• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Kenapa babi diharamkan dalam islam?

Kenapa babi diharamkan dalam islam?

Zik · Jun 12, 2010 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

Dalam pengharaman khinzir pula Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173)

Di dalam memanfaatkan anjing Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)

[1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

[3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Adapun pengharaman anjing dapat dilihat melalui hadis Rasulullah s.a.w. di atas. Walaupun pada asasnya hadis ini menyuruh kita membersihkan bekas yang dijilat anjing tetapi ia membawa maksud yang luas sehingga para ulama mengistinbatkan (mengeluarkan hukum) bahawa jika mulutnya dikira membawa najis apatah lagi tubuhnya, serta apa-apa sahaja yang keluar daripada anjing dihukum najis.

Mengikut pendapat al-Syafieyyah jika anjing itu kering ia boleh disentuh, jika basah tidak boleh. Ini kerana kemungkinan kuman menjadi aktif dan mudah berpindah ke tubuh badan manusia. Adapun mazhab al-Malikiyyah berpendapat yang haram pada anjing hanyalah apa-apa yang keluar dari mulutnya sahaja ini kerana hadis Nabi s.a.w. di atas menyuruh kita menyamak bekas yang terkena air liur anjing sahaja.

Suruhan Rasulullah supaya bekas yang terkena air liur anjing disamak kerana mulut adalah tempat anjing memakan pelbagai benda serta terdedah kepada kekotoran, maka dilihat bahawa yang membawa bahaya adalah apa-apa yang keluar dari mulut anjing dan bukannya badan anjing tersebut. Kedua-dua ayat di atas serta hadis Rasulullah s.a.w. jelas kepada kita bahawa kedua-dua binatang itu adalah haram dalam Islam.

Dari sudut bahayanya pula kita sedia maklum akan bahaya gigitan anjing. Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia.

Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam jurnal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan.

Baginda sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya.

Seperkara yang ingin ustaz zik (hehe perasan) kongsikan ialah, walaupun kita tidak menemui fakta sains dalam membuktikan kemudaratan khinzir dan anjing, kita wajib patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan perintah nabi-Nya yang menyuruh kita meninggalkan perkara yang tidak baik bagi manusia serta apa-apa yang boleh mengganggu sistem kesihatannya.

Islam itu indah dan cantik suka kepada kecantikan dan kebaikan kepada seluruh penganutnya.

Sumber :-

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=10521

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan kenapa babi diharamkan dalam islam, pengharaman babi, sebab babi diharamkan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. hasanah says

    June 2, 2012 at 9:44 am

    jikakalau babi dan anjing itu haram keseluruhannya,sudah pasti allah dan nabi muhammad menyatakannya..contohnya seperti arak yg haram keseluruhannya termasuklah org yg memberikan minum.hukum2 baru yang keluar selepas al-quran dan hadith nabi muhammad adalah bid’ah bg saya.Islam itu mudah dan tak sepatutnya disusah2kan oleh org2 selepas itu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Baraka Allahu Lakuma Maher zain Mp3 Lyrics

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGI want to share to nice song from maher zain, …

Kerohanian/Keagamaan

Penjelasan mengenai nifsu syaaban (video)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Beberapa persoalan yang akan dijawab mengenai…

Kerohanian/Keagamaan

Keajaiban Istighfar, subhanallah!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKita sebagai manusia biasa memang tidak terlep…

%d bloggers like this: