Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Kelakar: Soalan kepada Nujum Pak belalang(versi ramadhan)

Kelakar: Soalan kepada Nujum Pak belalang(versi ramadhan)

Zik · Aug 22, 2011 · 19 Comments

Share this on WhatsApp

nujum pak belalang,

Tinggal beberapa hari lagi nak berakhirnya bulan ramadhan. Kenikmatan yang dirasai dalam bulan ini memang tidak boleh dirasai seperti bulan-bulan lain. Jom kita tengok dialog soalan yang dikemukakan oleh Ahli Nujum Masai kepada Nujum Pak Belalang yang telah dimodify. Layan.

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Nujum Pak Belalang: Silakan Nujum Masai yang bijaksana.

Nujum Masai: Apakah ini?? 1-banyak-banyak, 2-sikit-sikit, 3-kadang-kadang, 4-jarang-jarang?

Pak Belalang: Ah, kacang jawapannya. Jawabnya Terawih!!

Nujum Masai: Jelaskan.

Nujum Pak Belalang:”1- Baanyak2″ bermaksud minggu pertama banyak orang datang terawih. “2-sikit2” minggu kedua sudah sedikit orang datang terawih. “3-kadang2” pada minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang terawikh, dan “4-jarrang2” pada minggu keempat jarang-jarang jumpa org datang terawih.

Sultan: Betul ke jawapan yang dikemukan oleh Ahlil Nujum negara??

Nujum Masai: Betul..( dengan nada muka menyesal)

Sultan: Kita beroleh kemenangan yang ke 29!! Yeahh.

Nujum Pak Belalang:Patik dah jangka jawapan tuh tadi (padahal cuak dalam hati).

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan, Personal kelakar di bulan ramadhan, koleksi cerita kelakar bulan ramadhan, nujum pak belalang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad fakhruddin says

    August 22, 2011 at 10:18 am

    Versi rakaat solat terawih pun boleh buat. Banyak-banyak 8 rakaat, sikit-sikit 20 rakaat, kadang-kadang dan jarang-jarang yang macam para salafussoleh buat berpuluh-puluh rakaat. πŸ™‚

    Reply
  2. yusuf laili says

    August 22, 2011 at 11:34 am

    Salam;
    terkena je bunyi dialog yg di alih suara siap ngan aksi sepontan..kantoi aku.heheheeee!!

    Reply
  3. nodin says

    August 22, 2011 at 11:57 am

    moga di akhir ramadan ni banyakkan lagi amal ibadat

    Reply
  4. akubiomed says

    August 22, 2011 at 12:23 pm

    Sudah dekat hujung jumlah jemaah tarawih pun makin menyusut.

    Reply
  5. RinnAzrinah says

    August 22, 2011 at 12:43 pm

    hahahaa!!…. betul..betul… terbaik punya teka-teki… hahaa.. i like!

    Reply
  6. kopisoda says

    August 22, 2011 at 12:50 pm

    haha. itulah senario terawih. dah hujung-hujung jadi “lain macam” pulak

    Reply
  7. adamfaiz says

    August 22, 2011 at 1:07 pm

    hehehe betul gak …

    Reply
  8. Wan Perlis says

    August 22, 2011 at 1:54 pm

    olahan yang baik
    ni suasana di Malaysia..nak habis ramadan masjid dah tak ramai org.masing2 sibuk itu ini..padahal 10 malam terakhir ni lah yg plg baik

    Reply
  9. hafizmd says

    August 22, 2011 at 4:28 pm

    bijak2…pandai zik manipulasi adegan tuh…mmg terbaik dan terkena batang hidung πŸ˜€

    sama2 kita perhebat amal ibadat utk bekalan negeri abadi

    Reply
  10. anif says

    August 22, 2011 at 4:31 pm

    Hujung-hujung ni ramai yang Terawih di shopping complex!

    Reply
  11. tips-kurus says

    August 22, 2011 at 5:06 pm

    dah 22 Ramadan pon. cepatnya.. kena lipat-gandakan ibadat.

    Reply
  12. Pejuang Kesenian Extreme says

    August 22, 2011 at 5:16 pm

    Hahah..Kreatif bro..
    Betul,sedar tak sedar,itulah fenomena biasa dibulan ramadhan..
    Hari pertama semangat,minggu2 terakhir pula,2 saf je nampaknye..hehe

    Reply
  13. Pacifista - X says

    August 22, 2011 at 7:55 pm

    haha…patutnya lawak p ramlee guna je idea ni.hehe…

    Reply
  14. dreamfinancebiz says

    August 22, 2011 at 9:09 pm

    terkenang zaman P.Ramlee..

    Reply
  15. tehr says

    August 23, 2011 at 2:17 am

    memang terbaik jawapan walau pun bukan lawak sebenarnya ni
    ia adalah kenyataan

    Reply
  16. Zida says

    August 23, 2011 at 8:06 pm

    Hahaha lawak tak lawak tapi betul la, realiti jugak nii.. bila nak dekat akhir ramai ni mula la ramai yang sibuk nak siapkan hari raya semua. haihhh

    Reply
  17. mancai says

    August 24, 2011 at 1:55 pm

    betul laa… kat masjid semalam menag dah kurang orang… semuanya sibuk buat persiapan raya.. ish2..ish…

    Reply
  18. nuriz says

    August 24, 2011 at 5:51 pm

    betul le tu.memang pesen tu le kat mana2 pun hari pertama semua pakat semangar, muka tak penaj tgk pun ramai ada, budak2 kecik semua ada..bila dah akhir2 bulan, orang main kurang..buat kuih raya, buat ketupat, padahal minggu akhir le org nak kejar..

    Reply
  19. Khidhir says

    August 29, 2011 at 9:41 am

    boleh lak ada jawapan versi ramadhan. versi raya camne lak jawapannya nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.