Salam semua, sperti yang dijanjikan, sedikit ulasan mengenai imam muda (IM) minggu ke6.
Tema bagi minggu ini ialah Keibubapaan.
Ujian yang dihadapi pada minggu ini, semakin hari semakin mencabar.
Kedudukan semasa, IM pada minggu ke5 menuju kedewasaan.
- Imam Muda Asyraf
- Imam Muda Taufik
- Imam Muda Nuri
- Imam Muda Adib
- Imam Muda Hizbur
- Imam Muda Azhar
- Imam Muda Aran
- Imam Muda Miril
Siapa jadi pembaca khutbah?
IM muda Aran ditugaskan untuk membaca khutbah di Masjid Abu BAkar Ass Siddiq, Bangsar, dan IM Azhar membaca tazkirah tajuknya cinta Allah dan Rasul adalah inspirasi kebahagian keluarga.Hehe IM Aran, baca khutbah (masa latihan), lograt nogori sembilan susah gak nak hilang. Apapun well done, di ucapkan kepada IM aran.
Bacaan zikir.
Tidak seperti minggu yang lain, kali ini selepas Ustaz Haji Dzul Zulkarnain memperkenalkan IM, barulah IM mengalunkan zikir dan seruan/mesej doa agar pejuang di palestin semoga terus berjuang, semoga Allah selamatkan mereka yang tidak berdosa.
Teori (Penyembelihan).
Ujian kali ini mereka kena menjawab mengenai topik semebelihan, banyak juga kena baca tuh, siap teknologi terkini.
Soalan Imam muda
Hak untuk mengambil nyawa itu adalah hak Allah, dan binatang merupakan satu makhluk yang rendah daripada martabatnya dari manusia yang perlu memperhambakan diri kepada manusia. Untuk itu, perlu adanya penyembelihan untuk menghalalkan haiwan itu (haiwan yang halal dimakan).
Pilih yang halal :-
Ada sebabnya Allah menyuruh umatnya pilih makanan yang halal lagi bersih, penting untuk umat islam, kerana setiap makanan yang haram kita makan, ia akan menjadi darah daging kita, dan kelak akan dipersoalkan diakhirat nanti.
Pemakanan itu membentuk sahsiah.
Operasi spot check!!
Imam Muda 8 orang ini akan membuat serbuan dibeberapa tempat yang menjalankan operasi penyembelihan secara mengejut.Ketika taklimat, Jawi menyatakan tidak akan memberitahu tempa yang bakal akan mereka siasat untuk operasi kali ini.
Spot check lokasi 1.
Keadaan terkawal, dari segi kebersihan, cara penyembelihan dan juga terurus dengan baik sekali.IM nie sejuk , sebab tempat yang diaorang pegi nie cuacanya lebih kurang -18c’.
Spot check lokasi ke2.
Kebersihan out, ditambah katanya penyembelih tuh pun bukan Islam. Apa cerita?Pegwai pelaporkan tukang sembelih tuh ada dekat luar, tak menjaga, mengawasi pekerjanya.
Meragukan (Syubhah).
Ayam yang disembelih itu, bila disembelih terus dicampak kedalam tempat yang bersama ayam-ayam yang lain, kemungkinan besar ayam itu mati lemas, bukan mati disembelih. Ketika disoal siasat, tukang sembelih ditanya oleh IM muda adib boleh mengucap tak?? Kantoi disitu.
Dari segi halal
Mungkin boleh jadi halal, namun kebersihan harus dijaga dengan baik. Kan islam itu suka akan yang bersih.
Spot check lokasi ke3.
Kebersihan agak tidak memuaskan,tetapi dari segi penyembelihan kira okla lepas.
Sesi praktikal.
Agak susah juga ya bila time nak sembelih ayam nie. Kena tahu dia punya cara dia, semua 8 Imam muda dah tahu menyembelih ayam lepas nie. Cuma IM aadib agak gugup masa nak semebelih ayam, sebab pertama kali buat.
Sembelih kambing.
Ketika sembelih kambing boleh tahan juga ya susah, teringat masa sembelih lembu masa korban.
5 soalan imam muda.
1. Nyatakan 2 jenis atau cara penyembelihan
Jawapan:-
1. sembelihan ke atas binatang yang manusia berkuasa keatasnya
2. sembelihan ke atas binatang yang manusia tidak berkuas keatasnya
2.Nyatakan 4 rukun sembelihan
Jawapan:
1. Penyembelih
2. Alat penyembelih
3. Tempat penyembelihan
4 Binatang sembelihan
3. Apakah yang dimaksudkan dengan “memotong urat wadajain”
Jawapan: Dua urat yang berada diatas papan tengkuk yang mengililingi halkum
4. Ahmad memakan daging ayam yang dilanggar oleh sebuah kereta tetapi sempat disembelih oleh ibunya. Apakah hukum bagi
permasalahan ini?
Hukumnya:-
Sah dimakan sekiranya ayam itu masih hidup ketika disembelih oleh ibunya. tetapi makruh, kerana disembelih oleh perempuan.
5. Adakah sah sembelihan dengan menggunakan pisau yang masih berlumuran dengan darah?
Jawapan:-
Darah adalah najis, sepatutnya dibersihkan dahulu pisau itu sebelum melakukan penyembelihan yang lain sembelihan tetap sah selagi mana ia menjalankannya mengikut syarat pemyembelihan.
Penyingkiran :-
Imam muda Miril tersingkir
Imam muda mirl selalu berada di tangga yang tidak selamat. Pada zik, IM Miril sudah melakukan yang terbaik pad setiap minggu mungkin kerana tidak ada rezeki dan IM yang lain lebih bagus, IM miril still is the best!!
fiza saed says
salam nak tau ayam tu brand apa ye ,saya ada nampak sekali imbas tapi tak pasti sangat sila share ye thanks