ Tak sangka byk khasiatnya lak. Kalau tahu, aku bedal byk2 time budak2 dulu…

    Reply
  26. Dila.13 says

    November 10, 2010 at 12:19 pm

    Hoho.. buah pala memang saya tak boleh makan walaupun ada khasiat. sebabnya saya ada asthma. lagipun buah pala bukan jeruk kegemaran saya. hehe..

    Reply
  27. suri says

    November 10, 2010 at 5:09 pm

    klu mak kt melaka suka masak lemak..masuk dlm kuah heee πŸ™‚

    Reply
  28. acapz says

    November 10, 2010 at 5:43 pm

    bnyk khasiat jgk. nice . tq berkongsi πŸ˜€

    Reply
  29. BG says

    November 10, 2010 at 7:58 pm

    :heart:

    Mengingatkan saya pd pulau mutiara…

    Reply
  30. Ali ridha says

    November 22, 2010 at 12:15 pm

    lama aku tak makan buah pala.
    ada masa nak pegi beli la.

    Reply
  31. Ali ridha says

    November 22, 2010 at 12:24 pm

    sedap buah pala.ayah aku suka
    jeruk.

    Reply
  32. intan aziz says

    December 2, 2010 at 2:08 pm

    rumah i ade buah pala. πŸ˜€

    Reply
  33. ani says

    May 1, 2011 at 7:45 am

    salam kwn smua..mmg benar pun buah pala ni bkn semua yg suka memkn nya..org dlm ngri p.pinang pun xsemua yg suka..walaupun mreka tau khasiatnya ..tp saya xkira tu smua.saya merekacipta jus buah pala mmm sedap..!!saya buat 2jenis adajus saya reka taruh biji/bunganya..ada jus saya reka tanpa biji/bunganya..cara mmbuat jus saya belajr dr MARDI ..alhamdulillah..saya bersyukur sgt2 rekaan saya brhasil saya pasarkn disekitar utara..agen saya mghntar kwsn seltn..cubala rasa jus buah pala saya..rasaknla keenknnya..!!!!!ada agen dtg mghntar botol/stiker nya sndiri/saya cuma mngisikn saja..(k.kretif)..dn saya rohani mh enterprise dari balik pulau,penang.(0174304698) ok byeeeeee

    Reply

Trackbacks

  1. Tweets that mention Khasiat buah pala dalam kesihatan | zikrihusaini.com -- Topsy.com says:
    November 9, 2010 at 11:38 am

    […] This post was mentioned on Twitter by Ideas .Think .Shares, Izulman. Izulman said: RT @etomyam: RT @zikrihusaini Khasiat buah pala dalam kesihatan http://bit.ly/cy3xJ0 […]

    Reply
  2. Khasiat Buah Melaka | Kumpulan Cara dan Pengetahuan says:
    February 27, 2015 at 8:39 am

    […] Khasiat buah pala dalam kesihatan – zikri husaini […]

    Reply
  3. Khasiat Buah Jeruk | Kumpulan Cara dan Pengetahuan says:
    March 11, 2015 at 4:41 am

    […] Khasiat buah pala dalam kesihatan – zikri husaini […]

    Reply
  4. Khasiat Buah Noni | Kumpulan Cara dan Pengetahuan says:
    March 12, 2015 at 5:40 am

    […] Khasiat buah pala dalam kesihatan – zikri husaini […]

    Reply

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: